TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Sabtu, 31 Disember 2011

SUKA DUKA 2011 ; SELAMAT DATANG 2012

Views
Beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012. Pelbagai peristiwa pahit manis ranjau suka dan duka telah pun ditempuhi sepanjang menyelusuri tahun 2011. Ada yang mendapati tahun 2011 adalah tahun paling bermakna dalam hidup mungkin kerana menjawat jawatan baru atau memperolehi kerja baru, kenaikan pangkat baru, anak baru, pasangan baru dan lain-lain yang serba baru manakala ada yang mendapati tahun 2011 adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan ada pula yang menjalani tahun 2011 penuh dengan kisah duka, jerit perih, kesakitan, kehilangan, kejatuhan dan nasib malang. Apa yang pasti 2012 diharap akan membawa sinar baru dalam kehidupan dan sekiranya kehidupan itu sudah sedia baik diharap kepada kecemerlangan dan sekiranya kehidupan itu sama sahaja setiap tahun diharap kepada perubahan dan sekiranya kehidupan itu penuh dengan kisah malang diharap kepada kecerahan dan kewarnaan. Dan pastinya setiap insan berharap, setiap yang mendatang membawa kebahagian, sinar harapan dan juga peningkatan pada setiap perjalanan yang bernama sebuaah KEHIDUPAN.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!!
Sorotan Peristiwa Penting 2011:
14 Jan - Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali di gulingkan 
7 Feb   - Ops Piramid membawa keluar lebih 8000 pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir
11 Feb - Presiden Mesir Hosni Mubarak letak jawatan
11 Mac - Gempa bumi sekuat 9.1 skala richter menggegarkan timur Jepun mencetuskan tsunami dan menyebabkan kebocoran pusat logi janakuasa nuklear serta mengorbankan 15822 nyawa dan 3926 orang hilang
16 April- Pilihanraya Sarawak BN menang majoriti dua pertiga
29 April - Perkahwinan di raja Putera William dan Catherine Middleton
1 Mei - Pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden diumumkan dibunuh dalam operasi di Pakistan
21 Mei - Seramai 16 penghuni rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis Maut tertimbus tanah runtuh
4 Jun - Letusan gunung berapi Puyehue di Chile menyebabkan pembatalan penerbangan dan 3000 penduduk dipindahkan5 Jun - Pas berdolak dalik mengenai rakaman video seks Anwar Ibrahim
15 Jun - sebanyak 198 laman web dalam negara www.gov.my di godam dengan 90 peratus penggodam daripada dalam negara
22 Jun - Pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia
30 Jun - Perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura yang beroperasi selama 80 tahun ditamatkan
9 Julai - Perhimpunan haram Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur
18 Julai - Permohonan seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz 25 untuk menukar status kad pengenalan kepada  nama wanita di tolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
22 Julai - Banjir buruk melanda Bangkok Thailand berlarutan lebih 2 bulan dan 600 penduduk maut
11 Ogos - Penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli cedera diserang penyamun dalam kejadian rusuhan di London
21 Ogos - Akhbar Kompas memohon maaf kepada kepada PM berikutan berita yang menyentuh peribadi keluarga PM
26 Ogos - Timbalan Presiden Pas Mat Sabu mengangkat Muhammad Indera dari Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero 
2 Sept - Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia
15 Sept - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959
16 Sept - Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia di sambut serentak
20 Okt - Presiden Libya Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte dan mayat dijadikan bahan tontonan umum
23 Okt- Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) berlangsung di Stadium Shah Alam
4 Nov - PDRM mengharamkan majlis/program Seksualiti Merdeka 
13 Nov - Perdanan Menteri Itali Silvio Berlusconi letak jawatan
10 Dis - Datuk Dr. Hassan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada PRU ke 13
15 Dis - Tentera Amerika Syarikat menurunkan bendera tanda berundur dari Iraq
23 Dis - Bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan
26 Dis - Gempa bumi berukuran 4.9 skala richter menggegarkan bandar Christchurh New Zealand dan lebih 20 bangunan musnah
(Rujukan: Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp )

Jumaat, 30 Disember 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Views
Kenapa perlu dipolemikkan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa makna. Malah lebih berat lagi tuduhan yang mengatakan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa keberkatan. Dalam Umat Islam cuba meraih pahala melalui kalimah Salam 'Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh', terus di hilangkan pahala hanya kerana menyebut Salam 1 Malaysia dan lebih nakal lagi tuduhan bahawa "dalam Allah hendak beri pahala melalui salam yang diucapkan terus diberinya dosa kepada kita kerana mengucapkan Salam 1 Malaysia".
Begitu sempitnya pandangan, kerana Salam 1 Malaysia bukannya ditambah daripada perkataan Assalamualaikum w.b.t Salam 1 Malaysia. Tetapi Salam 1 Malaysia satu ucapan yang diucapkan berasingan bertujuan untuk mewujudkan kemesraan dan mengukuhkan lagi perpaduan terutama kepada yang bukan Islam. Kerana dalam Islam pun tidak dibenarkan memberi Salam kepada yang bukan Islam. Jadi Salam 1 Malaysia ini umpama macam Salam Sejahtera atau ucapan Salam Selamat Pagi. Menghairankan kenapa kalimah ucapan Salam Sejahtera yang diungkapkan selama ini tidak pula di polemikkan seperti Salam 1 Malaysia. Hanya apabila Salam 1 Malaysia ini menjadi pilihan ramai terutama di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi akhir-akhir ini maka ia dipolemikkan untuk menimbulkan perasaan gusar dan takut dikalangan umat Islam. Bukan hanya kalimah Salam 1 Malaysia ini popular dikalangan masyarakat Islam tetapi juga amat popular dikalangan bukan Islam. Dan tujuan pengucapan ini adalah untuk mengingatkan bahawa rakyat dinegara ini berbilang bangsa (Melayu, Cina, India dan Lain-lain) tetapi mampu hidup dalam aman, sejahtera dan sentosa di bumi yang bernama Malaysia.
Adakah salah untuk kita mengucapkan Salam 1 Malaysia, sebagai tanda bangganya kita dilahirkan di bumi Malaysia dan menjadi anak jati negara Malaysia??
P/S: Sabda Rasulallah s.a.w "Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan kepada orang Nasara" (Hadis Riwayat Muslim). Dari Annas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi s.a.w telah bertanya kepada baginda "Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami dan bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab maksudnya Apabila Ahlul Kitab memberi Salam kepada kalian maka jawablah dengan ucapan wa'alaikum" (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah). Usamah bin Zaid r.a katanya, dalam kitab Azkar m/s 498 "Sesungguhnya Nabi s.a.w melewati satu majlis yang didalamnya bercampur antara umat Islam dan kaum Musyrikin penyembah berhala serta orang-orang Yahudi, maka Nabi s.a.w memberi salam kepada mereka (umat Islam) sahaja. Firman Allah s.w.t "Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya..(Al-Mujaadillah : Ayat 22).
Hadis diatas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjawab salam orang Yahudi, Kristian dan orang Musyrikin begitu juga memberi salam kepada mereka kerana lafaz salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, sedangkan berkasih sayang dengan orang kafir adalah dilarang sama sekali.Dan jika orang Muslim melewati satu kumpulan yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam maka disunatkan memberi salam dengan niat ditujukan kepada orang Islam sahaja.
Mungkin sapaan Salam 1 Malaysia adalah yang terbaik untuk ditujukan kepada bukan Islam bagi meraikan dan mengeratkan ikatan serta perpaduan berlainan bangsa dan agama di Malaysia. Fikir-fikirkanlah...Salam 1 Malaysia!!!
(Rujukan: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/03/etika-memberi-dan-menjawab-salam.html)

Khamis, 29 Disember 2011

ANGKA 9 PENENTU ATAU TERAKHIR

Views
Jika dilihat daripada susun digit 1-9, 9 sudah pasti merupakan angka yang terakhir. Jika 10 sudah menjadi 1+0, yang mencakupi dua angka yang awal iaitu 1 dan 0. Sedangkan angka dalam lingkungan 1-9 adalah angka-angka bersendirian dan tidak diulang dan angka-angka ini berdiri dengan sendirinya 'tegak, nyata dan tidak boleh diubah'.
Sembilan (9) seringkali dikaitkan dengan 9 bulan (kandungan untuk bayi dikandung di dalam perut ibu sebelum keluar menjengah dunia). 99 adalah nama-nama 'Asma' Allah yang disuruh untuk kita umat Islam beramal dengan sifat-sifatNYA dan ganjaran syurga kepada orang yang memiliki dan beramal dengan sifat-sifat Asma Allah. 9 November satu kejadian yang tidak boleh dilupakan oleh seluruh dunia bagaimana bangunan lambang kebanggaan Amerika Syarikat di rempuh oleh pesawat pejuang yang digelar sebagai 'terrorist' Al-Qaeda.
Di Malaysia 9 Julai 2011, Perarakan Bersih 2.0 yang dikepalai oleh Ambiga untuk mengambarkan kepada Dunia bahawa Malaysia negara yang tidak selamat dan kerajaannya kejam di lakon dan tayangkan. 9 November 2011 sekali lagi perarakan atas nama Hak Asasi Manusia dan Perjuangan kepada Seks Bebas di ulang tayang.
Kini debaran kepada 9 Januari 2012 penentu kepada nasib seorang yang bernama Anwar Ibrahim a.k.a Imam Mahdi@Dajjal akan ditentukan nasibnya samaada pengakhiran atau permulaan episod untuk beliau memimpin dan menjadi pemimpin peliwat pertama yang diangkat dan disanjung setelah ramai pemimpin yang terlibat dalam skandal seks pasti kecundang karier politiknya. Dan usaha terkini beliau meraih simpati adalah melalui siri jelajah beliau ke 9 juga negeri yang dikenal pasti yang melibatkan 18 lokasi utama yang dikira 9 gandaan  2 pasti jawapannya 18 atau 18 dicampur 1 + 9 pasti 18 atau dibahagi 18 /2 pasti jawapannya 9, kelihatan seperti sinonim 9 dengan Pakatan Rakyat atau lebih tepat sekali 9 dengan Anwar Ibrahim. Apa yang pasti 9 Jan 2012 akan terjawab segala persolan dan samalah kita nantikannya.
P/S: Umar Al-Khatab R.A berkata terdapat 9 jenis anak 'Demon' yang cuba untuk menghasut dan menyesatkan kehidupan kita setiap hari iaitu, Zalithun - menggoda manusia untuk berbelanja lebih, Wathiin - menghasut orang yang dilanda musibah supaya bersangka buruk pada Allah, A'awan - menghasut raja /pemerintah supaya tidak mendekati rakyat, leka dengan kedudukan dan kekayaan dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama', Haffaf - mengajak kearah kemaksiatan, Murrah - melalaikan orang yang suka pada hiburan /alatan muzik /dunia glamour, Masuud - bertenggek di bibir manusia untuk sentiasa bergossip, mengumpat dan mengfitnah, Daasim - bertenggek di pintu rumah untuk merosakkan keharmonian rumahtangga dan mewujudkan pergaduhan, Walahan - mewujudkan perasaan was-was dalam wudhuk, solat dan ibadat dan Lakhuus - merupakan sahabat kepada kaum Majusi yang menyembah api.
Tetapi jika difikirkan kenapa 'demon' pun perlu ada 9 ekor juga kenapa tidak (1-8 atau 10 - infinity) dan kaitan dengan nombor kegemaran seseorang yang dinobatkan setaraf Imam Mahdi@dajjal ini?? Fikir-fikirkanlah.....

Rabu, 28 Disember 2011

ANUAR IBRAHIM: IMAM MAHDI ATAU DAJJAL

Views
Jika sebelum ini NIK AZIZ diangkat sebagai NABI, terbaru ANUAR IBRAHIM pula diangkat sebagai IMAM MAHDI. Dalam satu ceramah oleh USTAZ DR. BADROL AMIN, bekas pensyarah dan juga penceramah motivasi mengangkat martabat Anuar Ibrahim sebagai Imam Mahdi yang akan datang dari sebelah Timur dan akan memimpin umat Islam untuk memerangi Dajjal dan membebaskan Al-Aqsa daripada tangan zionis-yahudi.
Persoalannya layakkah Anuar Ibrahim disamakan dengan Imam Mahdi. Selain disabitkan KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL beliau juga merupakan pemimpin negara yang KHIANAT. Ketika kepimpinan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau sanggup menjual rahsia kerajaan kepada negara luar. Malah beliau juga BERSAHABAT BAIK dengan pemimpin YAHUDI dan bersikap LIDAH BERCABANG  dalam memperjuangkan Islam dan berusaha keras memperjuangkan KEBEBASAN atas nama hak asasi manusia sehingga melampaui batas kebebasan yang dibenarkan oleh agama Islam. Selain PENGECUT dan PENAKUT untuk bersumpah laknat diatas tuduhan yang dilemparkan, beliau melindungi diri atas nama FITNAH.
Sedangkan jika diperhatikan trademark parti beliau menunjukkan MATA SEBELAH dan beliau sering menagih simpati orang ramai melalui insiden MATA LEBAM.  Beliau juga amat rapat dengan pemimpin YAHUDI dan sebahagian besar dana perbelanjaan karier politik beliau di biayai oleh YAHUDI. Beliau jugalah yang memperkenalkan reforMASI atau DEMON CRAZY dikalangan PELAJAR / NGO dan PARTI POLITIK yang taksub kepada beliau. Beliau turut mendidik PAS untuk membenarkan para AHLI POLITIK BUKAN ISLAM untuk memperdagangkan AYAT AL-QURAN  yang sebutannya entah betul entah tidak. KEPIMPINAN PAS juga telah diisi dengan penyokong puak beliau yang dikenali sebagai ERDAGON dan kepimpinan ULAMA dipinggirkan. Beliau juga sangat berubah-rubah pandangan dalam aspek FUNDAMENTAL ISLAM seperti 'chamaleon' yang sering berubah warna kulitnya.
Dan hari ini ULAMA SEKULAR hasil didikan beliau telah pun mengangkat beliau sebagai IMAM MAHDI sedangkan perlakuan sebenar beliau setaraf DAJJAL (maaf kasar bahasa). Kerana sememangnya pada AKHIR ZAMAN telah dijanjikan oleh Allah S.W.T akan TURUNNYA AL-MASIH DAJJAL membawa khabar yang PALSU dan membawa FITNAH AKHIR ZAMAN. Dimana FITNAH itu mampu menjadikan yang PALSU ITU BENAR dan yang BENAR ITU PALSU.
P/S: Sama-samalah kita bermohon kepada Allah agar kita dilindungi daripada FITNAH AL-MASIH DAJJAL
"Ya Allah, LINDUNGILAH KAMI daripada FITNAH AKHIR ZAMAN yang begitu hebat sehinggalah yang  BENAR DI KATAKAN SALAH dan YANG SALAH DIANGGAP BENAR hanya kerana KETAKSUBAN yang MENYESATKAN"
Sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Nabi Adam yang melebihi Fitnah Dajjal dan bahawasanya tidak ada satu nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang Fitnah Dajjal, sedangkan Aku Nabi yang paling akhir dan kamu adalah Ummat yang paling akhir. Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Selasa, 27 Disember 2011

OMBAK RINDU

Views
Masih belum terlewat walaupun agak terlambat menonton cerita Ombak Rindu ini. Walaupun di pawagam, tayangan sudah habis dan di antara pawagam yang akan menamatkan tayangan Ombak Rindu pada hari Khamis nanti, tetapi tiket tetap 'sold out'. Jika tidak ditempah awal belum tentu dapat menonton pada waktu yang diidamkan. Apa yang pasti Ombak Rindu memang sedih dan meruntun jiwa setiap penonton.
Agak terkejut juga  bila membaca komen tulisan ALI ATAN yang mengambarkan bahawa Ombak Rindu hanya FILEM MURAHAN yang banyak menayangkan aksi yang menghairahkan dan menjadikan watak utama Izzah yang bertudung sebagai watak perempuan melayu Islam yang pasrah dan tidak berdaya mungkin sebagai MURAH sedangkan apa yang hendak disampaikan adalah bertujuan HIBURAN dan secara tidak langsung mengambarkan REALITI kehidupan. Cuma kadang kala kehidupan realiti ada yang mampu dipaparkan dan ada yang terpaksa diselindungkan.  
Mungkin disebabkan pengarah filem tersebut Osman Ali berjaya membuat filem itu ditonton berulangkali dan menjadi bualan ramai, maka ada di antara pengkritik filem melihat Ombak Rindu dari sudut yang negatif dan murahan sedangkan REALITI kehidupan bukan semua watak kehidupan setiap manusia mampu menjadi HERO atau HEROIN dan jika ada insan yang ditentukan nasibnya seperti Izzah, apa pilihan yang dia ada, memilih yang HALAL sebagai isteri tetapi dinafikan haknya atau terpaksa menjalani kehidupan yang HARAM sebagai perempuan pelayan di Kelab Malam.
P/S: Tertarik dialog Mila pada Izzah
"Redha itu Ikhlas...Pasrah itu menyerah"
Kepada wanita yang diberi jodoh dan di anugerahkan zuriat adalah insan yang paling bertuah didunia kerana mendapat haknya yang halal dan diangkat martabat (sisi tuhan dan manusia) dan watak Izzah adalah contoh REDHA dalam perjuangan untuk memperoleh yang halal dan juga haknya walaupun terpaksa PASRAH pada ketentuan nasib yang menimpanya!!!!

Jumaat, 23 Disember 2011

LELAKI MELAYU HOMOSEKSUAL

Views
Semakin ramai golongan muda lelaki melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara ini ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV. Presiden Majlis AIDS Malaysia Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di Pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan. Jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay (Utusan Malaysia: 23 Dis 2011)
Terbaru seorang pelajar Melayu Islam yang bernama Ariff Alfian Rosli, seorang pelajar dalam bidang perubatan dan mendapat tajaan daripada Petronas berkahwin dengan seorang lelaki gay daripada Dublin yang bernama Jonathan dan gambar perkahwinan tersebut tersebar secara meluas di kebanyakan laman web setelah dimuat turun oleh pengendali laman web tersebut yang bertanggungjawab menjadi pengelola pengambaran majlis perkahwinan Homoseksual (bigayweddingproject.com).
Pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab gay menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.Penularan gaya hidup songsang itu dipercayaai kesan daripada tindakan pihak/kumpulan tertentu atas nama NGO yang mendapat restu salah seorang pemimpin politik untuk memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.
P/S: Ariff Alfian Rosli hanya secebis kisah seorang rakyat marhain, yang telibat dengan budaya hidup songsang, ini belum lagi di teropong PEMIMPIN yang sememangnya sudah lama mengamalkan gaya hidup songsang atau lebih kasar lagi bunyinya 'DUA ALAM' kerana bukan setakat lelaki sahaja yang disukainya malah perempuan juga tidak terlepas daripadanya walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Malangnya disebabkan IMEJ yang dibawa mampu MENIPU puak-puak yang terlalu menTAATinya!!!!

Khamis, 22 Disember 2011

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2011

Views

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang keputusannya diumumkan hari ini.
Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.Peningkatan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 0.75 peratus  (Sumber: Bernama)
P/S : Tahniah diucapkan kepada anak saudara, NurSyafica Nadia bt Johari (www.bintujohari.blogspot.com) diatas keputusan cemerlang 8A dalam PMR yang diumumkan hari ini. Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPN) yang berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang saban tahun. Keputusan cemerlang ini menunjukkan bahawa peningkatan kuantiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pendidikan yang diberikan oleh KPN dalam melahirkan generasi/insan yang cemerlang dan terbilang. Semoga kecemerlangan yang diperolehi mencakupi semua aspek bukan sahaja intelektual tetapi yang paling penting emosi dan spiritual.

Rabu, 21 Disember 2011

PAS TERGELINCIR

Views
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menyifatkan partinya PAS semakin tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan rakyat sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.
"Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama"
"Matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan agama Islam, masyarakat Islam serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam dalam pemerintahan"
"Pas lebih cenderung mengamalkan 'politik' memenuhi kehendak rakan sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang dipertahankan sejak penubuhannya"
"JIKA UMNO BAWA AGENDA ITU (MEMPERJUANGKAN ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU) TETAPI SAYA KETEPIKAN, HINALAH HASSAN ALI, HASSAN ALI TIDAK ADA OBJEKTIF!!!"
P/S: Jika Hassan Ali begitu berani mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu, mengapa pemimpin Islam(berstatus pewaris nabi) begitu dayus mempertahankan kafir cina dan peliwat sehingga Parti yang awalnya dilaungkan memperjuangkan Islam ditukar matlamatnya kepada parti memperjuangkan negara kebajikan. Di tahap kebulurankah  penduduk negara ini...setelah 54 tahun Malaysia Merdeka sehingga perjuangan PAS terpaksa diubah kepada perjuangan negara kebajikan???? Fikir-fikirkanlah!!

Isnin, 19 Disember 2011

MAHASISWA BIADAP

Views

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 masih lagi dalam proses perbincangan, mahasiswa dalam dari ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) sudah menunjukkan kebiadapan. Sudahlah berdemonstrasi dan menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka ENGGAN pula MEMINTA MAAF.
Sepatutnya sebagai mahasiswa yang menjadi tonggak harapan ibu bapa, apa yang perlu dicari adalah ilmu sebagai pembimbing diri dan membimbing masyarakat bukannya berdemonstrasi atau menunujukkan ledekan emosi akibat hasutan kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadikan 'pencari ilmu' ini sebagai batu loncatan untuk mencapai hasrat politik mereka.
P/S; Jika beginilah gayanya 'peel' mahasiswa yang sepatutnya menjadi intelek tetapi menjatuhkan martabat 'intelek' sehingga sanggup 'bergelek'..'berasak'..dan 'memekik' yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman, lebih baik AUKU yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamed di kekalkan, jika tidak rosak imej Universiti apabila anak murid asyik berpolitik jalanan.

Khamis, 15 Disember 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG

Views
Di petik daripada entry bulanan (08 Ogos 2011/ 08Ramadhan 1433) blog YB Zulkifle Noordin-Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu mengenai Datuk Dr. Hassan Ali yang beliau kenali...
Bagi yang tidak mengenali Dr. Hasan Ali, terutamanya  yang lahir pada lewat tahun 1990an masih pakai diapers, atau masih di Tadika lagi, Dr. Hasan Ali pada kemuncak kehebatannya adalah seorang yang sangat dihormati dan disanjung oleh umat Islam bangsa Melayu. Ini kerana beliau seorang professional, anak Melayu yang mempunyai ijazah doktor falsafah PhD, seorang pegawai tinggi kerajaan yang terjun kedunia dakwah dan pendidikan.
Dr. Hasan Ali mengasaskan sebuah entiti dinamakan Sabha Group, yang beroperasi daripada Bangsar Baru (depan Menara UOA sekarang). Melalui entiti ini, Dr, Hasan Ali memperkenalkan "kem motivasi" yang biasanya dibuat di kem Sabha di Ulu Langat. Beliau lah orangnya yang mempopularkan "kem motivasi". Berduyun-duyun ibubapa khususnya menghantar anak-anak mereka ke "summer camp" Dr. Hasan Ali. Ramai ibu-bapa menangis melihat perubahan anak mereka dalam hanya beberapa hari sahaja menghadiri kem tersebut.
Dikemuncak kegemilangan beliau, Dr. Hasan Ali dipanggil menjadi moderator satu program yang dipanggil "Forum Perdana Ehwal Islam". Program ini adalah forum yang dihadiri panel 2-3 orang ulama' atau ustadz yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 pada tiap malam Juma'at. Program ini sudah menjadi begitu hambar sehingga orang naik meluat menengoknya. Ia memberi persepsi buruk kepada uslub da'wah Islam.
Namun apabila Dr. Hasan Ali mengambil alih, beliau menukar format dan membuat re-branding kepada program ini. Diselitkan dengan unsur-unsur lawak bersahaja, dan mengupas isu semasa yang menjadi bualan umat dan orang ramai. Dibariskannya gabungan ulama' dan profesional, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Tiba-tiba program "Forum Perdana Ehwal Islam" meletup, menjadi program top hits dengan rating yang begitu tinggi. Nama "Dr. Hasan Ali-motivasi-Forum perdana" adalah sinonim. Tiba-tiba ramai yang meniru cara Dr. Hasan Ali. Muncullah pelbagai kem motivasi dan forum perdana macam cendawan tumboh merata-rata.
Diwaktu kemuncak kegemilangan Dr. Hasan Ali, tiba-tiba berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 02 Sept 1998. Orang Melayu Islam berpecah. Ramai yang menjadi terpinga-pinga. Dan ramai yang marahkan Tun Mahathir dan UMNO. Tetapi pada masa itu tiada alternatif lain bagi orang Melayu. Untuk menyertai PAS jauh sekali, kerana PAS pada masa itu adalah parti yang dilihat jumud dengan golongan penceramah yang syok sendiri, ceramah maki hamun dan kata mengata, fitnah memfitnah dan asyik menyalahkan orang lain.
Dalam keadaan itu, maka kepimpinan PAS masa itu menghantar beberapa misi berjumpa Dr. Hasan Ali untuk memujuk beliau menyertai PAS. Ringkas cerita, setelah beberapa usaha memujuk beliau berjalan, akhirnya Dr. Hasan Ali menerima pelawaan menyertai PAS.
Teman (YB Zulkefli Noordin) masih ingat lagi betapa gegak gempitanya PAS pada masa itu. Tiba-tiba PAS mendapat nafas baru. Dr. Hasan Ali dikompang keliling negara. PAS yang selama ini dilihat parti pak ustad tiba-tiba mendapat wajah baru - wajah profesional. Kemasukan Dr. Hasan Ali membuka ruang baru kapada PAS bila ramai para profesional dan golongan iktisad menyertai PAS. PAS melihat gelombang baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Gema takbeer makin kuat mencecah pintu langit. Orang yang paling kecewa pada masa itu ialah Tun Dr. Mahathir yang melabel Dr. Hasan sebagai "ungrateful".
Ujian pertama Dr. Hasan Ali ialah pilihanraya 1999, hampir setahun selepas Anwar dipecat. Buat pertama kali dalam sejarah negara, Dr. Hasan Ali memenangi dua kerusi serentak dalam satu pilihanraya umum, Parlimen dan DUN. Tidak pernah berlaku seorang calun menang kedua-dua kerusi yang terletak di dua negeri berlainan dan berjauhan. Dr. Hasan Ali mencipta sejarah, memenangi kerusi DUN Durian Burung dalam Parlimen Tanjung Karang, Selangor. Dan beliau juga memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar, Perak. Dan kedua-duanya adalah kubu kuat UMNO. Maka bertambah gemilang kedudukan Dr. Hasan Ali, sehingga tanpa sebarang keraguan beliau diminta menduduki kerusi Naib Presiden PAS, jawatan yang beliau menang dengan undi terbanyak.
Salah satu sumbangan terbesar Dr. Hasan Ali ialah dengan tertubuhnya Kompleks PAS Selangor di Tg. Karang. Dengan usaha beliau sendiri, mengumpul dana dan lain-lain, Dr. Hasan Ali berjaya membina sebuah kompleks untuk PAS yang besar dalam negeri Selangor, diwaktu UMNO dibawah Khir Toyo begitu berkuasa sehingga lupa diri di Selangor. Kompleks yang dinamakan KOMPAS. Kompleks PAS Selangor berdiri megah dibumi Selangor, lebih besar dan multifungsi daripada Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar. Alhamdulillah teman bernasib baik menjadi antara penceramah yang paling awal menggemakan dewan KOMPAS dengan pidato perjuangan dan da'wah Islam.
Dr. Hasan Ali satu-satunya pimpinan PAS yang mengadakan siri kuliah dirumah. Teman masih ingat lagi bagaimana Dr. Hasan Ali mengadakan program tafaqquh fiddeen, program da'wah yang diadakan dianjung rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ramai tokoh ulama', professional dan iktisad dipanggil menyampaikan kuliah, termasuk lah teman yop. Sambutannya sangat menggalakkan. Ramai yang hadir sehingga sesak rumah dibuatnya, ada yang datang dari jauh semata-mata mahu bersama dalam program tersebut.
Setakat yang teman kenal, Dr. Hasan Ali sangat istiqomah dalam perjuangan Islam. Samada program motivasi, kem kecemerlangan diri atau keluarga, summer camp, forum perdana dan banyak lagi; satu mesej jelas yang beliau akan sampaikan ialah tentang keindahan Islam, kehebatan Islam, keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Tidak terbatas kepada hukum hakam halal haram sahaja, sebaliknya satu aplikasi kehidupan yang sangat relevan dan boleh dipraktikkan yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat; samada peringkat individu, kanak-kanak, remaja, dewasa, suami isteri dan lain-lain. Banyak buku dan hasil tulisan beliau yang diterbitkan dan dipasarkan yang mendapat sambutan luar biasa. Kaset ceramah beliau laku macam goreng pisang panas. Ceramah beliau dihadiri ribuan orang. Namun, Dr. Hasan Ali tetap seorang insan yang sangat merendah diri, cakap penuh hikmah dan nasihat, tidak pernah mendabik dada membangga diri. Dr. Hasan Ali muncul sebagai "the real walking Muslim".
Hari ini, Dr. Hasan Ali tetap Dr. Hasan Ali. Perjuangan Islamnya tidak luntur. Memegang jawatan Exco Selangor bagi Hal Ehwal Agama bukan satu habuan bagi beliau, tetapi satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH swt nanti. Beliau selalu bertanya kepada dirinya, "boleh kah aku jawab dihadapan ALLAH nanti". Teman pernah bertanya Dr. Hasan Ali semasa isu rampasan arak oleh MBSA. Dengan berani dan tanpa takut sedikitpun kepada biaDAP atau mana-mana kafir, Dr. Hasan Ali membela tindakan MBSA merampas arak yang dijual dikedai-kedai runcit dan serbaneka secara terbuka dalam negeri Selangor. Tindakan yang mengundang kemarahan rakan sekongkol PAS iaitu biaDAP.
Bila ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan jawatan, kata Dr. Hasan Ali, "ALLAH yang memberi, dan ALLAH boleh mengambilnya semula. Mungkin ALLAH ambil semula kerana mahu menyelamatkan aqidah kita". Sebenarnya itulah kata azimat yang teman pegang semasa berdepan dengan tentangan dan caci maki kaum Anwarinas dan kafir harbi sewaktu isu kalimah ALLAH. Walaupun ramai dikalangan kaum Anwarinas bersetuju membenarkan kristian kafir la'natullah menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti, namun teman memilih untuk menentang, dengan keyakinan kepada surah Al-Ikhlas. Bila ditanya tidak takutkah dipecat daripada parti, jawapan teman, "mungkin itu cara ALLAH mahu menyelamatkan teman dari fitnah aqidah yang sedang melanda". Fitnah yang Dr. Harun Din sendiri sebut sebagai murtad bagi mereka yang menyetujui kristian mengguna kalimah ALLAH.
Hari ini Dr. Hasan Ali melalui apa yang teman sudah lalui. Cuba bayangkan Haji Hadi, yang terkenal dengan amanat Hadi yang membawa kepada isu kafir-mengkafir sesama Islam, tiba-tiba membuat kenyataan selepas mesyuarat PAS pusat semalam bahawa penjelasan Dr. Hasan Ali mengenai cubaan Gereja Damansara Utama untuk mendakyah kristianisasi kepada umat Islam tidak cukup. Kegiatan gereja yang berselindung disebalik "misi bantuan", dan mencemar bulan Ramadhan dengan menjemput umat Islam berbuka puasa digereja mencetuskan isu besar apabila JAIS bertindak membuat siasatan digereja tersebut.
Tindakan JAIS yang bersesuaian bukan sahaja dengan membela dan mempertahankan Islam, malah menepati dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dikutuk sebagai campurtangan dalam urusan gereja. Tindakan biaDAP gereja menghina Islam tidak dipersalahkan, tetapi tindakan JAIS membela Islam pula yang jadi bahan cemuhan dan kutukan. Bukan sahaja dikalangan kaafirun, malah kepimpinan Melayu dalam pakatan pembangkang termasuk PKR dan PAS turut sama mengutuk JAIS. Malah MB berbangsa Melayu tiba-tiba menjadi begitu apologetik kepada gereja. Belumpun menerima lapuran penuh JAIS, MB Melayu yang bangang ini telah memohon ma'af terlebih dahulu kepadan kaum kristian dan pihak gereja la'natullah ini. Begitu bacul dan dayus segelintir bangsa melayu sekarang.
Dalam keadaan itu, tiba-tiba Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, yang sudah mendapat lapuran lengkap JAIS, bangkit mempertahan dan membela tindakan JAIS. Teman difahamkan dalam mesyuarat tergempar Exco yang diadakan pada 04 Ogos, Dr. Hasan Ali diserang habis-habisan oleh kaum kafir la'natullah. Malangnya tiada seorangpun exco Melayu, yang berani bersuara membela dan mempertahankan Dr. Hasan Ali.
Dan yang paling malang, kepimpinan PAS Selangor dan pusat juga langsung tidak membela Dr. Hasan Ali. Malah beliau dicemuh dan dikutuk oleh rakan sekongkolan PAS, dan dibiarkan tanpa pembelaan.
Haji Hadi, Presiden PAS yang serban tak pernah lekang kat kepala juga tidak memilih untuk membela Dr. Hasan Ali. Sebaliknya beliau menghina Dr. Hasan Ali bila membuat kenyataan bahawa "PAS pusat akan berjumpa terus dengan JAIS dan gereja untuk mendapat penjelasan".
Bukankah Dr. Hasan Ali Exco Hal Ehwal Islam, dan juga AJK PAS Pusat? Mengapa tidak diminta Dr. Hasan Ali, sebagai Exco, mendapatkan butiran dan maklumat lanjut daripada JAIS jika Haji Hadi berasa maklumat yang disampaikan oleh Dr. Hasan Ali tidak cukup?
Apa hak PAS nak minta JAIS mengadap dan berikan penjelasan? Haji Hadi tak tahu kah nak bezakan antara parti dan kerajaan? JAIS adalah sebuah jabatan kerajaan, bukan lujnah dalam PAS. JAIS hanya menjawab kepada Tuanku Sultan, MAIS, Exco Hal Ehwal Islam atau MB. JAIS tidak langsung bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik, samada UMNO atau PAS. Kalau PAS mahukan penjelasan lanjut daripada JAIS, mereka boleh buat sedemikian melalui Exco iaitu Dr. Hasan Ali. Meminta terus daripada JAIS melangkaui Dr. Hasan Ali adalah satu penghinaan besar terhadap Dr. Hasan Ali. Seolah-olah Haji Hadi tidak percaya kepada Dr. Hasan Ali! Seolah-olah suara Dr. Hasan Ali sudah tidak laku dan tidak diterima dalam PAS!
Kalau sebuah parti politik boleh meminta jabatan kerajaan mengadap dan memberi penjelasan kepada mereka, adakah kelak nanti kalau biaDAP tidak puashati dengan JAIS maka mereka juga boleh memanggil JAIS untuk memberikan penjelasan? Cuba bayangkan kalau UMNO atau BN yang buat sedemikian, sudah pasti kaum Anwarinas dan biaDAP akan menyalak memaki hamun UMNO/ BN sebagai mencampuri urusan Jabatan Kerajaan!
Yang teman pelik tu, kenapa Haji Hadi beriya-iya sangat nak dengar penjelasan daripada gereja? Tidak salah dengar daripada pihak gereja, tetapi sikap ini mestilah konsisten, dan samarata samarasa. Tapi kenapa hanya bila timbul isu membabitkan kafir harbi ini beriya-iya nak dengar dari pihak kristian, walaupun Dr. Hasan Ali, AJK PAS pusat sendiri dah berikan penjelasan. Ini sudah jelas sikap double standard, talam banyak muka! Kerana dalam isu Anwar dituduh meliwat Saiful, Haji Hadi langsung tidak berminat nak dengar penjelasan Saiful. Sedangkan Saiful seorang Muslim, yang sudah membuat sumpah muhabalah lagi. Mengapa Haji Hadi hanya mendengar dari Mat CD sebelah pihak sahaja, sedangkan Saiful dimaki hamun dengan tuduhan qazaf dan lain-lain?
Mengapa pulak Haji Hadi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada Datuk Eskay? Kenapa hanya mendengar daripada Mat CD sahaja? Sedangkan Datuk Eskay, rakan baik Mat CD itu bukan sahaja ada bukti dalam bentuk videoklip, malah sudah membuat sumpah mubahalah. Dan Datuk Eskay seorang Muslim, sedangkan gereja Damansara yang cuba mendakyah agama kristian kepada umat Islam itu terang-terang kafir, bukan kafir biasa, tapi kafir harbi. Bukan sahaja penjelasan Datuk Eskay tidak mahu didengar, malah beliau dimaki hamun dan disumpah seranah dengan pelbagai label daripada fasik kepada munafik, malah ada kaum anwarinas dan Koonyet:2 mengkafirkan Datuk Eskay!!! Dan Haji Hadi hanya mampu kata "tak jumpa negara Islam dalam Quran!".
Dengan kafir harbi Haji Hadi beriya-iya nak dapatkan penjelasan, daripada sesama Muslim bukan sahaja beliau tidak mahu mendengar penjelasan, malah Haji Hadi mengeluarkan pelbagai patwa dan ayat untuk mengelak daripada mendengar penjelasan Saiful dan Datuk Eskay, malah siap menjatuhkan pelbagai rupa hukuman keatas mereka. Adakah Haji Hadi juga takut kepada kebenaran sebagaimana Mat CD takut kepada kebenaran, sehingga sumpah mubahalah tidak berani buat, sehingga sampel DNA tidak mahu beri, sehingga jam Omega tetap kononnya dikunci rapi. Dan caci maki, sumpah seranah, dan maki hamun yang dihamput terhadap mereka oleh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 langsung tidak diambil peduli oleh Haji Hadi dan yang sewaktu dengannya!!!
Dan yang paling malang, Dr. Hasan Ali, insan yang bukan sahaja banyak berjasa kepada PAS, malah mengharumkan perjuangan Islam dengan pendekatan yang sangat praktikal, realistik dan Islamik, yang berjaya mengeluarkan PAS daripada kepompong kejumudan dan kelesuan hari ini menjadi bahan sepak terajang dan punching bag bukan sahaja oleh kaum kafir harbi, malah oleh partinya sendiri. Bak kata hadis Melayu, "abis madu sepah dibuang".
Teman tidak akan terkejut kalau selepas ini Dr. Hasan Ali akan dituduh sebagai barua dan balaci UMNO. Malah tidak mengejutkan jika ada yang memfitnah Dr. Hasan Ali sebagai ejen BN. Dan teman tidak akan terkedu kalau ada yang menuduh YAB Dato' Sri Najib memperkudakan Dr. Hasan Ali. Malah teman tidak akan terkejut kalau ada yang menuduh Dr. Hasan Ali dibayar RM2juta oleh Dato' Sri Najib atau UMNO. Kerana apa? Kerana memang perangai dan kemampuan mental kaum Anwarinas dan Koonyet:2 ini terhad takat itu sahaja. Bila sudah ketandusan hujah, dan bila sudah kelu lidah dan otak untuk berbahas secara bertamaddun dan berilmiah, kaum Anwarinas dan Koonyet: 2 ini pasti akan melemparkan pelbagai pembohongan, putarbelit, penipuan, pertuduhan, tohmah dan fitnah. Dan lagi canggih kalau dapat heret Dato' Sri Najib dan UMNO sekali; itu sudah menjadi jampi-mentera mereka sejak azali!
Ini pun teman dah dapat maklumat mereka sedang merancang untuk menyerang peribadi Dr. Hasan Ali. Konon PAS banyak bantu Dr. Hasan Ali. Konon Dr. Hasan Ali banyak berhutang dengan PAS. Konon Dr. Hasan Ali menghadapi masalah perniagaan, dan memerlukan bantuan kewangan besar. Yang Dr. Hasan Ali sudah nak bankrap. Yang Dr. Hasan Ali...isyk..isyk..isyk..macam-macam mereka boleh buat yop. Teman tahu, sebab teman sendiri pun dah kena dengan pembohongan, penipuan, putar belit, caci maki, sumpah seranah, fitnah dan tohmahan puak Anwarinas dan kaum Koonyet:2 ni.
Kepada Dr. Hasan Ali, bersabarlah sebagaimana bersabarnya Rasulullah saw dalam berhadapan dengan karenah kaum musyrikin Mekah. Rasulullah saw sendiri berdepan dengan kata nista dan fitnah bukan dari orang lain, malah daripada ahli keluarga Baginda sendiri. Memang ramai keturunan Abu Lahab, Abu Jahal dan segala abu dikalangan kaum Anwarinas dan kaum Koonyet: 2 yang kini bertenggek didalam PAS, PKR dan biaDAP.
 Bersabar sahajalah. Walaupun maklumat sahih yang teman dengar sudah ada konspirasi dan agenda jahat untuk memaksa Dr. Hasan Ali dipecat bukan sahaja daripada jawatan Exco Negeri Selangor, malah dipecat daripada AJK PAS Pusat. Dan nama Dr. Hasan Ali hampir pasti tidak akan dicalonkan bagi pilihanraya PRU 13 nanti. Kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD akan pastikan nafsu mereka untuk ke Putrajaya tidak dihalang oleh pejuang Islam saperti Dr. Hasan Ali yang dibenci oleh biaDAP dan kafir harbi. Dr. Hasan Ali kini dilihat sebagai batu penghalang mimpi kalkatus kaum Anwarinas ke Putrajaya!
Kepada Haji Hadi, ingatlah pesan teman. Jangan ingat Haji disayangi oleh kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD yang ada sekeliling Haji sekarang. Mereka hanya menunggu masa. Mereka ini umpama anjing liar yang sedang meleleh limpah airliur mereka untuk bertakhta di Putrajaya. Dan mereka sangat berharap kepada undi para kafir dan sokongan kaum biaDAP. Sesiapa sahaja yang dilihat sebagai musuh kafir dan dibenci biaDAP, pasti akan disembelih tanpa belas ihsan. Mereka sudah lakukannya kepada Ustadz Nasaruddin Mat Isa. Mereka sedang lakukannya kepada Dr. Hasan Ali. Dan Haji Hadi sendiri adalah calon yang sedang menanti untuk disembelih anjing-anjing liar ini. Malah mereka pernah mengutuk Haji Hadi secara terbuka, dan pernah tanpa sedikit kemaluan pun mereka pernah desak Haji Hadi letak jawatan. Jangan Haji ingat dengan tunduk na'am kepada nafsu mereka, Haji akan selamat. Ini kaum yang tidak kenal batasan akhlak, tidak kenal siapa lawan siapa kawan. Ini kaum yang mementingkan diri mereka sendiri. Satu hari nanti teman cukup yakin Haji sendiri akan disembelih oleh kaum ini. Jangan nanti Haji kata tidak pernah diberi peringatan. Apa yang mereka telah lakukan kepada Ustadz Nasarudin dan kepada Dr. Hasan Ali, teman percaya Haji akan laluinya nanti insyallah.
Kepada para ulama', 'ilmuan dan pejuang Islam yang masih ada saki baki didalam PAS, bangkitlah pertahankan Islam. Mengapa mike semua menjadi manusia dayus dan bacul berhadapan dengan jentera kafir dan toghut yang sedang menghancurkan Islam. Janganlah menipu diri sendiri dengan berkata nanti berkuasa tahulah kami apa nak buat. Itulah kata-kata golongan hipokrit dan al-kazeeb. Kalimah ALLAH sudah mereka jual, anak-bini sudah mereka gadai, ulama' dan pejuang sudah mereka sembelih; apa lagi yang mike tunggu. Pembohongan, penipuan, putar belit, fitnah-memfitnah, maki hamun dan caci maki adalah makanan harian mereka. Mereka ini kaum yang sanggup menyondol depan belakang; halal haram dosa pahala tidak ada dalam kamus kehidupan mereka. Yang mereka tahu, kerusi kekuasaan dan mahkota Putrajaya mesti mereka duduki, at all cost! Umat mengharapkan mike semua, rakyat bergantung kepada mike untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mike: berjihadlah untuk kebenaran! Hapuskanlah kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD yang ada didalam PAS. Kembalikanlah PAS kepada perjuangan sebenar; menegakkan sebuah Daulah Islammiyyah yang melaksanakan syariat dan undang-undang Islam. Janganlah mike semua nanti dimangsakan saperti Ustadz Nasaruddin Mat Isa, saperti Dr. Hassan Ali. Janganlah menunggu sehingga "abis madu diperah, sepah disepak-terajang!!!".
P/S: Habis Madu Sepah di Buang, benarlah apa yang ditulis oleh YB Zulkifle Noordin ini, beginilah nasib apabila alim ulama berjuang dalam politik menegakkan yang hak dan menghalang yang haram akhirnya digugurkan seperti tidak ada JASA beliau sumbangkan. Hari ini Datuk Dr. Hassan Ali telah digugurkan sebagai calon PRU ke 13, dan beliau terima dengan redha demi perjuangan Islam,dan mungkin selepas ini giliran Ustaz Nasharuddin Mat Isa...tetapi yang  hairannya bila Tuan Guru Nik Aziz (waris nabi a.k.a setaraf nabi) redha untuk tidak mencalonkan diri demi perjuangan Islam dan kesatuan Ummah!!!!

Rabu, 7 Disember 2011

BILA NIK AZIZ SETARAF NABI

Views

Inilah ulama' apabila terlalu lama diangkat sebagai pemimpin, apabila terlalu lama memegang tampuk pemerintahan, apabila terlalu lama memegang kuasa, dan apabila terlalu lama merasa diri yang terbaik, dan apabila diri di samataraf dengan nabi sudah tidak lagi merasa perasaan takut atau gentar bahawa diri adalah kepunyaan dan hamba Allah dan merupakan umat nabi Muhammad S.A.W.
Malah kenyataan seorang penceramah dari parti tersebut iaitu Shamsul Zaman Shukri atau lebih dikenali dengan gelaran 'ustaz budak' langsung tidak memberi kesan di hati beliau yang gelaran Nabi hanya layak kepada pesuruh Allah yang dipilih bukannya untuk Ulama yang memerangi atau mengkafirkan umat Islam sesama sendiri. Ini bahananya apabila Ulama' menjadikan sahabat karib serta rakan rujukan daripada kalangan bukan Islam (kafir) sehingga hati menjadi keras dan fikiran menjadi terpesong sehingga bangga dan ta'ajub pada diri sendiri.
Malah pemimpin seangkatan beliau yang beliau anggap sebagai musuh hakiki pun bersilih ganti meletak jawatan dengan perasaan redha dan tawadhuk bahawa jika diri jika sudah tidak mampu lagi memimpin sebelum perasaan riak menguasai diri sehingga perlu dijatuhkan dengan cara yang tidak baik lebih baik berundur diri. Berundur diri bukan bermaksud tiada sokongan tetapi berundur diri untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menonjolkan bakat kepimpinan kerana pemimpin datang silih berganti bukan memimpin untuk menongkat dunia. Berundur diri dengan cara terhormat juga akan membuat semua orang lebih hormat dan dihormati malah diangkat lagi martabat sebagai pemimpin yang sejati.
Apa yang pasti perjuangan Nik Aziz sebagai ulama' sudah jauh terpesong malah lagi jauh terpesong apabila membenarkan diri diangkat SETARAF NABI

Selasa, 6 Disember 2011

BEZA SUMPAH BAI'AH PAS DENGAN IKRAR BAI'AH UMNO

Views
SUMPAH BAI'AH PAS:
Sumpah bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihanraya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih rakyat.
  1. Bai'ah kepada calon yang bertanding. Bukan bai'ah minta ahli jangan khianat kepada calon seperti mana UMNO. Bai'ah tersebut ialah janji jika menang tidak melompat atau keluar parti.
  2. Bai'ah sekiranya keluar dari parti atau lompat parti, ia mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi, kerana ia telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya dari parti yang bertanding.
  3. Sekiranya pemimpin keluar parti atau melompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaun dan pencen yang diterima, kerana ia tidak amanah kepada rakyat yang diwakilinya.
IKRAR BAI'AH UMNO:
Ikrar ini dibacakan oleh Y.B Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama perwakilan UMNO ketika ucapan pergulungan Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu. Berikut ialah lafaz ikrar taat setia UMNO:-
"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghidari hasad dengki, iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.
Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfak di jalan Allah bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 12.
Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calan yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

P/S: Besar bezanya antara sumpah dengan ikrar, sekiranya kita bersumpah jika tidak ditunaikan wajib kepada kita membayar kifarah, manakala ikrar adalah perjanjian dan pembakar semangat untuk kita terus berazam mencapai apa yang diikrarkan, jadi mana lebih baik memaksa orang untuk bersumpah atau membakar semangat orang untuk berjuang melalui ikrar????

Isnin, 5 Disember 2011

KERAJAAN PEMBANGKANG KEMERE

Views
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menggelar Kerajaan Negeri di tadbir oleh pembangkang sebagai 'kemere' kerana tidak ada usaha membantu rakyat keluar dari tekanan hidup dan hanya tahu mengkritik.
"Mereka tidak bagi buah fikiran cara terbaik untuk diselasaikan pada masa rakyat terbeban dengan pelbagai masalah, sebaliknya hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh-temeh"
Sebagai contoh ulas Datuk Mukhriz " KR1M usaha murni kerajaan BN, sebaliknya menjadi amalan pembangkang menjadikannya polemik supaya dapat kritik dan mempolitikkan apa saja usaha BN walaupun ia dilaksanakan demi kebaikan rakyat".
"Inilah bezanya pendekatan kerajaan BN dengan parti pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat" katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) KM 15 di Padang Sera, Jerlun, semalam.
P/S : 'Kemere' dalam loghat bahasa kedah bermaksud 'cikai', yang bererti 'lekeh' atau  'teruk' dan 'lemah'. Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz,  yang kerajaan pembangkang ini 'kemere' kerana tahu mengkritik dan mencari kelemahan bukannya cuba mentadbir atau mengurus dengan baik selepas di beri mandat oleh rakyat. KR1M satu contoh manipulasi pembangkang untuk mengelirukan rakyat, bukannya mendokong usaha kerajaan mengekang kenaikan harga pasaran oleh pemborong atau peruncit yang mengambil kesempatan malah menghasut rakyat untuk mengatakan barangan KR1M tidak berkualiti dan boleh memudaratkan pengguna.