TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Sabtu, 31 Disember 2011

SUKA DUKA 2011 ; SELAMAT DATANG 2012

Views
Beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012. Pelbagai peristiwa pahit manis ranjau suka dan duka telah pun ditempuhi sepanjang menyelusuri tahun 2011. Ada yang mendapati tahun 2011 adalah tahun paling bermakna dalam hidup mungkin kerana menjawat jawatan baru atau memperolehi kerja baru, kenaikan pangkat baru, anak baru, pasangan baru dan lain-lain yang serba baru manakala ada yang mendapati tahun 2011 adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan ada pula yang menjalani tahun 2011 penuh dengan kisah duka, jerit perih, kesakitan, kehilangan, kejatuhan dan nasib malang. Apa yang pasti 2012 diharap akan membawa sinar baru dalam kehidupan dan sekiranya kehidupan itu sudah sedia baik diharap kepada kecemerlangan dan sekiranya kehidupan itu sama sahaja setiap tahun diharap kepada perubahan dan sekiranya kehidupan itu penuh dengan kisah malang diharap kepada kecerahan dan kewarnaan. Dan pastinya setiap insan berharap, setiap yang mendatang membawa kebahagian, sinar harapan dan juga peningkatan pada setiap perjalanan yang bernama sebuaah KEHIDUPAN.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!!
Sorotan Peristiwa Penting 2011:
14 Jan - Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali di gulingkan 
7 Feb   - Ops Piramid membawa keluar lebih 8000 pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir
11 Feb - Presiden Mesir Hosni Mubarak letak jawatan
11 Mac - Gempa bumi sekuat 9.1 skala richter menggegarkan timur Jepun mencetuskan tsunami dan menyebabkan kebocoran pusat logi janakuasa nuklear serta mengorbankan 15822 nyawa dan 3926 orang hilang
16 April- Pilihanraya Sarawak BN menang majoriti dua pertiga
29 April - Perkahwinan di raja Putera William dan Catherine Middleton
1 Mei - Pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden diumumkan dibunuh dalam operasi di Pakistan
21 Mei - Seramai 16 penghuni rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis Maut tertimbus tanah runtuh
4 Jun - Letusan gunung berapi Puyehue di Chile menyebabkan pembatalan penerbangan dan 3000 penduduk dipindahkan5 Jun - Pas berdolak dalik mengenai rakaman video seks Anwar Ibrahim
15 Jun - sebanyak 198 laman web dalam negara www.gov.my di godam dengan 90 peratus penggodam daripada dalam negara
22 Jun - Pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia
30 Jun - Perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura yang beroperasi selama 80 tahun ditamatkan
9 Julai - Perhimpunan haram Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur
18 Julai - Permohonan seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz 25 untuk menukar status kad pengenalan kepada  nama wanita di tolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
22 Julai - Banjir buruk melanda Bangkok Thailand berlarutan lebih 2 bulan dan 600 penduduk maut
11 Ogos - Penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli cedera diserang penyamun dalam kejadian rusuhan di London
21 Ogos - Akhbar Kompas memohon maaf kepada kepada PM berikutan berita yang menyentuh peribadi keluarga PM
26 Ogos - Timbalan Presiden Pas Mat Sabu mengangkat Muhammad Indera dari Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero 
2 Sept - Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia
15 Sept - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959
16 Sept - Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia di sambut serentak
20 Okt - Presiden Libya Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte dan mayat dijadikan bahan tontonan umum
23 Okt- Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) berlangsung di Stadium Shah Alam
4 Nov - PDRM mengharamkan majlis/program Seksualiti Merdeka 
13 Nov - Perdanan Menteri Itali Silvio Berlusconi letak jawatan
10 Dis - Datuk Dr. Hassan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada PRU ke 13
15 Dis - Tentera Amerika Syarikat menurunkan bendera tanda berundur dari Iraq
23 Dis - Bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan
26 Dis - Gempa bumi berukuran 4.9 skala richter menggegarkan bandar Christchurh New Zealand dan lebih 20 bangunan musnah
(Rujukan: Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih