TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 23 September 2011

RETAK MENUNGGU BELAH

Views
Gambar: Berita Harian 23 Sept 2011

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. "Nak jumpa berapa kali jumpa dah... DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata... bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.
Di KUALA LUMPUR, Karpal Singh berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud  bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
P/S: Ini dinamakan 'tidur sebantal mimpi lain-lain'...hanya 'menanti retak menunggu belah sahaja'..biasalah belum dapat..'pakat baik punya' bila dah dapat nanti pasti confirm gaduh tak ingat dunia...yang pasti rakyat Malaysia kena bijak menilai dan memilih yang mana intan dan yang mana kaca...!!!

Isnin, 19 September 2011

RAMALAN PRU KE13

Views
Bilakah PRU ke 13 akan diadakan? Apakah pada NOVEMBER atau DISEMBER? 
Apa yang pasti Datuk seri Najib amat menyukai Nombor 11 kerana nombor tersebut dekat dihati beliau, tetapi 11 yang mana masih lagi menjadi Tanda Tanya yang menimbulkan persoalan dan pertimbangan pemerhati-pemerhati politik!!
Berikut adalah analisis yang dibuat oleh Pengarng Sinar Harian (19 Sept 2011):

Jangkaan tarikh keramat PRU 13 jatuh pada 11 FEBRUARI 2012 (Sabtu)
Tarikh Penamaan Calon akan jatuh pada 28 JANUARI 2012 dengan 14 hari tempoh berkempen
Daripada segi sejarah, secara purata jarak diantara PRU adalah sekitar 4 TAHUN 4 BULAN
Hanya PRU ke 4 pada 24 Ogos 1974 melebihi tempoh matang (5 tahun 3 bulan) berikutan tragedi 13 Mei 1969
Jarak Paling Rapat PRU ke 6 pada 22 April 1982 (3 tahun 8 bulan) setelah PRU  5.
Hayat pada penggal ini sudah mencapai 3 TAHUN 5 BULAN pada September ini. Najib pasti inginkan PRU diadakan lebih cepat kerana mandat yang digunakan kini adalah mandat Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


KENAPA 28 JANUARI - 11 FEBRUARI 2012
PERTAMA: 28 Januari - 11 Februari merupakan window atau tingkap terluang yang bermaksud tiada sambutan atau peristiwa besar kecuali 5 Februari, Maulidur Rasul. Lain-lain tarikh selepas itu memerlukan pertimbangan berbeza kerana semakin hampir tempoh memerintah berakhir semakin tinggi risiko percaturan politiknya!!

KEDUA: Parlimen biasanya akan dibubarkan selepas persidangan dan sekiranya minggu persidangan berakhir Disember digunakan oleh Najib untuk membubarkan Parlimen ini bermakna PRU akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

KETIGA: Persediaan BN sendiri kerana Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 29 November - 3 Disember 2011. Parti-parti komponen pasti bergelut untuk mengadakan persidangan masing-masing dan pasti Persidangan Agung UMNO nanti, fokus utama tentu terarah kepada PRU dan Datuk Seri Najib pasti akan membuat beberapa pengumuman yang mungkin mengejutkan seperti 'Pemansuhan ISA' tidak terjangkau dek akal sehingga ia diumumkan
Yang pasti banyak faktor yang jika dilihat tidak memungkinkan PRU ke 13 diadakan pada hujung tahun ini.....antaranya:

1)Musim Haji  (kumpulan pertama akan bertolak pada 29 September dan akan kembali seawal pertengahan November nanti seterusnya sehingga akhir November atau awal Disember
2)Cuti panjang sekolah bermula 18 November 
3)November dan Disember adalah bulan yang cuacanya tidak menentu, biasanya di Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh.

P/S: Ini sekadar ramalan kerana yang empunya badan sahaja yang dapat memutuskan bila tarikh keramat itu sesuai diumumkan tetapi sebagai jentera parti petanda-petanda ini perlu di jadikan sebagai 'guideline' untuk memperkemaskan ikatan yang mana masih lagi belum kejap atau ada yang terungkai supaya PRU kali ini tepat mencapai sasaran.

Ahad, 18 September 2011

SOKONG BN BUKAN CALON & JANGAN SYOK SENDIRI - PM

Views
Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan setiap ahli parti mesti memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bukannya calon yang bertanding dan semua anggota BN perlu menyerahkan secara mutlak kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang layak bagi memastikan kemenangan BN kelak. Ujian yang paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat yang sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi untuk menang dalam pilihanraya. Pilihanraya semakin hampir maka semua ahli BN perlu memperkuatkan yang lemah, memperketatkan yang longgar, merapatkan barisan serta memperbaiki yang bermasalah.
"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati dan merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan. Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya".
Datuk Seri Najib juga mengingatkan pemimpin Barisan Nasional tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat kepada bacaan politik di sesuatu kawasan. Apa yang perlu dipastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya umum akan datang.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 orang dalam sesuatu kawasan. Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua dah buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu. Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin.... itu menipu diri sendiri. Kalau kita kumpulkan itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita ia memang berbaloi buat perhimpunan.."
Datuk Seri Najib juga mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing. Beliau mahu agar semua pemimpin BN meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat secara berterusan dan tidak hanya menunggu ketika pilihanraya sahaja. Beliau juga tidak mahu pemimpin  hanya memikirkan kedudukan di dalam parti sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat.
"Jangan dalam kepala kita, kita masih dalam mentaliti zaman kita masih kuat" Ucap Datuk Seri Najib ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.
P/S:  Apabila PM sudah mula bersuara..?!!! Kalau teraju sahaja menyuruh berubah tetapi pemimpin kawasan masih lagi bertelegah...yang gundah gulana rakyat jelata...yang bakal punah Barisan Nasional.....bukan zaman untuk merajuk atau menunjuk 'aku betul hang salah....tak calon aku hampa kalah.."..tapi zaman untuk bekerja demi parti bukan untuk diri sendiri....tepuk dada tanya selera...!!!!



Sabtu, 17 September 2011

PEMANSUHAN I.S.A : KENAPA PERLU SANGSI

Views
Pemansuhan ISA bermotifkan politik, Pakatan Rakyat mengambil pendekatan tunggu dan lihat pengumuman baru. Itulah antara pendapat umum daripada Pakatan Rakyat mengenai pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Pemansuhan I.S.A. Manakala rata-rata pihak menyambut baik mengenai perkara tersebut. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat ia sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.
Apa yang pasti Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf daripada Perdana Menteri kerana membuat tafsiran silap berkaitan kemampuan beliau sebagai pemerintah dan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri  itu. 
"Hari ini (semalam) saya minta maaf kepada Perdana Menteri dan saya menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) serta mengucap syabas dan bangga kerana beliau dapat mengubah undang-undang yang begitu lama digunakan secara zalim akhirnya dimansuhkan." (Zaid Ibrahim)
Namun begitu menurut penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohamad Md Yusof berkata, "undang-undang yang baru tersebut perlu lebih ketat daripada ISA bagi menjamin kedaulatan dan keharmonian negara. Ini kerana unsur subversif dan keganasan akan berterusan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat negara ini dan pemansuhan yang dilaksanakan kerajaan bukan bermakna kebebasan secara total boleh dilaksanakan sesiapa jua kerana masih ada undang-undang lain yang boleh dikenakan kepada meraka yang mengancam negara"
P/S: Apa yang pasti, pemansuhan ISA ini merupakan tanda 'kerajaan prihatin' terhadap kehendak rakyat dan mempamerkan keterbukaan kerajaan dalam melaksanakan tindakan proaktif terhadap segala isu dan tohmahan yang dilemparkan serta berpandangan jauh memenuhi aspirasi rakyat dan kesejahteraan negara. Marilah kita bersama-sama menghayati dan mendokong aspirasi ini.

Khamis, 15 September 2011

JANGAN POLITIKKAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

Views
Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif The Lion Group, Tan Sri William Cheng yang mempertikai kononnya peniaga-peniaga runcit di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM) akan terjejas dengan tawaran harga  oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang runcit dipasarkan di bawah harga pasaran semasa boleh menjejaskan perniagaan runcit yang lain. Cheng juga berkata kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.
Kenyataan beliau ini dikecam oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Presiden Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) Mohd. Fazil Abdullah kerana kenyataan Cheng ini hanya menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan objektif penubuhan kedai tersebut.
"Apa salahnya kita sama-sama membantu rakyat berpendapatan rendah di negara ini untuk menikmati harga barang yang murah di kedai runcit. Dengan itu barulah nampak semangat 1 Malaysia dan semangat patriotik semua kaum di negara ini tanpa mementingkan diri" ujar beliau.
P/S: Minggu lepas Telco telah mengejutkan semua pihak mengenai kenaikan caj 6% sim kad prabayar sehingga memaksa kerajaan untuk campur tangan, dan hari ini Ketua Pegawai Eksekutif The Lion Group pula mempertikaikan Kedai Rakyat 1Malaysia boleh menjejaskan perniagaan runcit terutama kepada Gabungan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM). Di mana semangat 1 Malaysia dan patriotik bangsa lain malah tidak langsung menyokong kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

Selasa, 13 September 2011

NAJIB WAJAR TANGGUH PRU13 - TUN M

Views
Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak melewatkan Pilihanraya Umum ke- 13 (PRU 13) dan merasakan Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri mendakwa, ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah untuk menjadi calon pilihan raya.
Menurutnya,pendekatan 'calon boleh menang' kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin yang hendak bertanding.
"Menjadi amalan biasa bagi seseorang calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak".."Masalah ini sukar diatasi dan ia masih menjadi satu masalah" katanya.
Dr. Mahathir berkata, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon yangdipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.
Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan kecaman berhubung cara pihaknya menanggani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.
PRU ke 13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
Mandat semasa Kerajaan Pusat hanya akan berakhir April 2013 (Sumber: Sinar Harian Edisi Utara 13 Sept 2011)
P/s: Apa yang pasti setiap pemimpin dalam parti BN perlu bersatu hati demi untuk perjuangan parti dan ketepikan soal kepentingan peribadi....

BRAZIL PEMAIN UTAMA INDUSTRI HALAL DUNIA

Views

Kemunculan Brazil sebagai pemain utama dalam industri halal di peringkat global mengejutkan ramai pihak. Ini kerana Brazil bukan sahaja merupakan pengeksport ayam dan daging halal yang terbesar ke-100 buah negara di dunia malah 300,000 tan metrik daripada barangan tersebut merupakan eksport untuk pasaran Arab Saudi, Mesir dan Iran.
Sebelum ini tiga buah negara iaitu Australia, Singapura dan Thailand sudah lama menjadi pemain utama dalam industri halal global dan Malaysia yang sudah lama mengembangkan industri ini masih lagi gagal menempatkan diri sebagai pemain utama industri halal dunia.
P/s: Di manakah silapnya kita negara Islam, sudahlah gagal mengeksport makanan halal untuk negara-negara Islam......malah kita pula terpaksa mengimport daripada negara bukan Islam??

Jumaat, 9 September 2011

MAT SABU a.k.a MAT INDERA

Views

Pembangkang..sekiranya tiada isu ibarat parti yang mati. Kalaulah tidak dilayan kenyataan Mat Sabu mengherokan Mat Indera..tentulah tidak meriah..sebabnya Mat Sabu bukannya orang bawah dalam sebuah parti politik...beliau Timbalan Presiden Pas...orang nombor dua selepas Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. 
Tetapi kalau dilayan berjela-jela kenyataan menghina daripada Mat Sabu ini yang menggelarkan Mat Indera sebagai hero dan memperlecehkan pengorbanan anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pasti ada pihak akan mendakwa...promosi percuma 'mempopularkan' si Mat Sabu ini.
Sedangkan sumbangan sebenar beliau kepada politik tanahair tiada apa pun...lebih kepada cerita sensasi sahaja.  tetapi menjadi semakin 'besar kepala' apabila beliau muncul dengan watak 'Mat Indera' superhero  edisi terbaru Kisah Bukit Kepong beliau.
"Inilah pendekatan yang digunakan oleh Mat Sabu. Isu Popular dan Sensasi (mendewa-dewakan komunis).....wujudkan kontroversi walaupun ia tidak logik dan melanggar arus perdana" (Dr. Jeniri Amir, Penganalisis Politik Unimas).
"Biar dia (Mat Sabu) cakap banyak, biar kita tahu lubuk hati dia yang sebenarnya. Kalau dia tidak cakap, kita tidak tahu siapa di belakang dia. Sekarang ini kita tahu, mereka sebenarnya adalah penyokong komunis dan pengganas. Tidak perlulah tangkap dia (Mat Sabu) beri dia cakap banyak-banyak kerana rakyat harus tahu kerana kalau tidak mereka akan terus tertipu sepanjang masa," (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
P/s: Mat Sabu itulah Mat Indera...tanpa Mat Indera sepilah nama Mat Sabu... tambahan pula sebagai Timbalan Presiden Pas perlulah lebih ProAktif menghidupkan isu-isu terbaru..jika tidak pasti akan jadi suam-suam kuku....

CAJ 6% TAMBAH NILAI KAD SIM TIDAK MUNASABAH

Views

Tambahan nilai 6% kad sim prabayar kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi di Malaysia yang bakal berkuatkuasa pada 15 September 2011 di lihat sebagai tidak munasabah. Sebagai contoh bagi setiap pek RM 10.00 akan dicajkan menjadi RM 10.60  dan sekiranya kad sim tersebut bernilai RM 100.00, pelanggan terpaksa membayar RM 160.00 yang mana nilai tambahan RM 60.00 itu sudah pasti seakan mencekik darah pengguna. Ini tidak termasuk lagi caj panggilan yang dikenakan yang sememangnya agak mahal.
"Jika membuat panggilan dan tidak berjawab tetap dikenakan caj.. inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan." (Datuk Dr. Ma'Amor Osman, Setiausaha Agung PPIM)
"Selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi daripada lebih 4 juta pekerja asing di negara ini" ( Datuk Dr. Jacob George) 
Apa yang pasti tindakan semua pemilik syarikat telekomunikasi ini  langsung tidak sejajar dengan misi kerajaan membantu mengurangkan belanjawan pengguna berpendapatan rendah, sudahlah mengaut keuntungan berlipat ganda, kini menekan pengguna dengan caj yang tidak munasabah dan mencekik darah!!

Khamis, 8 September 2011

BUKIT KEPONG DALAM KENANGAN...

Views
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke 2. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Tetapi semua itu tidak langsung dihargai oleh PAS khususnya oleh Timbalan Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu. Beliau menganggap semua polis yang terlibat dalam Bukit Kepong adalah bukan perjuang kemerdekaan sebaliknya Mat Indera yang mengetuai serangan kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) ketika itu dianggap sebagai wira dan hero negara. Tidakkah Mohamad Sabu sedar yang PKM itu adalah sebuah parti yang tidak percayakan Tuhan??...

Rabu, 7 September 2011

KWSP SEMBILAN TERBESAR - TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA!!

Views
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenaraikan sebagai pengurus dana pencen kesembilan terbesar dunia dari segi aset pada 2010 oleh syarikat perkhidmatan profesional global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
.
Kajian tahunan oleh syarikat Towers Watson itu mendapati KWSP dengan jumlah aset keseluruhan bernilai AS$145.570 bilion atau RM433.79 bilion, mengatasi pengurus dana pencen Singapura, Central Provident Fund (CPF) yang menduduki tangga ke-10 dengan jumlah aset keseluruhan AS$144.844 bilion (RM431.63 bilion).
.
Pada 2009, KWSP menduduki tangga ke-19 dengan jumlah aset AS$109.002 bilion (RM324.82 bilion), manakala CPF di tangga ke-11 dengan aset berjumlah AS$122.497 bilion (RM365.04 bilion).

Tiga pengurus dana pencen dari Asia lain yang berada pada kedudukan 10 teratas adalah Government Pension Investment dari Jepun, di tempat pertama, diikuti National Pension dari Korea (keempat) dan Local Government Officials dari Jepun (ketujuh). (Sumber: Utusan)

SIKAP HIPOKRIT PAS

Views
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin (gambar), tetap akan mencabar dan mendesak Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk berdebat walaupun cabaran tersebut ditolak oleh Mohamad Sabu.


Dalam hal ini 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin PAS itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutama yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Kerajaan PAS Kelantan melalui email kepada Khairy Jamaluddin memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya.
.
Menurut Khairy, PAS sebenarnya telah panik setelah cabaran parti tersebut terhadap saya disahut dengan hati yang terbuka. Tanggapan PAS yang UMNO hanya akan berdiam diri telah tersasar jauh. Jadi, bagi menutup malu hari ini Mat Sabu bertindak mencabar pula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengannya atas alasan Timbalan Presiden UMNO itu terlalu kerap mengkritiknya berbanding Khairy setelah isu tersebut didedahkan pada 26 Ogos lalu.

CERAMAH TANPA TAULIAH

Views
Akibat berceramah tanpa tauliah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di  sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di surau tersebut bulan lalu.
.
. 
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu. Neburut Nur Hamizah lagi, JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.