TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 7 September 2011

CERAMAH TANPA TAULIAH

Views
Akibat berceramah tanpa tauliah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di  sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di surau tersebut bulan lalu.
.
. 
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu. Neburut Nur Hamizah lagi, JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih