TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 30 Disember 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Views
Kenapa perlu dipolemikkan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa makna. Malah lebih berat lagi tuduhan yang mengatakan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa keberkatan. Dalam Umat Islam cuba meraih pahala melalui kalimah Salam 'Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh', terus di hilangkan pahala hanya kerana menyebut Salam 1 Malaysia dan lebih nakal lagi tuduhan bahawa "dalam Allah hendak beri pahala melalui salam yang diucapkan terus diberinya dosa kepada kita kerana mengucapkan Salam 1 Malaysia".
Begitu sempitnya pandangan, kerana Salam 1 Malaysia bukannya ditambah daripada perkataan Assalamualaikum w.b.t Salam 1 Malaysia. Tetapi Salam 1 Malaysia satu ucapan yang diucapkan berasingan bertujuan untuk mewujudkan kemesraan dan mengukuhkan lagi perpaduan terutama kepada yang bukan Islam. Kerana dalam Islam pun tidak dibenarkan memberi Salam kepada yang bukan Islam. Jadi Salam 1 Malaysia ini umpama macam Salam Sejahtera atau ucapan Salam Selamat Pagi. Menghairankan kenapa kalimah ucapan Salam Sejahtera yang diungkapkan selama ini tidak pula di polemikkan seperti Salam 1 Malaysia. Hanya apabila Salam 1 Malaysia ini menjadi pilihan ramai terutama di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi akhir-akhir ini maka ia dipolemikkan untuk menimbulkan perasaan gusar dan takut dikalangan umat Islam. Bukan hanya kalimah Salam 1 Malaysia ini popular dikalangan masyarakat Islam tetapi juga amat popular dikalangan bukan Islam. Dan tujuan pengucapan ini adalah untuk mengingatkan bahawa rakyat dinegara ini berbilang bangsa (Melayu, Cina, India dan Lain-lain) tetapi mampu hidup dalam aman, sejahtera dan sentosa di bumi yang bernama Malaysia.
Adakah salah untuk kita mengucapkan Salam 1 Malaysia, sebagai tanda bangganya kita dilahirkan di bumi Malaysia dan menjadi anak jati negara Malaysia??
P/S: Sabda Rasulallah s.a.w "Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan kepada orang Nasara" (Hadis Riwayat Muslim). Dari Annas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi s.a.w telah bertanya kepada baginda "Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami dan bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab maksudnya Apabila Ahlul Kitab memberi Salam kepada kalian maka jawablah dengan ucapan wa'alaikum" (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah). Usamah bin Zaid r.a katanya, dalam kitab Azkar m/s 498 "Sesungguhnya Nabi s.a.w melewati satu majlis yang didalamnya bercampur antara umat Islam dan kaum Musyrikin penyembah berhala serta orang-orang Yahudi, maka Nabi s.a.w memberi salam kepada mereka (umat Islam) sahaja. Firman Allah s.w.t "Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya..(Al-Mujaadillah : Ayat 22).
Hadis diatas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjawab salam orang Yahudi, Kristian dan orang Musyrikin begitu juga memberi salam kepada mereka kerana lafaz salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, sedangkan berkasih sayang dengan orang kafir adalah dilarang sama sekali.Dan jika orang Muslim melewati satu kumpulan yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam maka disunatkan memberi salam dengan niat ditujukan kepada orang Islam sahaja.
Mungkin sapaan Salam 1 Malaysia adalah yang terbaik untuk ditujukan kepada bukan Islam bagi meraikan dan mengeratkan ikatan serta perpaduan berlainan bangsa dan agama di Malaysia. Fikir-fikirkanlah...Salam 1 Malaysia!!!
(Rujukan: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/03/etika-memberi-dan-menjawab-salam.html)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih