TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Ahad, 1 Januari 2012

2012

Views
Tahun 2012 bermula hari ini. Setelah pelbagai kisah suka dan duka dilalui, diari baru ditatap untuk merungkai peristiwa dan azam untuk tahun ini. Dunia sepanjang tahun lepas memang banyak episod mengemparkan. Begitu juga peristiwa dalam negara yang meninggalkan kesan yang mendalam. Berikut beberapa tumpuan yang dijangka mempunyai impak besar terhadap dunia mahupun negara ini

PILIHANRAYA UMUM KE 13
Rata-rata rakyat Malaysia kini ternanti-nanti bilakah PRU ke 13 akan diumumkan. Ramai yang meneka ia akan berlangsung sekitar Mac atau April. Namun tidak mustahil juga ia akan diadakan pada tarikh lain dalam tahun ini. Apa yang pasti kuasa menentukan tarikh keramat itu ditangan Perdana Menteri. Pilihanraya kali ini begitu signifikan kerana ia dilihat sebagai paling getir dalam sejarah demokrasi negara. Ia bakal menjadi medan ujian sejauh mana tranformasi yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO diterima rakyat atau adakah pembangkang mampu meneruskan gelombang tsunami 2008.

MITOS KIAMAT KAUM MAYA
Dalam filem 2012, berdasarkan kalender kaum Maya yang berusia 5,125 tahun, dunia akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalender kuno itu dikatakan hampir tepat terutama membabitkan perubahan planet. Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalender yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tarikh 21 Disember 2012, bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekaligus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.
Tukang tilik kontraversi Nostradamus juga membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012. Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namuntiada sebarang tarikh khusus dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka. Selain itu satu lagi andaian, pada 23 Disember 2012 Planet Nibiru akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi apabila ia menceroboh sistem solar bumi. Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana lain dan ia mampu memudaratkan hidupan yang menghampirinya. Selain itu planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menganggu kestabilan geografi bumi (Mingguan Malaysia : 1 Jan 2012)
P/S: Hujan yang lebat telah turun menyambut kedatangan awal tahun baru. Bermula detik jam 12 mlm sehingga lewat petang pukul 3 tadi, baru hujan berhenti. Beberapa buah rumah di beberapa tempat di kawasan Dun Titi Tinggi dan Dun Chuping telah pun dinaiki air sehingga memaksa pusat penempatan banjir di buka di beberapa buah sekolah. Mungkin hujan yang turun ini sebagai tanda salam pengenalan pembuka tirai 2012...atau mungkin juga sebagai tanda supaya kita sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa sahaja momentum yang bakal menjelma pada tahun 2012!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih