TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 2 Januari 2012

HUDUD PAS BUKAN HUDUD ALLAH

Views
Gambar: WAN Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada pilihan raya umum 1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan di seluruh negeri untuk semua kaum, ketika ditemui di rumahnya di Machang, semalam. (Utusan Malaysia)
MACHANG 1 Jan. - Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis kerana ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam tetapi pindaan telah dibuat dimana hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.
"Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan."Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam."Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca," (Wan Ismail Wan Ahmad, Bekas Dewan Ulama Pas Kelantan)
Dan pindaan kepada hukum hudud ini telah dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49]. (Mereka yang dimaksudkan ini adalah kafir zimmi yang mendiami daulah islamiah melebihi lebih 13 tahun, membayar jizyah dan mendapat perlindungan daripada pemerintah negara Islam)
“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya” [TMQ At-Taubah (9):33].
P/S: Apa yang pasti Hukum Hudud PAS sekiranya diperkenalkan adalah merupakan ciptaan terbaru mereka seperti mana mereka merekacipta Nabi, Khalifah dan Imam mahdi yang muncul di kalangan mereka
(Rujukan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm)
(http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1135:apakah-hudud-hanya-untuk-orang-islam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih