TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 30 Disember 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Views
Kenapa perlu dipolemikkan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa makna. Malah lebih berat lagi tuduhan yang mengatakan Salam 1 Malaysia sebagai Salam yang tidak membawa apa-apa keberkatan. Dalam Umat Islam cuba meraih pahala melalui kalimah Salam 'Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh', terus di hilangkan pahala hanya kerana menyebut Salam 1 Malaysia dan lebih nakal lagi tuduhan bahawa "dalam Allah hendak beri pahala melalui salam yang diucapkan terus diberinya dosa kepada kita kerana mengucapkan Salam 1 Malaysia".
Begitu sempitnya pandangan, kerana Salam 1 Malaysia bukannya ditambah daripada perkataan Assalamualaikum w.b.t Salam 1 Malaysia. Tetapi Salam 1 Malaysia satu ucapan yang diucapkan berasingan bertujuan untuk mewujudkan kemesraan dan mengukuhkan lagi perpaduan terutama kepada yang bukan Islam. Kerana dalam Islam pun tidak dibenarkan memberi Salam kepada yang bukan Islam. Jadi Salam 1 Malaysia ini umpama macam Salam Sejahtera atau ucapan Salam Selamat Pagi. Menghairankan kenapa kalimah ucapan Salam Sejahtera yang diungkapkan selama ini tidak pula di polemikkan seperti Salam 1 Malaysia. Hanya apabila Salam 1 Malaysia ini menjadi pilihan ramai terutama di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi akhir-akhir ini maka ia dipolemikkan untuk menimbulkan perasaan gusar dan takut dikalangan umat Islam. Bukan hanya kalimah Salam 1 Malaysia ini popular dikalangan masyarakat Islam tetapi juga amat popular dikalangan bukan Islam. Dan tujuan pengucapan ini adalah untuk mengingatkan bahawa rakyat dinegara ini berbilang bangsa (Melayu, Cina, India dan Lain-lain) tetapi mampu hidup dalam aman, sejahtera dan sentosa di bumi yang bernama Malaysia.
Adakah salah untuk kita mengucapkan Salam 1 Malaysia, sebagai tanda bangganya kita dilahirkan di bumi Malaysia dan menjadi anak jati negara Malaysia??
P/S: Sabda Rasulallah s.a.w "Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan kepada orang Nasara" (Hadis Riwayat Muslim). Dari Annas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi s.a.w telah bertanya kepada baginda "Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami dan bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab maksudnya Apabila Ahlul Kitab memberi Salam kepada kalian maka jawablah dengan ucapan wa'alaikum" (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah). Usamah bin Zaid r.a katanya, dalam kitab Azkar m/s 498 "Sesungguhnya Nabi s.a.w melewati satu majlis yang didalamnya bercampur antara umat Islam dan kaum Musyrikin penyembah berhala serta orang-orang Yahudi, maka Nabi s.a.w memberi salam kepada mereka (umat Islam) sahaja. Firman Allah s.w.t "Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya..(Al-Mujaadillah : Ayat 22).
Hadis diatas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjawab salam orang Yahudi, Kristian dan orang Musyrikin begitu juga memberi salam kepada mereka kerana lafaz salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, sedangkan berkasih sayang dengan orang kafir adalah dilarang sama sekali.Dan jika orang Muslim melewati satu kumpulan yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam maka disunatkan memberi salam dengan niat ditujukan kepada orang Islam sahaja.
Mungkin sapaan Salam 1 Malaysia adalah yang terbaik untuk ditujukan kepada bukan Islam bagi meraikan dan mengeratkan ikatan serta perpaduan berlainan bangsa dan agama di Malaysia. Fikir-fikirkanlah...Salam 1 Malaysia!!!
(Rujukan: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/03/etika-memberi-dan-menjawab-salam.html)

Khamis, 29 Disember 2011

ANGKA 9 PENENTU ATAU TERAKHIR

Views
Jika dilihat daripada susun digit 1-9, 9 sudah pasti merupakan angka yang terakhir. Jika 10 sudah menjadi 1+0, yang mencakupi dua angka yang awal iaitu 1 dan 0. Sedangkan angka dalam lingkungan 1-9 adalah angka-angka bersendirian dan tidak diulang dan angka-angka ini berdiri dengan sendirinya 'tegak, nyata dan tidak boleh diubah'.
Sembilan (9) seringkali dikaitkan dengan 9 bulan (kandungan untuk bayi dikandung di dalam perut ibu sebelum keluar menjengah dunia). 99 adalah nama-nama 'Asma' Allah yang disuruh untuk kita umat Islam beramal dengan sifat-sifatNYA dan ganjaran syurga kepada orang yang memiliki dan beramal dengan sifat-sifat Asma Allah. 9 November satu kejadian yang tidak boleh dilupakan oleh seluruh dunia bagaimana bangunan lambang kebanggaan Amerika Syarikat di rempuh oleh pesawat pejuang yang digelar sebagai 'terrorist' Al-Qaeda.
Di Malaysia 9 Julai 2011, Perarakan Bersih 2.0 yang dikepalai oleh Ambiga untuk mengambarkan kepada Dunia bahawa Malaysia negara yang tidak selamat dan kerajaannya kejam di lakon dan tayangkan. 9 November 2011 sekali lagi perarakan atas nama Hak Asasi Manusia dan Perjuangan kepada Seks Bebas di ulang tayang.
Kini debaran kepada 9 Januari 2012 penentu kepada nasib seorang yang bernama Anwar Ibrahim a.k.a Imam Mahdi@Dajjal akan ditentukan nasibnya samaada pengakhiran atau permulaan episod untuk beliau memimpin dan menjadi pemimpin peliwat pertama yang diangkat dan disanjung setelah ramai pemimpin yang terlibat dalam skandal seks pasti kecundang karier politiknya. Dan usaha terkini beliau meraih simpati adalah melalui siri jelajah beliau ke 9 juga negeri yang dikenal pasti yang melibatkan 18 lokasi utama yang dikira 9 gandaan  2 pasti jawapannya 18 atau 18 dicampur 1 + 9 pasti 18 atau dibahagi 18 /2 pasti jawapannya 9, kelihatan seperti sinonim 9 dengan Pakatan Rakyat atau lebih tepat sekali 9 dengan Anwar Ibrahim. Apa yang pasti 9 Jan 2012 akan terjawab segala persolan dan samalah kita nantikannya.
P/S: Umar Al-Khatab R.A berkata terdapat 9 jenis anak 'Demon' yang cuba untuk menghasut dan menyesatkan kehidupan kita setiap hari iaitu, Zalithun - menggoda manusia untuk berbelanja lebih, Wathiin - menghasut orang yang dilanda musibah supaya bersangka buruk pada Allah, A'awan - menghasut raja /pemerintah supaya tidak mendekati rakyat, leka dengan kedudukan dan kekayaan dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama', Haffaf - mengajak kearah kemaksiatan, Murrah - melalaikan orang yang suka pada hiburan /alatan muzik /dunia glamour, Masuud - bertenggek di bibir manusia untuk sentiasa bergossip, mengumpat dan mengfitnah, Daasim - bertenggek di pintu rumah untuk merosakkan keharmonian rumahtangga dan mewujudkan pergaduhan, Walahan - mewujudkan perasaan was-was dalam wudhuk, solat dan ibadat dan Lakhuus - merupakan sahabat kepada kaum Majusi yang menyembah api.
Tetapi jika difikirkan kenapa 'demon' pun perlu ada 9 ekor juga kenapa tidak (1-8 atau 10 - infinity) dan kaitan dengan nombor kegemaran seseorang yang dinobatkan setaraf Imam Mahdi@dajjal ini?? Fikir-fikirkanlah.....

Rabu, 28 Disember 2011

ANUAR IBRAHIM: IMAM MAHDI ATAU DAJJAL

Views
Jika sebelum ini NIK AZIZ diangkat sebagai NABI, terbaru ANUAR IBRAHIM pula diangkat sebagai IMAM MAHDI. Dalam satu ceramah oleh USTAZ DR. BADROL AMIN, bekas pensyarah dan juga penceramah motivasi mengangkat martabat Anuar Ibrahim sebagai Imam Mahdi yang akan datang dari sebelah Timur dan akan memimpin umat Islam untuk memerangi Dajjal dan membebaskan Al-Aqsa daripada tangan zionis-yahudi.
Persoalannya layakkah Anuar Ibrahim disamakan dengan Imam Mahdi. Selain disabitkan KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL beliau juga merupakan pemimpin negara yang KHIANAT. Ketika kepimpinan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau sanggup menjual rahsia kerajaan kepada negara luar. Malah beliau juga BERSAHABAT BAIK dengan pemimpin YAHUDI dan bersikap LIDAH BERCABANG  dalam memperjuangkan Islam dan berusaha keras memperjuangkan KEBEBASAN atas nama hak asasi manusia sehingga melampaui batas kebebasan yang dibenarkan oleh agama Islam. Selain PENGECUT dan PENAKUT untuk bersumpah laknat diatas tuduhan yang dilemparkan, beliau melindungi diri atas nama FITNAH.
Sedangkan jika diperhatikan trademark parti beliau menunjukkan MATA SEBELAH dan beliau sering menagih simpati orang ramai melalui insiden MATA LEBAM.  Beliau juga amat rapat dengan pemimpin YAHUDI dan sebahagian besar dana perbelanjaan karier politik beliau di biayai oleh YAHUDI. Beliau jugalah yang memperkenalkan reforMASI atau DEMON CRAZY dikalangan PELAJAR / NGO dan PARTI POLITIK yang taksub kepada beliau. Beliau turut mendidik PAS untuk membenarkan para AHLI POLITIK BUKAN ISLAM untuk memperdagangkan AYAT AL-QURAN  yang sebutannya entah betul entah tidak. KEPIMPINAN PAS juga telah diisi dengan penyokong puak beliau yang dikenali sebagai ERDAGON dan kepimpinan ULAMA dipinggirkan. Beliau juga sangat berubah-rubah pandangan dalam aspek FUNDAMENTAL ISLAM seperti 'chamaleon' yang sering berubah warna kulitnya.
Dan hari ini ULAMA SEKULAR hasil didikan beliau telah pun mengangkat beliau sebagai IMAM MAHDI sedangkan perlakuan sebenar beliau setaraf DAJJAL (maaf kasar bahasa). Kerana sememangnya pada AKHIR ZAMAN telah dijanjikan oleh Allah S.W.T akan TURUNNYA AL-MASIH DAJJAL membawa khabar yang PALSU dan membawa FITNAH AKHIR ZAMAN. Dimana FITNAH itu mampu menjadikan yang PALSU ITU BENAR dan yang BENAR ITU PALSU.
P/S: Sama-samalah kita bermohon kepada Allah agar kita dilindungi daripada FITNAH AL-MASIH DAJJAL
"Ya Allah, LINDUNGILAH KAMI daripada FITNAH AKHIR ZAMAN yang begitu hebat sehinggalah yang  BENAR DI KATAKAN SALAH dan YANG SALAH DIANGGAP BENAR hanya kerana KETAKSUBAN yang MENYESATKAN"
Sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Nabi Adam yang melebihi Fitnah Dajjal dan bahawasanya tidak ada satu nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang Fitnah Dajjal, sedangkan Aku Nabi yang paling akhir dan kamu adalah Ummat yang paling akhir. Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Selasa, 27 Disember 2011

OMBAK RINDU

Views
Masih belum terlewat walaupun agak terlambat menonton cerita Ombak Rindu ini. Walaupun di pawagam, tayangan sudah habis dan di antara pawagam yang akan menamatkan tayangan Ombak Rindu pada hari Khamis nanti, tetapi tiket tetap 'sold out'. Jika tidak ditempah awal belum tentu dapat menonton pada waktu yang diidamkan. Apa yang pasti Ombak Rindu memang sedih dan meruntun jiwa setiap penonton.
Agak terkejut juga  bila membaca komen tulisan ALI ATAN yang mengambarkan bahawa Ombak Rindu hanya FILEM MURAHAN yang banyak menayangkan aksi yang menghairahkan dan menjadikan watak utama Izzah yang bertudung sebagai watak perempuan melayu Islam yang pasrah dan tidak berdaya mungkin sebagai MURAH sedangkan apa yang hendak disampaikan adalah bertujuan HIBURAN dan secara tidak langsung mengambarkan REALITI kehidupan. Cuma kadang kala kehidupan realiti ada yang mampu dipaparkan dan ada yang terpaksa diselindungkan.  
Mungkin disebabkan pengarah filem tersebut Osman Ali berjaya membuat filem itu ditonton berulangkali dan menjadi bualan ramai, maka ada di antara pengkritik filem melihat Ombak Rindu dari sudut yang negatif dan murahan sedangkan REALITI kehidupan bukan semua watak kehidupan setiap manusia mampu menjadi HERO atau HEROIN dan jika ada insan yang ditentukan nasibnya seperti Izzah, apa pilihan yang dia ada, memilih yang HALAL sebagai isteri tetapi dinafikan haknya atau terpaksa menjalani kehidupan yang HARAM sebagai perempuan pelayan di Kelab Malam.
P/S: Tertarik dialog Mila pada Izzah
"Redha itu Ikhlas...Pasrah itu menyerah"
Kepada wanita yang diberi jodoh dan di anugerahkan zuriat adalah insan yang paling bertuah didunia kerana mendapat haknya yang halal dan diangkat martabat (sisi tuhan dan manusia) dan watak Izzah adalah contoh REDHA dalam perjuangan untuk memperoleh yang halal dan juga haknya walaupun terpaksa PASRAH pada ketentuan nasib yang menimpanya!!!!

Jumaat, 23 Disember 2011

LELAKI MELAYU HOMOSEKSUAL

Views
Semakin ramai golongan muda lelaki melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara ini ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV. Presiden Majlis AIDS Malaysia Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di Pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan. Jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay (Utusan Malaysia: 23 Dis 2011)
Terbaru seorang pelajar Melayu Islam yang bernama Ariff Alfian Rosli, seorang pelajar dalam bidang perubatan dan mendapat tajaan daripada Petronas berkahwin dengan seorang lelaki gay daripada Dublin yang bernama Jonathan dan gambar perkahwinan tersebut tersebar secara meluas di kebanyakan laman web setelah dimuat turun oleh pengendali laman web tersebut yang bertanggungjawab menjadi pengelola pengambaran majlis perkahwinan Homoseksual (bigayweddingproject.com).
Pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab gay menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.Penularan gaya hidup songsang itu dipercayaai kesan daripada tindakan pihak/kumpulan tertentu atas nama NGO yang mendapat restu salah seorang pemimpin politik untuk memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.
P/S: Ariff Alfian Rosli hanya secebis kisah seorang rakyat marhain, yang telibat dengan budaya hidup songsang, ini belum lagi di teropong PEMIMPIN yang sememangnya sudah lama mengamalkan gaya hidup songsang atau lebih kasar lagi bunyinya 'DUA ALAM' kerana bukan setakat lelaki sahaja yang disukainya malah perempuan juga tidak terlepas daripadanya walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Malangnya disebabkan IMEJ yang dibawa mampu MENIPU puak-puak yang terlalu menTAATinya!!!!

Khamis, 22 Disember 2011

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2011

Views

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang keputusannya diumumkan hari ini.
Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.Peningkatan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 0.75 peratus  (Sumber: Bernama)
P/S : Tahniah diucapkan kepada anak saudara, NurSyafica Nadia bt Johari (www.bintujohari.blogspot.com) diatas keputusan cemerlang 8A dalam PMR yang diumumkan hari ini. Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPN) yang berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang saban tahun. Keputusan cemerlang ini menunjukkan bahawa peningkatan kuantiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pendidikan yang diberikan oleh KPN dalam melahirkan generasi/insan yang cemerlang dan terbilang. Semoga kecemerlangan yang diperolehi mencakupi semua aspek bukan sahaja intelektual tetapi yang paling penting emosi dan spiritual.

Rabu, 21 Disember 2011

PAS TERGELINCIR

Views
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menyifatkan partinya PAS semakin tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan rakyat sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.
"Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama"
"Matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan agama Islam, masyarakat Islam serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam dalam pemerintahan"
"Pas lebih cenderung mengamalkan 'politik' memenuhi kehendak rakan sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang dipertahankan sejak penubuhannya"
"JIKA UMNO BAWA AGENDA ITU (MEMPERJUANGKAN ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU) TETAPI SAYA KETEPIKAN, HINALAH HASSAN ALI, HASSAN ALI TIDAK ADA OBJEKTIF!!!"
P/S: Jika Hassan Ali begitu berani mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu, mengapa pemimpin Islam(berstatus pewaris nabi) begitu dayus mempertahankan kafir cina dan peliwat sehingga Parti yang awalnya dilaungkan memperjuangkan Islam ditukar matlamatnya kepada parti memperjuangkan negara kebajikan. Di tahap kebulurankah  penduduk negara ini...setelah 54 tahun Malaysia Merdeka sehingga perjuangan PAS terpaksa diubah kepada perjuangan negara kebajikan???? Fikir-fikirkanlah!!