TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 30 Januari 2012

PELIK DAN GANJIL PUTAR BELIT

Views
Itulah apabila di hadapan, cakapnya lain, bila di belakang lain pula bunyinya. Sehingga Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Pelik dan Ganjil" dalam temubual Anwar Ibrahim dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menentang Palestin. 
'Pelik dan Ganjil' itu masih lagi lembut bahasanya. Ada kemungkinan beliau terlalu hairan agaknya. Yelah siapa yang tidak pelik, yang menyerang adalah Israel dan yang kena serang pula adalah Palestin. Adakah wajar negara yang menyerang diberi perlindungan berbanding negara yang di serang???
Tapi apa yang pelik dengan Anwar Ibrahim. Seperti kes Saiful dan Anwar. Yang menyerang adalah Anwar dan yang kena serang pula adalah si Saiful. Tetapi malangnya yang mendapat perlindungan adalah Anwar bukannya Saiful.
Selepas ini Duta Palestin kena lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, bukan apa takut kena serang, yelah sehingga sekarang serangan terhadap beliau masih lagi kebal. Itupun jika Israel tidak mengeluarkan kenyataan 'Pelik dan Ganjil'. Jika tidak tempoh lupus Anwar Ibrahim mungkin tidak lama lagi. Yelah asyik dok belit orang, lama-lama nanti pasti akan jadi simpul mati. Tunggu dan lihat sahajalah!!!

PIMPIN SAMPAI MATI

Views

Mursyidul Am Pas anggap pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana boleh pimpin parti sampai mati
"Saya tidak bersetuju keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada PRU ke 13" Nik Aziz Nik Mat
Itulah pemimpin apabila gila kuasa sehingga mahu menongkat dunia. Jika dulu dikatakannya kepada Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan. Sekarang kita boleh lihat hati budi pemimpin yang bernama Nik Aziz Nik Mat yang melihat jawatan di dalam parti tiada talian hayat dan boleh dipimpin sehingga mati. Jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia sudah pasti Malaysia sudah mempunyai Muammar Gaddafi Malaysia yang hanya kematian sahaja boleh menarik beliau turun dari tahta kepimpinan.
P/S: Hanya manusia yang tamakkan kuasa sahaja yang akan berebut kuasa, atau mungkin Hadi Awang sudah tersedar bahawa perjuangan Pas yang selama ini diperjuangkan sudah pun melencong jauh, jika tidak masakan pula beliau hanya menginginkan satu kerusi sahaja untuk beliau pimpin jika di calonkan semula atau Hadi Awang sudah mulai penat untuk menangkis segala permasalahan yang ditimbulkan Anwar Ibrahim dan kepimpinan Erdogan di dalam Pas yang seperti DURI DALAM DAGING!!!!!
Hendak dibuang sakit, tidak dibuang bernanah!!!

Jumaat, 27 Januari 2012

ANWAR DI CABAR SERAH VIDEO

Views

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.
Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar. (uTusan Malaysia: 27 Jan 2012)
P/S: Bukannya susah sangat untuk saman, kalau berada di pihak benar, saman sajalah bukannya sedikit maruah tercalar kecualilah video itu benar, seperti bak kata pepatah BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Khamis, 19 Januari 2012

PAS MELUKUT DI TEPI GANTANG

Views

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam membuktikan kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu sekarang bagai melukut di tepi gantang.
Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, keputusan tersebut menggambarkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang hanya sekadar penumpang dan tidak diyakini oleh rakan yang lain.
''Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Pas yang kononnya mengaku sebagai pejuang agama Islam tetapi parti itu tidak diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor.
''Keputusan itu juga memberi gambaran jelas bahawa Pas sentiasa tunduk dengan arahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun terpaksa menerima penghinaan sebegini tanpa ada sebarang tentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, Pas sekarang sudah menjadi sebuah parti 'pak turut' dalam pakatan pembangkang termasuklah dalam beberapa isu melibatkan akidah umat Islam seperti isu arak dan murtad di Selangor.
Beliau mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.
Bagaimanapun, Dr. Ahmad Yunus hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, dan Khalid Ibrahim sendiri akan mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Sementara itu, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mempersoalkan perkongsian kuasa Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana pelantikan tersebut menunjukkan parti itu rela melepaskan portfolio itu kepada PKR.
''Tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam merupakan satu portfolio yang penting serta menjadi lambang peranan Pas dalam perkongsian kuasa dalam kerajaan pakatan Selangor sebelum ini.
''Jika benar Pas penting dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar parti menumpang, portfolio itu perlu dikekalkan dan pelantikan tersebut menunjukkan parti itu semakin lemah sehingga tidak lagi dihormati rakan seperjuangannya," ujarnya.
Kata beliau, Pas sepatutnya sedar parti itu hanya sedang dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk merealisasikan impian mereka untuk menang dalam pilihan raya. (Utusan Malaysia: 19 Jan 2012)
P/S: Nasib badanlah PAS ada ulama' yang bagus di pecat, sekarang portfolio penting yang menjadi tunjang perjuangan Pas selama ini pun di pegang oleh parti lain!!

Jumaat, 13 Januari 2012

PRO GAY FILIPINA GEMBIRA!!!!

Views

Gambar: Kehancuran kaum Pompeii di Italy akibat kebebasan seks songsang yang berleluasa
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.
Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.
Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia (Utusan Malaysia: 13 Jan 2012)
P/S: Lepas ni lebih ramai pengikut kaum Luth akan bermaharaja lela di muka bumi ini. Yelah Ketua Pemimpin Luth sudah terlepas hukuman dunia...jangan dilupa kadang kala kegembiraan ini hanya diberikan sekejap sahaja sebelum rentapan yang amat dahsyat diberikan.

Khamis, 12 Januari 2012

LAYAKKAH MAAF SI ANWAR IBRAHIM PADA SI SAIFUL

Views
Saya memaafkan orang yang memfitnah saya. (Sinar Harian: 11 Jan 2012)
Begitulah lafaz yang di buat oleh Anwar Ibrahim selepas beliau di bebaskan daripada pertuduhan liwat beliau terhadap Saiful Bukhari!
Persoalannya adakah layak beliau memaafkan atau layakkah maaf beliau diterima kepada seseorang yang telah beliau aniayai????
Bukti tidak kukuh tidak bermaksud beliau tidak melakukan perlakuan tersebut cuma bukti tidak kukuh untuk menyabitkan beliau bersalah. Dan jika benarlah perlakuan itu terjadi adakah tuduhan yang dibuat oleh Siteraniaya di anggap sebagai satu Fitnah. Sedangkan yang teraniaya sudah pun bersumpah laknat untuk menyucikan dirinya pada setiap tuduhan yang beliau buat yang bermaksud apabila beliau bersumpah laknat beliau tidak lagi memerlukan kemaafan daripada Anwar Ibrahim kerana pergantungan beliau kini hanya kepada Allah. Jika beliau salah laknat akan menimpa beliau dan maaf daripada si tertuduh sudah tidak diterima pakai lagi. Laknat di sini bermaksud tiada rahmat lagi kepada beliau dan sudah tentu jauh sekali kemaafan dari Allah S.W.T. Dan jika tiada lagi kemaafan daripada Rabb pencipta alam semesta apakah hebatnya kemaafan daripada seorang manusia yang diciptanya???
Yang menimbulkan persoalan adalah kepada Anwar Ibrahim..yang tidak yakin pada hukum Allah dan lebih yakin pada hukum mahkamah sivil dan menjadikan mahkamah rakyat sebagai benteng beliau. Jadi jika mahkamah dunia mengatakan beliau tidak bersalah adakah layak maaf tersebut diterima sedangkan si teraniayai ini telah menyerah terus untung nasibnya pada Tuhan yang maha kuasa????
P/S:Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta (Al-Imran:61)
Iktibar dan fiqh ayat:
Hamka berkata: “Mubahalah ialah bersumpah yang berat.
Muhammad Quraish Shihab berkata: "Soal mubahalah, akibatnya sangat fatal”.

Rabu, 11 Januari 2012

ANTARA PROTES LARANGAN BERTUDUNG DAN PROTES MEMBEBASKAN ANWAR

Views

Jika di Bangkok Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan aman di Pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semalam bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Budha melarang pelajar Islam memakai tudung. Kumpulan aktivis Muslim Group for Peace itu menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Wat Nongjok yang tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam (Sinar Harian : 11 Jan 2012)
Tetapi bagaimana pula dengan kita sebuah negara Islam yang mana Melayunya adalah Islam hidup dikalangan pelbagai kaum, bangsa dan agama dan Islam adalah Agama Rasmi Negara yang Pemimpinnya juga Islam dan tiada sekatan serta ketakutan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Tetapi apa yang telah kita buat semalam?? Jika di Thailand kaum Islam berjuang untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tetapi orang Islam kita disini berjuang untuk mendapatkan hak kebebasan kepada seorang pemimpin yang buruk akhlaknya.
Tidak pernah kita terfikir betapa rendahnya maruah kita apabila kita membudayakan aktiviti protes, berhimpun, berdemo dan berasak-asak sehingga timbul kekacauan atas nama A.I sedangkan umat Islam lain berjuang atas  nama A.I. Bezanya A.I kita adalah Anwar Ibrahim sedangkan A.I umat Islam di Thailand adalah Agama Islam. Mohon dilindungi kita dari bala bencana di atas perpecahan yang sengaja kita wujudkan dan di wujudkan oleh A.I ini!!!!