TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Khamis, 19 Januari 2012

PAS MELUKUT DI TEPI GANTANG

Views

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam membuktikan kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu sekarang bagai melukut di tepi gantang.
Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, keputusan tersebut menggambarkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang hanya sekadar penumpang dan tidak diyakini oleh rakan yang lain.
''Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Pas yang kononnya mengaku sebagai pejuang agama Islam tetapi parti itu tidak diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor.
''Keputusan itu juga memberi gambaran jelas bahawa Pas sentiasa tunduk dengan arahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun terpaksa menerima penghinaan sebegini tanpa ada sebarang tentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, Pas sekarang sudah menjadi sebuah parti 'pak turut' dalam pakatan pembangkang termasuklah dalam beberapa isu melibatkan akidah umat Islam seperti isu arak dan murtad di Selangor.
Beliau mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.
Bagaimanapun, Dr. Ahmad Yunus hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, dan Khalid Ibrahim sendiri akan mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Sementara itu, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mempersoalkan perkongsian kuasa Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana pelantikan tersebut menunjukkan parti itu rela melepaskan portfolio itu kepada PKR.
''Tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam merupakan satu portfolio yang penting serta menjadi lambang peranan Pas dalam perkongsian kuasa dalam kerajaan pakatan Selangor sebelum ini.
''Jika benar Pas penting dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar parti menumpang, portfolio itu perlu dikekalkan dan pelantikan tersebut menunjukkan parti itu semakin lemah sehingga tidak lagi dihormati rakan seperjuangannya," ujarnya.
Kata beliau, Pas sepatutnya sedar parti itu hanya sedang dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk merealisasikan impian mereka untuk menang dalam pilihan raya. (Utusan Malaysia: 19 Jan 2012)
P/S: Nasib badanlah PAS ada ulama' yang bagus di pecat, sekarang portfolio penting yang menjadi tunjang perjuangan Pas selama ini pun di pegang oleh parti lain!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih