TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Khamis, 15 Mac 2012

BILA TAK PUAS HATI BUAT KECOH

Views
Itu sahaja yang pembangkang tahu buat. Bila tak puas hati mengenai sesuatu perkara, yang boleh di buat adalah buat kecoh. Terbaru adalah apabila isu mengenai kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau yang menyokong usaha melindungi Israel telah menimbulkan kekecohan di Sidang Dewan Rakyat semalam.
Apabila Datuk Anifah Aman, Menteri Luar membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu. Suasana kecoh berlaku apabila Nurul izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas. Bangun menyokong Nurul Izzah adalah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Azmin Ali (PKR-Gombak), Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau). Nurul Izzah juga meminta Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika enggan menarik balik kenyataan itu.
P/S: Kalau di pihak yang benar, saman sahajalah . Ini tidak cuba mengelirukan rakyat dengan kaedah politik murahan dan kekecohan!!!

Selasa, 6 Mac 2012

KUASA AZIZAN KIAN TERHAKIS

Views
Rupanya Jawatankuasa PEMANDU yang ditubuhkan oleh Pas Pusat semalam bukan sahaja bertujuan untuk memantau pergerakan pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas Pusat tetapi sebenarnya lebih kepada mengurangkan kepimpinan dan pembuat keputusan daripada pentadbiran negeri sendiri.
Walaupun Azizan boleh manarik nafas lega beliau tidak digugurkan atau lebih manis bahasa direhatkan daripada jawatan sebagai Menteri Besar kedah, kuasa beliau untuk mentadbir Kedah secara mutlak turut dihadkan.
Di pihak Phahrolrazi dan Dr. Ismail pula menyatakan bahawa beliau bersetuju dilantik semula sebagai Exco dengan 'senang hati' kerana menganggap matlamat sebelum ini untuk menekan Azizan sudah tercapai.
"Sekarang bila dah ada jawatankuasa ini, matlamat kita dah tercapai untuk membuat perubahan dalam kerajaan negeri dan jawatankuasa ini menjadi tempat untuk kita rujuk dan memantau dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah" Y.B Dr. Ir. Phahrolrazi Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah
P/S; Kesian Datuk Seri Azizan, nama sahaja Menteri Besar tetapi kuasa di pegang oleh Pas Pusat. Nampak gayanya Datuk Seri Azizan kena bertegas seperti Y.B Datuk Seri Dr. Hasan Ali supaya diri tidak diinjak-injak oleh orang sesuka hati. Biar jadi semut hitam yang berada di atas belalang (pinjam peribahasa Ust. Hashim Jasin, Pesuruhjaya Tinggi Pas Negeri Perlis) dari jadi semut hitam yang dipijak oleh kengkawan-kengkawan (sambungan peribahasa sendiri).

Isnin, 5 Mac 2012

RIBUT DI KEDAH, PAS TUBUH JAWATANKUASA PEMANDU

Views
Kuat-tak kuat penangan ribut di Kedah, Jawatankuasa Pas Pusat akan menubuhkan unit PEMANDU bertujuan untuk memantau pentadbiran negeri-negeri di bawah pimpinan Pas dan juga negeri dimana Pas juga turut terlibat dalam pentadbiran (Harakah Daily 5/2/2012).
Walaupun isu kemelut ribut dalam cawan di Kedah dikatakan selesai tetapi rupanya ia  memberi impak yang amat besar kepada pimpinan Pas yang baru setahun jagung memerintah.
Khabarnya jika bukan pilihanraya yang semakin hampir sudah pasti ada yang terkorban dalam ribut yang berlaku di negeri jelapang padi ini. Kerana hendak memenangkan pilihanraya ini mungkin terpaksa mewujudkan situasi menang-menang diantara pihak Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pihak  Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Nampak gayanya Ust. Azizan mungkin tersenyum panjang kes ini memihak kepada beliau.
P/S: Ini baru ribut dalam cawan peringkat Pas Negeri Kedah. Cuba bayangkan bagaimana gamaknya Ribut Dalam Cawan pada Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) jika sekiranya berjaya membentuk kerajaan? Agak-agak siapa yang akan TERKORBAN-BERKORBAN atau DIKORBANKAN??!!!!

RIBUT DALAM CAWAN DI KEDAH BUKAN SEKADAR RIBUT BIASA

Views
Nampak gayanya ribut di dalam cawan dalam politik Pas Negeri Kedah bukan sekadar ribut yang biasa. Ia boleh diumpamakan seperti puting beliung (tornado) yang melanda Amerika Syarikat semalam. Jika tidak masakan mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat berlangsung lebih lima jam di Alor Setar kelmarin berlangsung dalam suasana yang agak panas dan tegang. Dikatakan salah seorang yang terlibat dengan perbalahan dengan Menteri Besar Kedah tersebut telah menaikkan suara yang agak tinggi ketika berhujah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin yang hadir. Dan terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak mungkin akan direhatkan seketika. Tetapi ini adalah satu andaian, apa pun keputusan akan diumumkan oleh Pas Pusat sebentar lagi kepada sidang media.
P/S: Tunggguuuuuu....!!!

Jumaat, 2 Mac 2012

RIBUT DALAM CAWAN DI KEDAH RIBUTKAN HATI PENYOKONG PAS

Views
Rupanya ribut dalam cawan di Kedah bukan sekadar ribut yang bermain di sekitar dalaman cawan sahaja tetapi anginnya terasa sampai ke permukaan. Dan angin yang berpusar di kedalaman cawan nampaknya sukar di bendung sehingga rasanya mampu membahang para pengikut yang menciumnya. Luahan dan kegelisahan para penyokong Pas di Kedah juga tidak mampu di pujuk lagi apabila ada yang meluahkan rasa takut jika kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang sepertimana yang berlaku di Perak genap tiga tahun lalu seperti yang direncanakan oleh Ahmad Lutfi Othman dalam Harakah Daily 2/3/2012 ( http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/8491-bahaya-ribut-dalam-cawan ).
Dan penulis juga turut mengakui, isu-isu di Kedah dan Selangor meletakkan Pas pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.
P/S: Apa maknanya tu!!!!..Adakah Pakatan Rakyat di Kedah sudah menghampiri penghujung jalan!! Tidak disangka rupanya ribut di dalam cawan mampu jua membuat cawan itu retak, mungkin bukan sekadar retak yang biasa tetapi mungkin retak menunggu pecah. Jika retak menunggu pecah itu bukan RIBUT namanya tetapi PUTING BELIUNG!!!!

40 INDIVIDU PALING KAYA DI MALAYSIA BUKTI DASAR KERAJAAN BERJAYA

Views
 Sumber: Berita Harian: 2 Mac 2012
Berita Harian 2 Mac 2012: NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.
Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya. 
Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.
Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu. 
P/S: Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan yang bakal menjengah ke 55 tahun pada tahun ini (melebihi stengah abad) sudah puluhan penduduk Malaysia berjaya menempatkan diri sebagi individu paling kaya dengan jumlah kekayaan mereka mencecah ratusan billion Ringgit Malaysia dibawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO melalui Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sejak puluhan tahun yang lalu. Mungkin jika di lihat dari bilangan PULUHAN, angkanya agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk rakyat Malaysia yang mencecah JUTA bilangan, tetapi itu lebih baik daripada tiada langsung sehingga memaksa rakyat mencari kekayaan di luar negara. Dan tidak mustahil kekayaan yang dimiliki ini bakal hilang dengan sekelip mata jika salah membuat percaturan dan perkiraan. Bak kata  pepatah ada mengatakan  
'It may take nearly a hundred years to build a stability nation but a few seconds to destroy it"

Khamis, 1 Mac 2012

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN, DSU RAIS YATIM BUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT

Views
Gambar Tatto Kalimah Allah di Kanan dan Kiri bahu Erykah Badu
Biarpun ramai pelayar-pelayar twitter Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim semalam menghentam pembatalan konsert Erykah Badu di Malaysia di laman twitter Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu ekoran kenyataan Menteri tersebut yang membatalkan konsert Erykah Badu di Malaysia. Di pihak penganjur dan peminat sudah pasti ramai yang tidak berpuashati dan marah. Tetapi dari segi sudut sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya ia adalah satu keputusan yang amat tepat dan wajar dalam menyelamatkan akidah umat Islam dari dicerobohi oleh nilai-nilai budaya kuning dan menghina agama.Dan sepatutnya tindakan tegas oleh Y.B Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim membatalkan konsert penyanyi itu yang sepatutnya berlangsung semalam perlu mendapat pujian dan sokongan daripada pelbagai pihak bukannya hentaman dan cercaan di laman twitter beliau.
Dimana hilangnya suara-suara pemimpin pembangkang yang kononnya memperjuangkan Islam berhubung dengan isu ini!!!!
P/S: Info Ringkas mengenai Erykah Badu: 
1- Berasal dari Dallas, Texas
2-Berumur sekitar 40 tahun
3-Pernah memenangi anugerah Grammy
4-Aliran musik 'funk' 'hip-hop' dan 'soul'
5.Salah seorang artis /patung ILLUMINITI (the lizard people or project Mkultra)
6.Cover album terbaru beliau menunjukkan simbol-simbol penganut agama Kabbalah
Cover Album Terbaru 
New Amerykah, Pt.2:Return of the Ankh