TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

Views

Alhamdullillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertembung dengan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban Min Kum. Semoga Ramadhan yang hadir ini memberi keinsafan dan ketenangan buat kita semua Umat Islam di seluruh Malaysia.
Namun begitu dalam kegembiraan kita untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang akan kunjung tiba besok, saudara Islam kita di Mesir ditembak mati oleh tentera Islam sendiri. Amat mendukacitakan umat Islam yang sedang bangun rukuk dari rakaat kedua ditembak mati oleh para tentera. Malah ada diantaranya kepala ditembusi peluru. Betapa kejamnya apabila manusia menjadi hamba kepada kuasa.
Begitulah apabila kebebasan, rusuhan dan demonstrasi menjadi asas kepada demokrasi, Presiden yang belum genap setahun digulingkan. Rakyat dijadikan senjata untuk menjatuhkan kerajaan. Dan tentera menjadikan diri sebagai perisai untuk menembak sesiapa sahaja yang menghalang, walaupun ketika itu para penyokong sang Presiden sedang menunaikan ibadah solat.
Semoga konflik yang berlaku di Mesir memberi peringatan buat kita semua. Jangan leka dan alpa dan hanya meikirkan urusan permasalahan duniawi sahaja kerana 'dunia ini hanya sekadar padang permainan'. Jangan menjadi penyokong kepada satu kumpulan membabi buta sehingga mengenepikan kebaikan dan jasa yang pernah ditaburkan menjadikan kita hari ini bebas merdeka. Atau pusingan jarum jam boleh berputar kembali dengan rusuhan di Mesir bertebar pula ke Malaysia jika kita tidak mengambil peringatan dari apa yang berlaku di sekeliling kita.
Di bulan yang penuh barakah ini marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, selain mendoakan kesejahteraan buat diri kita, keluarga kita, rakan taulan kita, hulurkanlah doa buat rakyat Mesir di sana supaya supaya mereka diberi perlindungan, kekuatan dan keselamatan dari ujian dan bala bencana yang menimpa. Semoga Ramadhan yang datang ini memberi kebaikan buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih