TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 16 Mac 2012

CUKAI PRABAYAR MULAI JULAI?

Views
Kerajaan dijangka akan membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap penguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Dimana tambahan 60 sen untuk setiap kad tambah nilai RM10.
Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan tersebut, keuntungan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini dimana DIGI akan memperoleh manfaat terbesar jika perlaksanaan cukai itu menjadi kenyataan dengan mengambil kira kadar pengguna prabayar mereka sebanyak 83 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggannya, berbanding Maxis (74 peratus), Celcom (77 peratus dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain)
"Jika ia dilaksanakan Julai ini, jualan kupon prabayar bulan Jun dijangka meningkat secara mendadak ekoran pembelian secara mengejut oleh pengguna," ujar syarikat penyelidikan itu.
P/S: Persoalannya wajarkah syarikat telekomunikasi ini menaikkan cukai prabayar bermula Julai ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih