TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 16 Mac 2012

UNTUNGNYA JADI PEMBANTU RUMAH!!!

Views

Satu amah satu kerja. Gaji minuman RM 700.00 sebulan. Pembantu rumah dari Indonesia yang akan dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus sahaja. Seandainya ditugaskan untuk mengasuh bayi, tugas amah tersebut hanya mengasuh bayi dan majikan tidak dibenarkan mengarah pembantu rumah mereka untuk melakukan kerja-kerja lain selain daripada mengasuh bayi sahaja. Empat bidang khusus tugasan setiap amah adalah memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
P/S: Untungnya amah sekarang, sudahlah dibayar mahal, kerja pula tidak berat, majikan pun sudah tidak boleh mengarah yang bukan-bukan. Tetapi yang ruginya majikan, sudahlah terpaksa berbelanja mahal mengupah pembantu rumah, tetapi kerja yang dibenarkan buat satu sahaja sedangkan ramai pekerja-pekerja Malaysia di sektor lain mendapat gaji yang lebih murah dengan bebanan kerja yang terlalu banyak. Jangan pula lepas ni amah yang diupah naik tocang mengarah majikan sudahlah, kerana yang ada sekarang pun majikan sukar hendak kawal, tambah pula mereka hanya dibenarkan untuk melaksanakan satu tugas sahaja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih