TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 29 Ogos 2012

KDS1M KEPADA PELAJAR IPT

Views


SMAIL Sabri Yaakob menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diterima oleh pelajar Maktab Koperasi Malaysia dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia di Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mula mengagihkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang dijangka mampu meringankan beban sara hidup lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kad diskaun tersebut boleh mula digunakan bermula 1 September ini di 1,200 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Katanya, setakat ini terdapat 179 syarikat telah bersetuju untuk bekerjasama dalam program kad diskaun berkenaan berbanding 51 ketika dilancarkan pada Julai lalu termasuklah syarikat-syarikat gergasi seperti Malaysian Airline System Bhd. (MAS), FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).
"Menerusi penggunaan kad diskaun itu, para pelajar IPT mampu mendapatkan potongan harga sehingga 60 peratus terhadap peralatan menulis, kelengkapan pakaian, makanan, minuman, rawatan kecantikan, klinik kesihatan, barangan runcit dan pelbagai lagi termasuklah peralatan muzik.
"Kad itu boleh digunakan sepanjang tempoh pengajian pelajar, bermakna ia akan luput apabila pelajar tamat pengajian. Buat masa ini, kad akan diedarkan kepada penuntut tahun dua, tiga, empat dan akhir. Bagi yang akan mendaftar pada sesi akan datang, mereka perlu mendapatkan kad matriks terlebih dahulu sebelum boleh menerima KDS1M secara percuma," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia dan penyerahan KDS1M kepada penuntut maktab berkenaan yang menjadi kumpulan pelajar pertama menerimanya.
KDS1M yang dilancarkan Julai lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Menurut Ismail, buat masa ini penggunaan kad tersebut diutamakan kepada pelajar IPT sepenuh masa sahaja dan terhad kepada pelajar yang mengikuti program diploma serta ijazah.
"Bagi fasa pertama ini, kami hanya fokus kepada pelajar diploma serta ijazah sepenuh masa. Kami belum bercadang menyediakan kemudahan itu untuk pelajar program pengajian jarak jauh (PJJ), ijazah sarjana dan doktor falsafah (Phd) memandangkan kebiasaannya golongan ini sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri," jelasnya.
P/S: Betapa beruntung menjadi pelajar IPT pada hari ini kerana kerajaan turut menyediakan kad diskaun ketika berbelanja kepada para pelajar. Jadilah bangsa yang sentiasa tahu mensyukuri dan menghargai kerana lebih banyak kita bersyukur lebih banyak nikmat yang diberikan kepada kita!!
Sumber: Utusan Malaysia 29/8/12

PENEROKA FELDA DAPAT DIVIDEN

Views

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan para jemputan ketika hadir pada majlis jamuan Hari Raya Kumpulan Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka hasil daripada keuntungan penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dua bulan lalu.
Perdana Menteri berkata, pemberian dividen interim berasaskan kepada nilai keuntungan 5.5 sen sesaham adalah hasil daripada dua bentuk dividen yang diterima oleh pihak peneroka iaitu melalui 800 unit saham dikhususkan kepada mereka serta Dana Amanah Peneroka.
''Pertama, mereka akan terima dividen melalui 800 unit saham yang telah diperuntukkan kepada mereka dan jika kita hitungkan 800 unit saham tersebut ia akan memberi pendapatan sebanyak RM44 iaitu selepas didarabkan dengan 5.5 sen.
''Kedua melalui Dana Amanah Peneroka. Sebanyak 20 peratus yang diperuntukkan di dalam dana ini dikhaskan untuk peneroka. Jumlahnya adalah sebanyak 370 juta saham dan apabila ia didarab dengan 5.5 sen bererti pendapatannya adalah sebanyak RM40.1 juta,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Felda bersama Perdana Menteri di Menara Felda di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Presiden FGV, Datuk Sabri Ahmad.
Pengumuman ini sekali gus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas.Pembayaran dividen ini adalah tambahan kepada peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
Harga saham FGV hari ini ditutup pada RM5.02 sesaham iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, daripada RM40.1 juta itu setelah dibahagikan kepada setiap peneroka, setiap mereka bakal menerima RM356.
''Sekiranya dicampur dengan pendapatan RM44, bererti melalui dividen interim tersebut setiap peneroka akan menerima RM400. Ini merupakan pendapatan dalam tempoh dua bulan sahaja sejak saham ini disenaraikan di Bursa Malaysia,'' katanya lagi.
Menjawab satu soalan, Perdana Menteri berkata, FGV dijangka membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya buat kali kedua pada akhir tahun ini.
''Ini merupakan dividen interim. Insya Allah akan ada satu lagi pengisytiharan dividen pada hujung tahun ini. Ini bermakna terdapat dua kali pemberian dividen,'' katanya lagi.
Dalam pada itu, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan yakin pihak FGV mampu mencapai keuntungan seperti mana disasarkan iaitu bersandarkan kepada prestasi memberangsangkan oleh pihak syarikat.
''FGV kini berada atas landasan dalam usahanya mencatatkan keuntungan seperti mana yang telah kita sasarkan,'' jelasnya.
Perdana Menteri dalam sidang akhbar sama turut mengumumkan keputusan Felda memberi pinjaman tanpa faedah kepada semua peneroka bagi membantu mereka memiliki 800 unit saham FGV.
''Langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM360.7 juta. Dengan ini para peneroka tidak perlu meminjam atau mengeluarkan duit sendiri untuk memiliki saham ini. Mereka cuma dikehendaki membayar sebanyak RM50 sebulan sahaja sehingga selesai dijangka dalam tempoh lima tahun.
P/S: Lihatlah siapa kata Felda rugi dan saham Felda merudum. Jika rugi mana mungkin peneroka mendapat lagi imbuhan dividen sebanyak RM 400.00 hasil daripada penyenaraian FGVH sejak dua bulan lalu. Dalam kekalutan kita melihat penderitaan pelarian seperti Rohingya dan pembunuhan beramai-ramai di bumi Syria, Malaysia masih lagi dilimpahi kenikmatan yang tidak terkira hitung banyaknya. Nikmat manakah lagi yang kita tidak syukuri!!! Janganlah kita menjadi manusia yang bebal yang tidak tahu mensyukuri setiap nikmat yang diberikan!!!

Selasa, 28 Ogos 2012

DEVIL MAHATHIR ATAU SYAITAN NIK AZIZ

Views

PETIKAN DARIPADA KATA-KATA TUN MAHATHIR 

24. Better the devil you know than the angel you don’t.
"This is the shortened form of the full idiom, 'better the devil you know than the devil you don't', and means that it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing." (Petikan daripada FB Dr. Asyraf Wajdi Dusuki)
 
"Lebih baik berurusan dengan syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenali"
"Ini adalah  satu bentuk pepatah yang dipendekkan daripada ungkapan penuh, 'lebih baik syaitan yang anda tahu daripada syaitan yang anda tidak tahu', yang bermaksud bahawa lebih baik untuk berurusan dengan seseorang atau sesuatu yang sudah anda biasa kenali dan ketahui, walaupun mereka tidak sesuai, daripada mengambil risiko dengan orang atau benda yang belum anda kenali dan ketahui "
Lihatlah betapa baghalnya Pemimpin Parti Pakatan Rakyat, apabila sindiran sinis Tun M di dalam pepatah Inggeris di salah ertikan sebagai seruan kepada ajakan memilih syaitan. Hanya disebabkan oleh perkataan 'devil'  dan   'angel' yang diguna pakai. Ia sebenarnya merujuk kepada sikap dan perangai pemimpin di kalangan parti politik terutama kepada pemimpin parti pembangkang yang berlagak alim dan ulama seperti 'malaikat' tetapi sebenarnya perangai tidak ubah seperti 'syaitan'.
Ungkapan Tun M ini ditujukan kepada sikap kepura-puraan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak segan silu menaikkan taraf mereka setaraf Nabi, Imam Mahdi dan Khalifah Umar Abd Aziz. Sedangkan dalam masa yang sama menjadi saluran dan platform kepada LGBT bertapak di Malaysia. Apa tidak bertapaknya budaya LGBT ini, kalau dah pemimpin utamanya adalah pengamal tegar seks bebas menyonsang di Malaysia. Pengikutnya apa lagi bertaburanlah bergembira, cuma tidak dapat dirasmikan sebagai amalan baru budaya hidup selagi tampuk pemerintahan belum berada di tangan.
Itulah apabila hendak diwujudkan PPSMI di Malaysia di tentang, ingatkan dah bijak sangat berbahasa omputeh sehingga takut anak bangsa tak reti bercakap melayu. Bila Tun M keluarkan perkataan 'sarcastic' 'Devil n Angel' semua dah pakat-pakat melatah kata Tun M pemuja syaitan. Sedangkan diri sendiri sudah dipengaruhi syaitan tidak pula mahu mengaku. Bukankah sifat Syaitan tamakkan kuasa. Kerana tamakkan kuasalah hukum hudud boleh di tawar menawar samaada wajib atau tidak dilaksanakan jika Pakatan Rakyat  memerintah di kemudian hari. Mana tidaknya, bapak segala 'devil' telah berfatwa 'langkah mayat saya dulu' lalu si 'angel' yang berserban pun terpaksa mencari akal, salahkan UMNO kerana tidak mahu laksanakan hudud. UMNO juga yang dipersalahkan dalam isu hudud sedangkan hudud adalah manifesto Pas untuk mewujudkan Pemerintahan Negara Islam. Nak buat macammana UMNO juga dimomokkan sebagai 'devil' oleh parti Pakatan Rakyat. Sedangkan 'devil' inilah yang telah menzahirkan sebuah negara yang aman, damai dan bebas dihuni oleh penduduk pelbagai lapisan kaum sejak merdeka. Rakyatnya cukup makan, tidur lena dan bebas mencari rezeki dan menambah zuriat  dalam suasana yang cukup tenteram dan selesa.
Maksud yang ingin disampaikan oleh Tun M cukup mendalam dan cukup sinis supaya rakyat berfikir bahawa kerajaan yang selama ini cukup berjasa sehingga sudah dilupai jasa-jasanya kerana dianggap sebagai tanggungjawab, mungkin lebih baik, daripada pembaharuan yang belum diketahui apa yang ingin dibaharukannya. Mungkin kelihatan manis di dengar pada waktu sekarang tetapi pahit ditelan apabila sudahpun merasainya. Sebelum terlambat, berfikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan dan pilihlah dengan tepat. Mungkin bidalan ini mampu membantu kita berfikir dengan waras dalam membuat sebarang keputusan:-
Its better the devil you know than the angel you do not know'!!!!

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat boleh lupa tetapi pena dan kertas tidak mungkin bisa melupakan kata-kata Mursyidul Am Pas pada tahun 1999 seperti berikut:-
"Siapa yang hendak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN PUN SAYA TERIMA."
Bagaimana ingin diterjemahkan maksud Nik Aziz itu, ia bukannya satu ungkapan atau pepatah yang dipetik daripada bidalan tetapi ianya adalah satu PERNYATAAN yang keluar dari hati yang mengambarkan sendiri maksud dan kehendak pemilik hati tersebut.  Jika hati tersebut mengatakan SYAITAN pun pasti diterima bermaksud pemilik kata-kata tersebut tidak kisah bersekongkol dengan syaitan asalkan hasrat dan hajat yang diinginkan tercapai. Dan sekarang tuhan dah makbulkan kata-kata Nik Aziz ini. Bersahabat dengan syaitan pasti tinggi nilai harga yang perlu dibayar. Dan yang pasti Hudud pun sudah tergadai dan golongan ulama pun sudah menyisihkan diri samaada dihambat keluar atau pun dengan rela hati. Yang tinggal kini hanya bapuk-bapuk yang terpaksa menjilat kaki tuan-tuan 'syaitannya' agar niat awal untuk berkuasa masih lagi bersisa. Itulah nasib bila tersalah kata kerana setiap kata umpama doa sekali dimakbulkan, natijahnya amat besar pada prinsip dan perjuangan yang kelihatan semakin hilang arah dan tujuan. Malah bala pula yang menimpa!!!!

Khamis, 19 Julai 2012

TUN M: DIKTATOR TERPIMPIN

Views
SHAH ALAM - Jika tiada kepimpinan diktator seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, negara pasti berlaku kacau-bilau kerana semua pihak meminta hak dan mengutamakan kepentingan sendiri.
Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, reaksi sesetengah pihak yang melabel dan mendakwa Dr Mahathir sebagai diktator adalah sesuatu yang berat.
"Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.
"Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Dr Mahathir meminta pengunjung-pengunjung blognya di http://chedet.cc memberikan pandangan apa yang telah beliau lakukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sehingga ada pihak melabelnya sebagai diktator.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.
Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.
Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
 "Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya
P/S: Jika Tun M seorang diktator sudah pasti beliau masih lagi memegang tampuk pemerintahan. Mana ada diktator yang mahu menyerahkan tahta kekuasaan selagi masih ada hayat dikandung badan!!!! ?

Isnin, 9 Julai 2012

TRINITY CORP.SDN.BHD a.k.a TALAM

Views

KOMENTAR DARI BLOG SEMUTHITAM80 MENGENAI PERTUKARAN NAMA TALAM KEPADA TRINITY!!!!
GAMBAR : LOGO BARU TALAM
Kenapa semua pihak masih guna nama Talam Corporation dan dalam bracket ditulis currently known as Trinity Corporation?
 Sepatutnya mengikut konvensyen korporat, patut diguna nama sekarang iaitu Trinity Corp.
 Adakah ada pihak cuba mengelak kontroversi kerajaan Selangor berurusniaga dengan syarikat yang berlambang salib dan konsep Father, Son and the Holy Ghost disebalik nama Trinity?
 Ada pihak media pasti mahu mengelakkan dari isu ini tersimpang menjadi isu ugama dan kekalkan kerajaan Selangor salahguna kuasa.
 Isu salahguna kausa ini sedang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Baca Sel13 sini.
 Kami tertarik dengan tulisan Raja Petra di Malaysia Today sini. Katanya ada pihak dah buat salah masa dalam UMNO dan mahu cucikan kekotoran yang tertinggal apabila mereka lari ke PKR.
 Dari laman Malaysia Today, kami terjumpa laman Anil Netto.com sini.
 Blog ini memberitahu bahawa Talam pernah mengeluarkan preference shares, loan stock dan instrumen pinjaman Islamik sejumlah RM423.4 juta kepada Abrar Discount. Pendik kata, mereka berhutang sebanyak itu melalui capital market. kepada Abrar Discount
 Ah! Jumpakan Talam berhutang dengan Abrar yang dipunyai oleh Grup Anwar Ibrahim; Rahim Ghouse dan Wan Hasni. - sumber
P/S: Nampak gayanya Khalid Ibrahim bukan sahaja berhadapan dengan masalah hutang Talam a.k.a Trinity tetapi juga berhadapan dengan gerakan halus penyebaran agama Kristian dalam mengkristiankan syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Memang patutlah si Khalid ini digelar sebagai gagap...rupanya dia gagap dan gugap dalam semua serbi.
Maksud Trinity: 
Trinity suatu istilah yang diguna pakai dalam agama kristian yangmenjelaskan tentang kedudukan Tuhan 3 dalam 1.

TALAM CORPORATION BERHAD a.k.a TRINITY

Views
DIPETIK DARI BLOG : http://mymassa.blogspot.com/2011/12/pembangkang-masih-main-isu-nfc.html
Tepat dua tahun lalu, November 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengejutkan ramai pihak melalui tindakan beliau untuk membeli hutang Talam Corporation Berhad sebanyak RM391 juta. Peruntukkan untuk tujuan tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Perbadanan Menteri Besar. Dalam erti kata lain, wang rakyat dikeluarkan untuk membeli hutang berisiko tinggi dari agensi-agensi serta perbadanan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Yayasan Pendidikan Selangor. Talam Corporation Berhad pada waktu itu adalah syarikat PN17 dalam klasifikasi Bursa Malaysia, dalam erti kata lain, syarikat ini mempunyai posisi kewangan yang kurang elok sejak September 1, 2006. Pada waktu itu,, syarikat ini sudah pun gagal melunaskan hutang-hutang sedia ada. Di dalam satu petikkan akhbar, Menteri Besar menyatakan hutang Talam Corporation Berhad kepada kerajaan negeri mencecah RM500 juta, tetapi bersetuju mengutip bayaran sebanyak RM391 juta sahaja. Kenapa diskaun 21% diberikan kepada Talam? RM109 juta rugi begitu sahaja atas nama "kompromi". Artikel tersebut boleh di baca di sini. Pada peringkat ini sahaja, kerajaan Selangor telah pun rugi sebanyak RM109 juta dan merisikokan sebanyak RM391 juta lagi. Di dalam artikel yang sama, Menteri Besar menjanjikan hal tersebut akan di selesaikan dalam tempoh 3 bulan atau syarikat itu akan diambil tindakan undang-undang dalam seperti rampasan tanah dan pembubaran untuk menyelesaikan hutangnya. Menurut beliau lagi, hutang tersebut berusia 10 tahun. Mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan undang-undang terus tanpa merisikokan wang sejumlah RM391 juta. Sepatutnya wang itu digunakan untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk menyelamatkan kedudukan kewangan agensi negeri. Kenapa pihak pengurusan yang lalai dan cuai dalam hal ini tidak dihukum? Bukankah itu selalu dituntut Pakatan jika perkara sama dilakukan oleh BN Sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya boleh dibubarkan oleh pemberi hutang dengan memohon perintah "winding up" dari mahkamah. Aset syarikat tersebut akan dilelong dan di jual untuk melunaskan hutang-hutang dan baki aset tersebut akan dipulangkan kepada pemegang saham syarikat tersebut. Menurut Akta Syarikat 1965, seksyen 218(2) sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya sebanyak RM500 atau lebih akan dianggap tidak mampu menyelesaikan hutang dan boleh dibubarkan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Sebagai bekas pengurus korporat, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya ambil jalan selamat untuk mendapatkan semula hutang tersebut. Setelah dua tahun berlalu, Kerajaan Negeri mengisytiharkan pembayaran hutang tersebut selesai, walaupun pada mulanya ia dikatakan "diberikan tempoh 3 bulan untuk diselesaikan". Kenapa tiada penalti dikenakan untuk bayaran lewat serta mengapa ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan yang dijanjikan beliau? Jika Kerajaan Selangor boleh lupuskan RM109 juta hutang sebuah syarikat berteraskan untung, mengapa kerajaan yang sama tidak boleh lupuskan hutang sebanyak juta dari sebuah organisasi kebajikan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor?
Seperti mana Pakatan Rakyat mempertikai tindakan National Feedlot Corporation dalam pelaburan mereka yang tidak berkaitan dengan portfolio perniagaan, soalan saya, bank manakah yang sanggup memberi pembiayaan semula kepada syarikat dengan kedudukan kewangan yang buruk sepertimana diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? 

Laporan kewangan syarikat pada 31 Januari 2009 menunjukkan dengan ekuiti pemilik sebanyak RM394.5 juta, syarikat ini mempunyai hutang dan liabiliti sebanyak RM3.04 billion. Dalam erti kata lain, setiap RM1 dilaburkan dalam syarikat ini, kita terikat dengan hutang sebanyak RM7.70. Laporan kewangan dilampirkan dibawah.
Nampaknya, melaburkan RM10 juta dalam hartanah lebih teruk dari hilang RM109 juta dan mengambil pelaburan berisiko tinggi sebanyak RM391 juta. Jika Pakatan Rakyat mampu memperoleh keuntungan dari keputusan perniagaan berisiko, berilah peluang kepada National Feedlot Corporation untuk membuktikan kewajaran tindakannya dalam membuat keputusan pelaburan.
P/S: Lihatlah betapa bijaknya Tan Sri Khalid Ibrahim mengemudi ekonomi Negeri Selangor!!!! Dan kini nama Talam Corporation sudah ditukar kepada Trinity Corp. Sdn. Bhd. Yang menimbulkan kemusykilan kenapa masih lagi digunakan nama Talam Corporation Sdn. sedangkan sepatutnya semua pihak perlu menggunakan nama barunya iaitu TRINITY Corporation Sdn. Bhd???! Atau adakah Khalid Ibrahim ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum???

Sabtu, 23 Jun 2012

BN PILIHAN ORANG MUDA

Views

Semboyan sudah berbunyi roh semangat sudah pun ditiup oleh sang pendekar dan sang srikandi dan semangat ini disahut dan diserap oleh ribuan pahlawan dan pahlawanis bumi Indera Kayangan di Dataran Dato Sheikh Ahmad petang tadi bahawa gelombang biru dan merah jambu dari saluran muda akan mencipta tsunami di Negeri Perlis pada PRU ke 13 nanti. Ikrar..iltizam dan semangat sudah mula dipahat dan ditanam erat bahawa UNDI ORANG MUDA PERLIS HANYA UNTUK BN!!!
Published with Blogger-droid v2.0.6