TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 29 Ogos 2012

KDS1M KEPADA PELAJAR IPT

Views


SMAIL Sabri Yaakob menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diterima oleh pelajar Maktab Koperasi Malaysia dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia di Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mula mengagihkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang dijangka mampu meringankan beban sara hidup lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kad diskaun tersebut boleh mula digunakan bermula 1 September ini di 1,200 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Katanya, setakat ini terdapat 179 syarikat telah bersetuju untuk bekerjasama dalam program kad diskaun berkenaan berbanding 51 ketika dilancarkan pada Julai lalu termasuklah syarikat-syarikat gergasi seperti Malaysian Airline System Bhd. (MAS), FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).
"Menerusi penggunaan kad diskaun itu, para pelajar IPT mampu mendapatkan potongan harga sehingga 60 peratus terhadap peralatan menulis, kelengkapan pakaian, makanan, minuman, rawatan kecantikan, klinik kesihatan, barangan runcit dan pelbagai lagi termasuklah peralatan muzik.
"Kad itu boleh digunakan sepanjang tempoh pengajian pelajar, bermakna ia akan luput apabila pelajar tamat pengajian. Buat masa ini, kad akan diedarkan kepada penuntut tahun dua, tiga, empat dan akhir. Bagi yang akan mendaftar pada sesi akan datang, mereka perlu mendapatkan kad matriks terlebih dahulu sebelum boleh menerima KDS1M secara percuma," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia dan penyerahan KDS1M kepada penuntut maktab berkenaan yang menjadi kumpulan pelajar pertama menerimanya.
KDS1M yang dilancarkan Julai lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Menurut Ismail, buat masa ini penggunaan kad tersebut diutamakan kepada pelajar IPT sepenuh masa sahaja dan terhad kepada pelajar yang mengikuti program diploma serta ijazah.
"Bagi fasa pertama ini, kami hanya fokus kepada pelajar diploma serta ijazah sepenuh masa. Kami belum bercadang menyediakan kemudahan itu untuk pelajar program pengajian jarak jauh (PJJ), ijazah sarjana dan doktor falsafah (Phd) memandangkan kebiasaannya golongan ini sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri," jelasnya.
P/S: Betapa beruntung menjadi pelajar IPT pada hari ini kerana kerajaan turut menyediakan kad diskaun ketika berbelanja kepada para pelajar. Jadilah bangsa yang sentiasa tahu mensyukuri dan menghargai kerana lebih banyak kita bersyukur lebih banyak nikmat yang diberikan kepada kita!!
Sumber: Utusan Malaysia 29/8/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih