TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 11 Mei 2012

DULU DAN KINI HUDUD

Views
DULU!!!

KINI!!!!


INI KENYATAAN HADI AWANG MENGENAI HUKUM HUDUD!!!
KUALA BERANG: PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan.
“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, kita tak boleh laksanakan hudud kerana tak cukup syaratnya.
“Masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan,” katanya selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, di sini, malam kelmarin.
Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP.
“Kita laksana dulu pada orang Islam. Orang bukan Islam diberi pilihan... itu yang termaktub dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri. Ini masih mengikut proses demokrasi,” katanya.
 
Sumber: Berita Harian 10/5/2012
P/S: Amboi jika dulu beria benarlah Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas berteriak-teriak untuk melaksanakan HUDUD sehingga habis diKAFIRkan semua pemimpin UMNO. Kesian dekat semua pemimpin UMNO yang telah melaksanakan rukun Islam kerana dikatakannya KAFIR hanya kerana tidak mahu melaksanakan HUKUM HUDUD!!! Puas ustaz-ustaz di kampung berceramah supaya HUDUD dilaksanakan, "PERJUANGAN PAS ADALAH UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM, JIKA HUDUD TIDAK DILAKSANAKAN 'KAFIR' KERANA MELANGGAR PERINTAH ALLAH."
Tetapi sekarang apa dah jadi terbalik terkuang macam angka 6 dan 9!!!!


Khamis, 10 Mei 2012

DURIAN RUNTUH BUAT WARGA FELDA

Views
A Successful Journey Begin With the First Step
LUMAYAN!!!!
Durian runtuh RM 1.689billlion untuk 112,635 peneroka FELDA
RM 15,000 UNTUK SETIAP KELUARGA
  • RM 5,000 Ketua Keluarga
  • RM 5,000 Isteri
  • RM 5,000 Anak-Anak
TAWARAN SAHAM FGVH
  • 20% Peratus Ekuiti Peneroka Dalam Tabung Amanah Khas
  • Dividen Keuntungan Tahunan Kepada Peneroka
IMBUHAN
  • 20,000 Kakitangan Felda Dapat Bonus Tambahan 2.5 Bulan
  • RM 5,000 Bantuan Pulih Rumah di kampung Tradisional Sekitar Rancangan Felda
P/S: Apalagi yang warga Felda inginkan semuanya ditunaikan oleh kerajaan. Jika dahulu Bapa Pembangunan Tun Razak memberi kehidupan kepada warga felda dengan tertubuhnya Tanah Rancangan Felda, kini anaknya Dato' Seri Najib Tun Razak memberi keselesaan dan imbuhan hasil daripada kejayaan Felda yang hidup dan maju ke hadapan.

Isnin, 7 Mei 2012

AGENDA YAHUDI MENERUSI KAHWIN CAMPUR

Views
Nampak gayanya agenda Yahudi untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar telah dipanjangkan melalui kaedah kahwin campur. Terbaru buku mengenai 'Kahwin Campur' oleh syarikat Penerbitan Middle Estearn Study Group sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD) yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ahli Pemegang Amanahnya. Penerbitan buku itu turut ditaja oleh Yayasan Konrad Adeneur iaitu badan kebajikan Parti Demokrat Kristian Jerman yang merupakan 'missionari kristian dan juga 'think-tank kepada kegiatan politik serta menyokong penuh pergerakan 'Arab Spring' di Tunisia dan Mesir.
Agenda utama buku ini adalah untuk membenarkan wanita Islam mengahwini lelaki kafir atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira kaum. Menurut konsep tersebut wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam sama ada yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain agama selain Islam sendiri. Dan kini khabarnya buku itu diedar secara percuma untuk edaran semasa.
P/S: Begitulah gigihnya pihak Yahudi ingin merosakkan kehormatan agama Islam, jika sebelum ini sasaran utama adalah golongan fakir miskin, kini sasaran ditujukan pula kepada golongan wanita. Semuanya adalah dari kalangan kaum yang lemah. Dan tidak mustahil selepas ini pihak yahudi akan mempromosikan pula 'Keindahan Perkahwinan Sejenis'. Jika tidak dibendung rosak umat Islam dibuatnya. Dan yang pasti semua ini akan disasarkan atas nama KEBEBASAN dan HAK ASASI MANUSIA.
Dan yang paling menghairankan, dibelakang semua ini pasti wujud nama Anwar Ibrahim. Jika bukan sebagai peneraju utama, sekadar ahli pemegang amanah sudah mencukupi dalam mencorakkan permainan dalam membawa fahaman pluralisme dan liberalisme ke negara ini!!! Apakah mungkin Kamal Atarthuk versi Anwar Ibrahim akan muncul di Asia Tenggara jika Rakyat Malaysia silap membuat percaturan pada PRU ke 13 nanti???
Sumber:
Utusan Malaysia : 6/5/2012

 

Sabtu, 5 Mei 2012

SI TANGGANG AZMIN ALI

Views
Amat mengharukan apabila mendengar rintihan pilu seorang ibu dengan sikap anak yang di kandung selama 9 bulan bersikap sombong, kasar malah langsung tidak menjenguk si ibu kandung sendiri hampir setahun yang lalu walaupun rumah si ibu dan tempat kerja si anak hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja. Malah ketika si ibu ini jatuh sakit dan terlantar di hospital anak yang di kandung selama 9 bulan ini langsung tidak bertanya khabar apatah lagi menjenguk si ibu.
Pertemuan yang terakhir ketika sambutan hari raya pada tahun lepas di jadikan sebagai pertemuan untuk melepas geram si anak ini kepada si adik pula. Bukan sekadar luahan lepas geram  malah semburan kata-kata kesat turut di lemparkan terutama kepada si adik yang bernama Umi Hafilda. Si cucu juga di larang menjamah makanan di rumah si nenek malah menuduh makanan di rumah si nenek adalah 'haram' dan kerusi rumah si nenek juga haram untuk diduduki kerana belum di samak. Malah lebih parah lagi apabila si anak ini hanya mengaku Anwar Ibrahim sahaja darah daging beliau bukan adik-adiknya.
Tetapi kasihnya ibu pada si anak masih lagi  berharap agar si anak dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Selagi hayat di kandung badan si ibu ini tidak putus berdoa agar si anak pulang ke pangkuan keluarga. Dan jika ditakdirkan nafas si ibu terhenti maka sudah pasti tiada lagi doa buat si anak tiada gunanya lagi si anak kembali  menziarahi jenazah si ibu. Kerana pintu kemaafan si ibu sudah pasti tertutup bersama tertutupnya mata  dan terhentinya nafas si ibu pabila tiba panggilan ilahi. Begitulah luahan hati seorang ibu yang bernama Che Tom Yahaya kepada si anak  Azmin Ali di TV3 malam tadi.
Inilah kisah si tanggang zaman moden seorang manusia yang bernama Azmin Ali, yang sanggup 'buang ibu buang sedara' 'kerana kasihkan Anwar Ibrahim, Azmin Ali turutkan'.
Dimananya Keadilan buat si ibu seperti perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menuntut berlaku adil sedangkan berlaku adil kepada insan yang melahirkan pun tidak mampu di tunai inikan pula memberi keadilan kepada insan yang tidak mempunyai sebarang pertalian.
Kepada Azmin Ali selagi masih lagi ada nyawa ibumu dikandung badan, mohon ampun dan maaflah kerana bila tiba masanya nyawa ibumu dikendung ilahi, tiada lagi pintu kemaafan buat mu kerana apa yang kamu miliki dan rasai hari ini adalah doa-doa yang tidak putus dari sang ibu buatmu semoga hidup terus di berkati!!!!

Rabu, 2 Mei 2012

JIKA ISLAM ITU 'TERRORIST' NIK AZIZ, OSAMANYA!!!

Views

=
Sepakan yang membawa ke SYURGA. Setiap sepakan akan diberi ganjaran sebanyak 10 pahala!! Sepak jangan tak sepak!!!
Jika di Barat Islam ditakuti kerana dikaitkan dengan keganasan atau orang Islam dianggap sebagai 'terrorist'. Berlainan benar di Malaysia apabila Pas penyebab Islam itu dianggap sebagai ganas. Ini diakui sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz bin Laden apabila beliau mengaku membiayai duit poket peserta-peserta DEMONCRAZY BESHIT 3.0 ke Dataran Merdeka pada hari Sabtu yang lepas. Malah beliau tidak langsung berasa bersalah diatas perlakuan-perlakuan ganas juak-juak Otak  Kuning cernaan beliau yang mengganggap beliau sebagai PEWARIS NABI. Jadi apa sahaja yang beliau  katakan pasti dituruti dan pastinya benar dan halal belaka. Dan yang paling pasti segala tindak tanduk tersebut pasti membawa pengikutnya ke syurga.

PM BERI BUNGA BESHIT 3.0 BERI TAHI

Views

vs



Jika hari pekerja semalam Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan berita gembira kepada pekerja-pekerja sektor swasta apabila gaji minimun dinaikkan kepada RM 900.00. Berlainan benar di beberapa negara dunia apabila hari pekerja yang sepatutnya di jadikan hari berehat dan bercuti bersama keluarga dijadikan sebagai hari berdemonstrasi pekerja.
Di Jakarta lebih 9,000 pekerja berhimpun meluahkan rasa tidak puas hati pada gaji yang diperolehi. Di Manila pula lebih 3,000 pekerja berhimpun dengan membawa patung besar Presiden Aquino yang disifatkan sebagai anjing suruhan kapitalis asing. Manakala di Kemoja pula lebih 6,000 orang berhimpun untuk menuntut kenaikan gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik. Dan di Malaysia pula puluhan ribu juak-juak baju kuning berkumpul bukan untuk memprotes mengenai kesusahan hidup gaji yang tidak cukup tetapi berhimpun untuk mewujudkan ketakutan dan keganasan kepada orang awam kerana sudah terlalu puas hidup dalam keamanan dan kemakmuran lebih daripada 54 tahun.
sumber:

KELUARGA 69

Views
Tunggang Tungging Terbalik Terkuang tetap sama 6 dan 9. Kalau Anwar Ibrahim dengan skandal seksnya bersama lelaki, perempuan, isteri orang cuma  pondan sahaja yang belum di dengari lagi begitulah juga Timbalan Ketua Pembangkang Azmin Ali pun apa kurang hebatnya. Tapi mungkin lebih teruk lagi kerana bukan sahaja beliau mengadakan seks bersama perempuan lain malah turut membenarkan isteri beliau Shamsidar dinikmati oleh bos beliau sendiri. Mungkin beliau boleh menafikan lelaki didalam gambar tersebut bukan beliau tetapi wajah yang sama mungkin sukar untuk ditepiskan. Cuma kelebihan Anwar Ibrahim berbanding Azmin Ali, belum lagi didengari si Wan Azizah bermukah dengan lelaki lain selain Anwar Ibrahim. Apa yang boleh dilabelkan kepada keluarga Azmin Ali dan Shamsidar kecuali sebagai keluarga 69 yang bermaksud 'hang boleh buat, aku pun boleh buat'