TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Sabtu, 5 Mei 2012

SI TANGGANG AZMIN ALI

Views
Amat mengharukan apabila mendengar rintihan pilu seorang ibu dengan sikap anak yang di kandung selama 9 bulan bersikap sombong, kasar malah langsung tidak menjenguk si ibu kandung sendiri hampir setahun yang lalu walaupun rumah si ibu dan tempat kerja si anak hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja. Malah ketika si ibu ini jatuh sakit dan terlantar di hospital anak yang di kandung selama 9 bulan ini langsung tidak bertanya khabar apatah lagi menjenguk si ibu.
Pertemuan yang terakhir ketika sambutan hari raya pada tahun lepas di jadikan sebagai pertemuan untuk melepas geram si anak ini kepada si adik pula. Bukan sekadar luahan lepas geram  malah semburan kata-kata kesat turut di lemparkan terutama kepada si adik yang bernama Umi Hafilda. Si cucu juga di larang menjamah makanan di rumah si nenek malah menuduh makanan di rumah si nenek adalah 'haram' dan kerusi rumah si nenek juga haram untuk diduduki kerana belum di samak. Malah lebih parah lagi apabila si anak ini hanya mengaku Anwar Ibrahim sahaja darah daging beliau bukan adik-adiknya.
Tetapi kasihnya ibu pada si anak masih lagi  berharap agar si anak dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Selagi hayat di kandung badan si ibu ini tidak putus berdoa agar si anak pulang ke pangkuan keluarga. Dan jika ditakdirkan nafas si ibu terhenti maka sudah pasti tiada lagi doa buat si anak tiada gunanya lagi si anak kembali  menziarahi jenazah si ibu. Kerana pintu kemaafan si ibu sudah pasti tertutup bersama tertutupnya mata  dan terhentinya nafas si ibu pabila tiba panggilan ilahi. Begitulah luahan hati seorang ibu yang bernama Che Tom Yahaya kepada si anak  Azmin Ali di TV3 malam tadi.
Inilah kisah si tanggang zaman moden seorang manusia yang bernama Azmin Ali, yang sanggup 'buang ibu buang sedara' 'kerana kasihkan Anwar Ibrahim, Azmin Ali turutkan'.
Dimananya Keadilan buat si ibu seperti perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menuntut berlaku adil sedangkan berlaku adil kepada insan yang melahirkan pun tidak mampu di tunai inikan pula memberi keadilan kepada insan yang tidak mempunyai sebarang pertalian.
Kepada Azmin Ali selagi masih lagi ada nyawa ibumu dikandung badan, mohon ampun dan maaflah kerana bila tiba masanya nyawa ibumu dikendung ilahi, tiada lagi pintu kemaafan buat mu kerana apa yang kamu miliki dan rasai hari ini adalah doa-doa yang tidak putus dari sang ibu buatmu semoga hidup terus di berkati!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih