TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 6 April 2012

PENCAPAIAN TERBESAR 2011

Views
Pada 2011, NKRA bagi memperbaiki pengangkutan awam bandar menyaksikan kemajuan ketara dalam memperbaiki kualiti keseluruhan perkhidmatan bagi memastikan aspirasi menjadikan pengankutan awam sebagai pilihan oleh pengguna tercapai.
  • Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya menunjukkan peningkatan bilangan penumpang sebanyak 18%
  • Tambahan 35 set tren empat gerabak untuk sistem LRT Kelana Jaya.
  • Ia meningkatkan kapasiti penumpang kepada 258,156 pada 2011 berbanding 254,745 pada 2010
  • Pada 2011, seramai 10.4 juta lagi penumpang menggunakan laluan LRT dalam tempoh 12 bulan
  • Penambahan 470 bas RapidKL di sekitar Lembah Klang
  • Sehingga Disember 2011 4.04 j pengguna lagi menggunakan perkhidmatan bas RapidKL
  • 3 lagi perkhidmatan EBT diperkenalkan di tiga laluan utama menjadikan kesemuanya 8 laluan BET yang ada sekarang

PENCAPAIAN TERBESAR 2011

Views
Pada 2011, usaha meningkatkan infrastruktur asas kawasan luar bandar melalui inisiatif NKRA telah memperkasakan golongan tidak berkeupayaan dan memaksimumkan potensi sebenar keluarga dan masyarakat luar bandar.
Menyentuh kehidupan hampir 1 Juta penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, pembangunan pesat dan berskala besar kawasan luar bandar bagi tahun kedua berturut-turut.
Pada 2011, kira-kira 998,357 penduduk menerima kesan positif melalui penyediaan perumahan, bekalan air, elektrik dan jalan raya.
1013KM jalan raya luar bandar dibina dan dinaik taraf yang memberi manfaat kepada 425,377 penduduk.
73,227 rumah di kawasan luar bandar mendapat bekalan air bersih dengan 366,135 orang menikmati kemudahan tersebut.
27,004 rumah dikawasan luar bandar menerima bekalan elektrik
14365 rumah dibina dan dibaik pulih di kawasan luar bandar dan 71,825 penduduk merasai kesan pembangunan itu dan memberi kesan positif kepada 135,020 penduduk
Sumber: Utusan Malaysia : 5/4/2012)

Khamis, 5 April 2012

PENGASAS FACEBOOK

Views
Majalah Forbes menyenaraikan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg sebagai orang ke-35 terkaya dunia dengan aset RM 54 BILLION
Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk Facebook yang diumumkan oleh Zuckerberg pada Februari 2012 mengunjurkan syarikat itu bernilai RM 308 BILLION
Kombinasi kekayaan tujuh orang billionair dalam syarikat Facebook kini berjumlah RM 88.4 BILLION
Seorang daripadanya ialah Dustin Moskovitz, bekas rakan sebilik Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard
(Sumber : Utusan Malaysia 5/4/2012)

Rabu, 4 April 2012

PENCAPAIAN TERBESAR 2011

Views
Pada tahun 2011, NKRA untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah memfokuskan kepada usaha menyediakan peluang-peluang ekonomi untuk meningkatkan taraf isi rumah berpendapatan rendah supaya keluar daripada kemiskinan dan memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan.
63,147 isi rumah miskin ditingkatkan.
Bilangan terbesar yang mendapat manfaat daripada program basmi kemiskinan.
Pada 2011 63,147 isi rumah miskin (termasuk 12,510 dari Sabah dan 11,401 dari Sarawak) terlibat dalam PROGRAM 1 AZAM yang memberi fokus menyediakan peluang ekonomi meningkatkan keupayaan produktif mereka supaya keluar daripada belenggu kemiskinan dan mampu sara diri.
eKASIH 317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan pengesahan eKasih telah diproses.
PINJAMAN MIKRO KREDIT 12,578 golongan berpendapatan rendah diberi peluang untuk berupaya menyara diri.
Lebih 12,000 isi rumah dibantu melalui skim pinjaman mikro kredit.
Peserta menerima pinjaman mikro kredit dan latihan untuk perniagaan kecil atau bekerja sendiri daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
1,100 usahawan wanita sudah dilatih
Lebih 3,000 usahawan wanita berjaya meningkatkan pendapatan dalam jumlah yang ketara.
Pendapatan meningkat daripada purata RM 750 sebulan kepada RM 3,500 sebulan atau lebih.
Jumlah usahawan wanita yang dimajukan dalam tempoh dua tahun lalu ialah 3,100 orang
(Utusan Malaysia : 4/4/2012)

Selasa, 3 April 2012

WAN AZIZAH DAN SHAMSIDAR TIDAK BERCAKAP

Views



Rupanya masalah ini masalah lama yang baru ditimbulkan. Kepada yang rapat sudah pasti dapat menembak apa yang tersirat di hati dua wanita ini. Sudahlah rapat dengan Anwar Ibrahim rupanya berkongsi kasih walaupun tiada ikatan yang sahih.
Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah dan Shamsidar Taharin sudah lama tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Dengar khabarnya lebih 12 tahun. Sekiranya bersua, pasti ada perubahan di riak wajah masing-masing. Sama ada menahan marah, geram atau sakit hati hanya yang empunya diri sahaja yang tahu.
Dan tuduhan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan bukan kecil anak untuk didiamkan. Kerana ini melibatkan maruah diri individu yang dituduh, sementelah lagi si Shamsidar bukanlah ahli politik cuma isteri kepada seorang ahli politik. Dan jika perkara ini tidak dibersihkan dengan seberapa segera sudah pasti mencemarkan nama setiap keturunan salasilah si Shamsidar ini.
P/S: Tetapi yang hairannya kenapa sehingga sekarang dua wanita ini masih lagi diam membisu!!!!

JANJI DI KOTA

Views
PENCAPAIAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI
  • Pendapatan Negara Kasar RM 830 billion - paling tinggi sejak negara merdeka
  • Pendapatan perkapita negara kini AS $ 9,700.00 - (RM 30,700) berbanding AS $ 6,700 (RM 20,700) dua tahun lepas
  • Pelaburan swasta RM 94 billion - pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun
  • 313,741 pekerjaan baharu diwujudkan
  • Pelaburan langsung asing RM 32.9 billion - rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun
PENCAPAIAN PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN
  • Jenayah Jalanan turun 39.7 peratus - indeks jenayah turun 11.1 peratus
  • 73,227 rumah luar bandar mendapat air - 27,004 rumah mendapat bekalan elektrik, 14,365 rumah dibina atau dibaiki
  • Subsidi Bil Elektrik - bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilaai RM 20 ke bawah
  • Bantuan Rakyat 1 Malaysia - RM 500 kepada 5.2 juta rakyat Malaysia berpendapatan RM 3000 ke bawah
  • Inisiatif Kembali ke Sekolah - sebanyak RM 100 diberikan kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Bantuan Buku 1 Malaysia - sebanyak RM 200 kepada 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia - menawarkan harga barangan perlu pada harga 30-40 peratus lebih rendah
  • Kenaikan Gaji 7 hingga 13 peratus - bagi 1.4 juta orang kakitangan awam, pengumuman gaji minimum sektor swasta pada akhir bulan ini
(Sumber: Utusan Malaysia 3/4/2012)
P/S: Syabas Datuk Seri Najib, baru genap 3 tahun mentadbir negara banyak perubahan dan transformasi yang dilakukan demi untuk kesenangan dan keselesaan rakyat. Jika pembangkang baru bercakap dan bermimpi mengenai Negara Berkebajikan, Datuk Seri Najib sudah pun melaksanakannya. Sama ada rakyat bersyukur atau tidak dengan segala bentuk kebajikan yang telah pun di laksanakan!!!!

MANA LEBIH PENTING, ISU MURTAD ATAU ISU PENGUNDI HANTU

Views

Sebagai pemimpin Islam perkara apakah yang lebih merungsingkan umat Islam selain daripada gerakan mubaligh Kristian untuk memurtadkan penganut Agama Islam. Tetapi berlainan benar dengan YB Dr. Haji Abdul Rani Osman, ADUN Meru yang juga Exco Agama Islam Negeri Selangor yang menyatakan bahawa PENDEDAHAN MENGENAI UMAT ISLAM YANG MURTAD TIDAK PENTING BERBANDING DENGAN ISU PENGUNDI HANTU. Malah beliau turut melarang ahli Pas untuk tidak mengikuti pendedahan tersebut.
P/S: Begini rupanya sikap pemimpin Pas yang lebih mengutamakan KEDUDUKAN dan KUASA berbanding untuk membela perjuangan umat Islam. Jika isu murtad di pandang remeh 'sudah terang lagi bersuluh' HUDUD itu cuma hanya lakonan untuk meraih undi. Apa makna perjuangan PAS untuk menegakkan agama Islam jika AKIDAH umat Islam sendiri pun tergadai dan tiada yang peduli!!!!