TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 3 April 2012

WAN AZIZAH DAN SHAMSIDAR TIDAK BERCAKAP

Views



Rupanya masalah ini masalah lama yang baru ditimbulkan. Kepada yang rapat sudah pasti dapat menembak apa yang tersirat di hati dua wanita ini. Sudahlah rapat dengan Anwar Ibrahim rupanya berkongsi kasih walaupun tiada ikatan yang sahih.
Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah dan Shamsidar Taharin sudah lama tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Dengar khabarnya lebih 12 tahun. Sekiranya bersua, pasti ada perubahan di riak wajah masing-masing. Sama ada menahan marah, geram atau sakit hati hanya yang empunya diri sahaja yang tahu.
Dan tuduhan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan bukan kecil anak untuk didiamkan. Kerana ini melibatkan maruah diri individu yang dituduh, sementelah lagi si Shamsidar bukanlah ahli politik cuma isteri kepada seorang ahli politik. Dan jika perkara ini tidak dibersihkan dengan seberapa segera sudah pasti mencemarkan nama setiap keturunan salasilah si Shamsidar ini.
P/S: Tetapi yang hairannya kenapa sehingga sekarang dua wanita ini masih lagi diam membisu!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih