TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 6 April 2012

PENCAPAIAN TERBESAR 2011

Views
Pada 2011, usaha meningkatkan infrastruktur asas kawasan luar bandar melalui inisiatif NKRA telah memperkasakan golongan tidak berkeupayaan dan memaksimumkan potensi sebenar keluarga dan masyarakat luar bandar.
Menyentuh kehidupan hampir 1 Juta penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, pembangunan pesat dan berskala besar kawasan luar bandar bagi tahun kedua berturut-turut.
Pada 2011, kira-kira 998,357 penduduk menerima kesan positif melalui penyediaan perumahan, bekalan air, elektrik dan jalan raya.
1013KM jalan raya luar bandar dibina dan dinaik taraf yang memberi manfaat kepada 425,377 penduduk.
73,227 rumah di kawasan luar bandar mendapat bekalan air bersih dengan 366,135 orang menikmati kemudahan tersebut.
27,004 rumah dikawasan luar bandar menerima bekalan elektrik
14365 rumah dibina dan dibaik pulih di kawasan luar bandar dan 71,825 penduduk merasai kesan pembangunan itu dan memberi kesan positif kepada 135,020 penduduk
Sumber: Utusan Malaysia : 5/4/2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih