TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

Views

Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru buat semua warga guru di seluruh Malaysia. Cukup bertuah sekali warga guru yang berada di Malaysia kerana telah menerima pelbagai kenaikan dan imbuhan daripada kerajaan sebagai tanda menghargai pengorbanan dan penat lelah guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna sehingga ada antaranya berjaya menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani seantero dunia. Kepada warga PENDIDIK yang bergelar GURU.. 
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Sedikit fakta yang menarik mengenai tarikh sambutan hari guru di seluruh dunia!!
Albania - 7 Mac
Brazil - 15 Oktober
China - 10 September
Czech Republic - 28 Mac
India - 5 September
Korea Selatan - 15 Mei
Mexica - 27 SeptemberRussia - 5 Oktober
Thailand - 16 Januari
Vietnam - 20 November
USA - hari Selasa pertama bulan Mei

Tema Sambutan Hari Guru di Malaysia
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih