TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 15 Mei 2012

BILA OBAMA SOKONG PERKAHWINAN SEJENIS

Views
Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang pertama telah membuat kenyataan secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis. Kenyataan tersebut bukan sahaja mengejutkan malah merubah secara langsung landskap politik di Amerika Syarikat. Ada yang mengandaikan pengumuman ini dibuat bertujuan untuk kelansungan politik beliau yang dilihat kian samar dan agak menurun menjelang pilihanraya Presiden AS pada November ini. 
Memenangi kerusi Presiden pada tahun 2008, populariti Barrack Obama meningkat kepada paras yang tertinggi iaitu 66 peratus dan pada Mac yang lalu populariti beliau menurun kepada 46 peratus. Kenapa menurun?? Ramai yang mengandaikan di antara faktor-faktor yang menyebabkan populariti beliau menurun adalah disebabkan kegagalan beliau untuk menunaikan janji-janji yang dibuat ketika kempen pilihanraya Presiden AS 2008, yang di antaranya termasuk kegagalan melaksanakan reformasi dalam polisi cukai, polisi tenaga dan juga pembaharuan penjagaan kesihatan yang mendapat sambutan dingin. Malah pendekatan beliau untuk mendekati semula dunia Islam bagi mengubah persepsi 'Islam adalah Pengganas' gagal berikutan caranya yang mengendalikan isu Palestin dengan menyokong Israel.
Mungkin dengan memperjuangkan hak kebebasan PERKAHWINAN SEJENIS akan mengembalikan kembali populariti beliau atau mungkin merupakan strategi memakan diri, pengundi Amerika Syarikat ada jawapannya?
P/S: Jika di Malaysia, nama yang mungkin sinonim dengan Barrack Obama mungkin Anwar Ibrahim. Kenapa beliau?? Persamaan yang ketara boleh dilihat bagaimana Anwar Ibrahim memperjuangkan isu Palestin dengan cara menyokong Israel. Dan sekarang sudah jelas lagi nyata sokongan beliau terhadap LGBT. Dan tidak mustahil sokongan beliau akan terarah kepada Perkahwinan Sejenis jika di beri peluang memerintah sekiranya pengundi tersilap membuat pilihan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih