TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 28 Mac 2012

HARGA MINYAK DUNIA NAIK TETAPI KERAJAAN TETAP BAYARKAN UNTUK RAKYAT

Views

Di negara lain seperti lain seperti China dan Indoensia telah pun menaikkan harga minyak ekoran daripada kenaikan harga minyak dunia yang meningkat kesan daripada sekatan penjualan minyak di Iran.
Malah rakyat di dua negara terbabit telah pun menunjukkan rasa tidak puas hati dengan melakukan rusuhan dan demonstrasi secara besar-besaran di atas kenaikan kos bahan api tersebut.
Bersyukur kita kerana kerajaan masih lagi tidak menaikkan harga minyak petrol walaupun harga minyak dunia meningkat melebihi 100 dollar setong. Malah kerajaan turut membayar sebanyak 93 sen selitar bagi Ron 95 kepada setiap pengguna kenderaan di Malaysia, supaya pengguna berasa selesa dan tidak terbeban dengan pelbagai bentuk kos yang semakin meningkat.
P/S: Sudah melebihi lebih 54 tahun kerajaan memberi dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ramai yang tidak sedar kerana mungkin kebajikan yang diberikan telah membuat rakyat merasa begitu selesa. Atau mungkin disebabkan terlalu selesa rakyat ingin pula menukar corak hidup kepada kesukaran. Tepuk dada tanya selera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih