TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Khamis, 29 Mac 2012

AZIZAN SEMAKIN TEGAS

Views
Kelihatan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah semakin tegas dalam membuat keputusan. Terkini apabila beliau bertegas bahawa Pas Kedah akan tetap menggunakan formula 2008 dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU ke 13) dimana Pas akan meletakkan wakil di 24 kawasan DUN dan 8 kerusi di kawasan Parlimen. Tiada kompromi lagi dengan PKR mahupun DAP walaupun sebelum itu DAP bertegas mahu tambahan kerusi dalam PRU ke 13 dan tidak menolak kemungkinan bertanding tiga penjuru jika hasrat tidak tercapai.
"Apa sahaja perubahan kelak hanya babitkan 12 kerusi antara PKR dan DAP. Pas kekal 24 kawasan DUN," ujar Azizan
"Akar umbi tiada kuasa untuk menentukan siapa layak bertanding atau kerusi itu milik parti mana. Perkara ini diputuskan oleh peringkat negeri. Ianya tidak pernah berlaku, tak kan kita nak serah kerusi milik kita pada pihak lain, semua sudah selesai dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal Pakatan Rakyat (PR)", katanya.
P/S: Nampak gayanya apa yang di katakan pembangkang sebagai UMNO yang sengaja memperbesarkan isu di Kedah, rupanya memberi kesan kepada kepimpinan Datuk Seri Azizan. Sekurang-kurangnya Datuk Seri Azizan lebih berani di dalam membuat keputusan. Jika tidak semua pemimpin Pas seperti lembu yang ditarik hidung oleh DAP dan PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih