TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Khamis, 29 Mac 2012

ANWAR IBRAHIM SUDAH MULA HILANG TANJAK

Views
Jika pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat si Saiful Bukhari sebagai satu bentuk kemenangan bagi insan yang digelar 'anugerah tuhan' kepada Wan Azizah, rupanya panas cuma sampai ke petang. Adakah pembebasan Anwar Ibrahim kini mula menjadi mimpi ngeri apabila rupanya tembelang si Anwar ini sudah mula terbuka kian sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah jika sudah busuk manakan mampu di cuci baunya.
Daripada isu sokongan terhadap Israel yang memaksa Nik Aziz dan Hadi Awang untuk bertindak 'sewel' menyatakan Israel itu baik dan boleh di buat sahabat, kini timbul pula isu saman terhadap Nallakaruppan kerana mengaitkan bahawa BISEKSUAL TIDAK BOLEH MENJADI PERDANA MENTERI kerana Anwar Ibrahim seorang biseksual yang sukakan perempuan mahupun lelaki. Dan lebih terkini hubungan Anwar dengan Isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang di nyatakan oleh Datuk S Nallakaruppan sebagai membuahkan hasil. Hasil yang macam mana belum lagi di dedahkan.
Nampak gayanya jika diberi pilihan agaknya lebih baik Anwar Ibrahim dituduh bersalah oleh mahkamah dan ditahan ketika pertuduhan liwat oleh si Saiful daripada di londeh dan ditelanjangkan satu demi satu oleh sahabat baik beliau sendiri iaitu Datuk S Nallakaruppan.
P/S; Apa jenis suami Azmin Ali ini agaknya, sanggup diberikan isterinya kepada bos sendiri. Hukum Karma, jika mahkamah rakyat boleh terlepas belum tentu lagi mahkamah akhirat. Dan mahkamah dunia sudah mula mengadili sekali lagi. Apakah mungkin baju kebal yang dimiliki Anwar Ibrahim masih lagi mampu menahan daripada tembusan peluru Nallakaruppan, Tunggu..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih