Tambahan nilai 6% kad sim prabayar kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi di Malaysia yang bakal berkuatkuasa pada 15 September 2011 di lihat sebagai tidak munasabah. Sebagai contoh bagi setiap pek RM 10.00 akan dicajkan menjadi RM 10.60 dan sekiranya kad sim tersebut bernilai RM 100.00, pelanggan terpaksa membayar RM 160.00 yang mana nilai tambahan RM 60.00 itu sudah pasti seakan mencekik darah pengguna. Ini tidak termasuk lagi caj panggilan yang dikenakan yang sememangnya agak mahal.
"Selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi daripada lebih 4 juta pekerja asing di negara ini" ( Datuk Dr. Jacob George)
Apa yang pasti tindakan semua pemilik syarikat telekomunikasi ini langsung tidak sejajar dengan misi kerajaan membantu mengurangkan belanjawan pengguna berpendapatan rendah, sudahlah mengaut keuntungan berlipat ganda, kini menekan pengguna dengan caj yang tidak munasabah dan mencekik darah!!
Mesti student mengamuk. Pengundi muda pun mengamuk
BalasPadamAl-Capone: btul tu...isu ini diwujudkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan...
BalasPadam