TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 24 Julai 2013

RINGGIT TURUN BERBANDING DOLLAR AS

Views

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang Asia, kata peniaga.
Pada pukul 5.00 petang hari ini, unit tempatan itu disebut harga pada 3.1880/1910 berbanding dolar AS daripada 3.1770/1800 pada penutupan semalam.
Peniaga itu berkata kekurangan permintaan bagi kebanyakan mata wang negara-negara sedang berkembang di Asia termasuk ringgit adalah ekoran kebimbangan baharu tentang ekonomi China yang semakin lembap.
Kegiatan perkilangan di ekonomi kedua terbesar di dunia itu dianggarkan merosot pada Julai ke paras terendah dalam 11 bulan disebabkan oleh pesanan baharu yang pasang surut dan pasaran kerja yang suram.
Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.5162/5193 daripada 2.5131/5156 pada penutupan semalam, tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.1826/1862 daripada 3.1907/1953 sebelumnya. Ia susut berbanding pound Britain kepada 4.8977/8036 daripada 4.8786/8845 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.2190/2239 daripada 4.1889/1931 sebelumnya. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih