TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 14 Mei 2012

PEMBUBARAN PARLIMEN

Views
Ramai yang berdebar-debar menantikan pembubaran Parlimen yang bakal diumumkan. Ada yang menelaah hari ini, ada pula yang menelaah kemungkinan minggu ini, dan tak kurang juga melontarkan pendapat dengan mengatakan paling lewat dalam bulan ini.
Masing-masing dalam keadaan berdebar-debar menantikan tarikh keramat yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pantang di dengar mengenai BUBAR dan  PARLIMEN pasti terlintas difikiran bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen. Apa yang pasti tarikh keramat tersebut hanya Perdana Menteri sahaja yang mengetahuinya.
Apa pun semoga tilikan Perdana Menteri pada tarikh keramat nanti akan membuahkan hasil. Semoga apa jua tarikh yang dipilih oleh Perdana Menteri nanti akan memberi kejayaan yang besar kepada PRU ke 13 nanti!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih