TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 22 Mei 2012

MUZAKARAH AKHIRNYA MENJADI MUKA BALAH

Views
HADI AWANG
Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno… Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu, katanya Hadi Awang dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama… Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya… Ini agenda Umno,” katanya.
"Isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan “cerita lama” dan “PAS tidak mahu mengulang kembali” perkara itu", katanya lagi.
Dan terkini Pas menjadi semakin bercelaru dalam isu muzakarah dengan UMNO, apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Hj. Hadi Awang saling memberi kenyataan yang bercanggah.
NIK AZIZ
Jika kelmarin Nik Abdul Aziz meletakkan dua syarat yang mesti dipatuhi UMNO, semalam beliau dilihat berdolak dalik apabila menegaskan topik muzakarah bukan berkaitan perpaduan Melayu tetapi kenapa 'UMNO lawan PAS'.
"Saya tidak pernah setuju (pasal perpaduan) tetapi tentang muzakarah, saya tidak melihat sebarang masalah. Saya cadangkan UMNO dan Pas diwakili Presiden masing-masing. Perbincangannya adalah kepada 'Pas lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan Pas" Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dan diantara syarat yang mesti dipatuhi adalah 
1) Perlu menerima rakan pakatan Pas dalam pembangkang
2) Menukar dasar kebangsaan kepada Islam terlebih dahulu
P/S: Inilah sikap orang 'kelate' (bukan semua) yang kerjanya asyik cari BALAH sahaja dengan orang. Inilah yang dinamakan sebagai MUKA BALAH dalam "dialek Kelate" maksudnya "orang yang suka mencari gaduh atau orang yang suka berkofrantasi." Malangnya Muka Balah ini suka berbalah-balahan sesama Islam sahaja, jika dengan bukan Islam bukan main menikus takutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih