TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 18 Mei 2012

KRONOLOGI MUZAKARAH PAS

Views
17 JUN 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam. Nik Abdul Aziz mengulas rayuan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim termasuk beliau duduk semeja

17 JULAI 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sekiranya keadaan begitu menuntut UMNO berbincang dengan PAS soal perpaduan Melayu dan umat Islam, usaha itu perlu dilakukan melalui pihak ketiga

20 JULAI 2008
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS demi penyatuan bangsa dan agama. Menurutnya, beliau tidak mahu perbezaan politik menjadi penghalang kepada perbincangan berkenaan.

21 JULAI 2008
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu. Bagaimanapun pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi itu tidak disertai Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

21 JULAI 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO bagi membincangkan isu perpaduan Melayu dan Umat Islam.
"Pendirian saya macam saya sebutlah, TIDAK ADA BERUNDING-BERUNDING DENGAN UMNO. Kalau hendak berunding juga, jumpa dengan orang lainlah, saya tidak," Nik Abdul Aziz Nik Mat

14 MEI 2012
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti tersebut bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk UMNO.

17 MEI 2012
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan UMNO bersedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

P/S: Siapakah yang sering mengajukan persoalan mengenai muzakarah dan akhirnya siapakah juga yang sering menolak muzakarah tersebut!!!? Jangan hanya nampak di mata 'telunjuk lurus, kelinking berkait'!??

Sumber : Sinar Harian 18/5/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih