TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 11 Mei 2012

KARPAL BIDAS HADI

Views
Jika semalam Hadi Awang berdolak dalik mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud
jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah kerajaan.
Hari ini Karpal Singh pula menyelar Hadi Awang kerana dikatakan sebagai tidak berhak untuk bercakap bagi pihak Pakatan Pembangkang dan menyifatkan Hadi Awang sebagai seorang yang berdolak dalik dengan membuat kenyataan yang bersifat retorik tanpa sebarang justifikasi.
Berikut Berita Penuh mengenai Kenyataan Karpal Singh:
Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.
Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu. - Karpal Singh, Pengerusi DAP
“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.
“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.
Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.
Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.
Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.
“Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi,” katanya.
Sumber : Berita Harian 11/5/2012

P/S: Inilah akibatnya apabila menjalin hubungan dengan si kafir harbi, siapa menjadi tuan kepada siapa??? Fikirkanlah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih