TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 25 April 2012

WAJIB KE PERHIMPUNAN BESHIT 3.0

Views

Nampak gayanya kehadiran umum ke BESHIT 3.0 sudah pun jatuh tahap WAJIB. Terkini Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas telah pun membuat seruan dengan mengatakan "kehadiran ke Bersih 3.0 adalah WAJIB dan menyeru rakyat yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Tegasnya lagi "mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib di tentang" katanya pada Harakah Daily!!!
Ujarnya lagi "sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah HARAM di sisi Islam. Perkara ini bukan main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat" Harakah Daily
P/S: Nampak gaya banyak kali Nik Aziz Nik Mat mempergunakan hukum Allah untuk menghalalkan segala perbuatan sehingga boleh menjatuh hukumkan WAJIB pada golongan yang tidak keluar ke perhimpunan yang bercampur lelaki dan perempuan untuk duduk dan bantah malah berbantah bantahan terhadap 'Ulul Amr' yang yang selama ini menjadikan Islam sebagai Agama yang Rasmi. Malah turut mengeluarkan hukum HARAM pada kemenangan kerajaan yang disifatkan dibantu oleh PENGUNDI HANTU!! Mungkinkah Nik Aziz ini sudah jauh tergelincir dan termasuk dalam golongan orang bodoh yang diangkat menjadi pemimpin seperti hadith di bawah ini:-
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: "Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda: "Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih