TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 30 April 2012

PENJAJAHAN NEOKOLONIALISME

Views
 Demonstrasi agenda kuasa asing menggunakan rakyat untuk meruntuhkan kerajaan sendiri.
Demonstrasi haram dan keganasan yang dilakukan semalam oleh juak-juak berotak kuning bukan sahaja mewujudkan ketakutan kepada rakyat malah membuktikan bahawa ADA RAKYAT YANG MEMBUKA PINTU KEPADA KUASA ASING UNTUK MENENTUKAN ACUAN POLITIK NEGARA INI. Pintu yang dibuka adalah berupa penyaluran dana daripada negara asing yang berselindung di sebalik NGO bagi menjayakan rencana penukaran kepimpinan negara.
Modus operandi ini telahpun dilaksanakan di Dunia Arab dan berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Istilah seperti "MUSIM BUNGA DI ARAB" hanyalah bahasa yang tersurat yang cuba memberi pengertian mengenai keindahan, kemenangan dan kesejahteraan sedangkan tersiratnya amat mengerikan kerana kesudahannya akan membawa kepada tragedi pembunuhan dan keruntuhan kerajaan di tangan rakyat sendiri yang akhirnya pemimpin yang dipilih sekadar boneka dan boleh di'remote control' oleh tangan-tangan ghaib.
Penjajahan Neokolonialisme adalah satu bentuk manipulasi politik kuasa asing yang tujuannya adalah jauh lebih besar iaitu untuk menguasai dan menakluki melalui kewujudan pemimpin boneka.
Di Arab agenda kuasa asing bermula dengan kebangkitan rakyat Tunisia pada Oktober 2010. Kuasa asing yang pada mulanya berselindung di sebalik perjuangan demokrasi akhirnya bukan sahaja meruntuhkan kerajaan tetapi juga mengorbankan 233 nyawa. Demonstrasi haram yang berakhir dengan rusuhan ganas di Tunisia memang berjaya. Ia berjaya meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat bila akhirnya pilihan rakyat di korbankan dalam rusuhan di jalan raya.
Selepas Tunisia, Mesir pula menjadi mangsa. Hosni Mubarak digulingkan melalui kuasa rakyat atas alasan beliau seorang pemimpin yang autokratik. Dan demonstrasi di Mesir telah mengorbankan 846 nyawa.
Di Yemen pula lebih 2,000 nyawa terkorban dan di Syria pula lebih 13,000 nyawa terkorban. Manakala di Libya pula angka korban yang diwartakan lebih 35,000 nyawa. Persoalannya selepas tumbangnya Muammar Gaddafi adakah demokrasi baru yang wujud hasil daripada demonstrasi berjaya mewujudkan negara berdemokrasi yang sebenar seperti yang diperjuangkan dalam demonstrasi. Kenyataannya Libya masih terus bercakaran sesama sendiri dan membuka peluang kepada AS untuk mencatur politik baru di Libya.
Yang pasti  KERUNTUHAN POLITIK DI  NEGARA ARAB melalui demonstrasi jalanan membuktikan KEGAGALAN POLITIK BARU YANG DIZAHIRKAN MELALUI KEBANGKITAN RAKYAT MENERUSI PENCARIAN DEMOKRASI  JALANAN.
Demonstrasi semalam adalah tempiasan politik di negara Arab yang punya format yang sama dan kaedah yang serupa iaitu dengan menyediakan petugas-petugas media untuk membuat liputan dan menjadikan rakyat sebagai alat untuk menjayakan rancangan.
Bezanya kerajaan yang ada bukannya bersifat kuku besi. Kalau sistem ini tidak demokratik, apakah makna kemenangan luar biasa pembangkang pada PRU ke 12. Bukankah agenda utama pembangkang mahu merampas kuasa di luar sistem pilihanraya? Bukankah itu yang dimahukan oleh kuasa asing untuk menentukan siapa pemimpin boneka mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih