TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 27 April 2012

MISI AMBIGA BERJAYA

Views

Pelancaran Bersih 3.0 di dua Tanah Suci iaitu Mekah dan Madinah. Sedar atau tidak orang Islam sendiri menghina Islam. Apakah kewajarannya jika difikir dengan akal yang waras keperluan melancarkan Bersih 3.0 di dua Tanah Suci yang dijamin oleh Allah tidak akan dimasuki oleh Dajjal pada akhir zaman. Mungkinkah mereka cuba menunjukkan bahawa mereka berjaya mempergunakan orang Islam yang ditipu oleh perasaan riak dan takjub diri sehingga berasa diri mereka umpama Pewaris Nabi. Inilah akibatnya apabila orang Islam menjadikan AL-KAFIRUN sebagai teman rapat dan penasihat dalam pelbagai urusan sehingga tanah suci Islam pun dicemari. Tanah suci yang sepatutnya menjadi tempat kepada orang Islam menunaikan Rukun Islam ke Lima di jadikan sebagai tempat untuk melancarkan Rukun ke 3 BERSIH. Nampak gayanya Misi Puteri Balqis Ambiga sudah berjaya menghina dan memperbodohkan umat Islam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih