TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 24 Oktober 2011

BELIA HADAPI KRISIS IDENTITI; SALAH SIAPA

Views
PUTRAJAYA 23 Okt. - Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku. Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan," katanya.
P/S: Dunia tanpa sempadan, kemajuan dan kecanggihan teknologi, gaya hidup berprestij, taksub pada trend terkini, penjajahan minda dan budaya, kurang jatidiri, kemajuan ekonomi atau kestabilan politik, penyebaran fahaman ideologi oleh parti-parti politik mungkin tanpa sedar menjadi punca mengapa belia di Malaysia mengidap penyakit krisis identiti.
Mungkin kesenangan, kemakmuran serta kenikmatan yang di kecapi sekian lama menjadi punca penyebab belia kita alpa dan terjerumus dalam kancah krisis identiti, pengenalan diri dan juga jati diri. Ibarat seperti pemimpin yang leka dengan kuasa akhirnya lenyap dibinasa oleh kuasanya sendiri. Semoga belia kita dapat sedar dari mimpi nan indah kerana kenikmatan yang dirasai hanya pinjaman dan mungkin akan hilang bila bila-bila masa sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih