TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 9 Julai 2012

TALAM CORPORATION BERHAD a.k.a TRINITY

Views
DIPETIK DARI BLOG : http://mymassa.blogspot.com/2011/12/pembangkang-masih-main-isu-nfc.html
Tepat dua tahun lalu, November 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengejutkan ramai pihak melalui tindakan beliau untuk membeli hutang Talam Corporation Berhad sebanyak RM391 juta. Peruntukkan untuk tujuan tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Perbadanan Menteri Besar. Dalam erti kata lain, wang rakyat dikeluarkan untuk membeli hutang berisiko tinggi dari agensi-agensi serta perbadanan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Yayasan Pendidikan Selangor. Talam Corporation Berhad pada waktu itu adalah syarikat PN17 dalam klasifikasi Bursa Malaysia, dalam erti kata lain, syarikat ini mempunyai posisi kewangan yang kurang elok sejak September 1, 2006. Pada waktu itu,, syarikat ini sudah pun gagal melunaskan hutang-hutang sedia ada. Di dalam satu petikkan akhbar, Menteri Besar menyatakan hutang Talam Corporation Berhad kepada kerajaan negeri mencecah RM500 juta, tetapi bersetuju mengutip bayaran sebanyak RM391 juta sahaja. Kenapa diskaun 21% diberikan kepada Talam? RM109 juta rugi begitu sahaja atas nama "kompromi". Artikel tersebut boleh di baca di sini. Pada peringkat ini sahaja, kerajaan Selangor telah pun rugi sebanyak RM109 juta dan merisikokan sebanyak RM391 juta lagi. Di dalam artikel yang sama, Menteri Besar menjanjikan hal tersebut akan di selesaikan dalam tempoh 3 bulan atau syarikat itu akan diambil tindakan undang-undang dalam seperti rampasan tanah dan pembubaran untuk menyelesaikan hutangnya. Menurut beliau lagi, hutang tersebut berusia 10 tahun. Mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan undang-undang terus tanpa merisikokan wang sejumlah RM391 juta. Sepatutnya wang itu digunakan untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk menyelamatkan kedudukan kewangan agensi negeri. Kenapa pihak pengurusan yang lalai dan cuai dalam hal ini tidak dihukum? Bukankah itu selalu dituntut Pakatan jika perkara sama dilakukan oleh BN Sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya boleh dibubarkan oleh pemberi hutang dengan memohon perintah "winding up" dari mahkamah. Aset syarikat tersebut akan dilelong dan di jual untuk melunaskan hutang-hutang dan baki aset tersebut akan dipulangkan kepada pemegang saham syarikat tersebut. Menurut Akta Syarikat 1965, seksyen 218(2) sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya sebanyak RM500 atau lebih akan dianggap tidak mampu menyelesaikan hutang dan boleh dibubarkan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Sebagai bekas pengurus korporat, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya ambil jalan selamat untuk mendapatkan semula hutang tersebut. Setelah dua tahun berlalu, Kerajaan Negeri mengisytiharkan pembayaran hutang tersebut selesai, walaupun pada mulanya ia dikatakan "diberikan tempoh 3 bulan untuk diselesaikan". Kenapa tiada penalti dikenakan untuk bayaran lewat serta mengapa ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan yang dijanjikan beliau? Jika Kerajaan Selangor boleh lupuskan RM109 juta hutang sebuah syarikat berteraskan untung, mengapa kerajaan yang sama tidak boleh lupuskan hutang sebanyak juta dari sebuah organisasi kebajikan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor?
Seperti mana Pakatan Rakyat mempertikai tindakan National Feedlot Corporation dalam pelaburan mereka yang tidak berkaitan dengan portfolio perniagaan, soalan saya, bank manakah yang sanggup memberi pembiayaan semula kepada syarikat dengan kedudukan kewangan yang buruk sepertimana diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? 

Laporan kewangan syarikat pada 31 Januari 2009 menunjukkan dengan ekuiti pemilik sebanyak RM394.5 juta, syarikat ini mempunyai hutang dan liabiliti sebanyak RM3.04 billion. Dalam erti kata lain, setiap RM1 dilaburkan dalam syarikat ini, kita terikat dengan hutang sebanyak RM7.70. Laporan kewangan dilampirkan dibawah.
Nampaknya, melaburkan RM10 juta dalam hartanah lebih teruk dari hilang RM109 juta dan mengambil pelaburan berisiko tinggi sebanyak RM391 juta. Jika Pakatan Rakyat mampu memperoleh keuntungan dari keputusan perniagaan berisiko, berilah peluang kepada National Feedlot Corporation untuk membuktikan kewajaran tindakannya dalam membuat keputusan pelaburan.
P/S: Lihatlah betapa bijaknya Tan Sri Khalid Ibrahim mengemudi ekonomi Negeri Selangor!!!! Dan kini nama Talam Corporation sudah ditukar kepada Trinity Corp. Sdn. Bhd. Yang menimbulkan kemusykilan kenapa masih lagi digunakan nama Talam Corporation Sdn. sedangkan sepatutnya semua pihak perlu menggunakan nama barunya iaitu TRINITY Corporation Sdn. Bhd???! Atau adakah Khalid Ibrahim ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum???

Sabtu, 23 Jun 2012

BN PILIHAN ORANG MUDA

Views

Semboyan sudah berbunyi roh semangat sudah pun ditiup oleh sang pendekar dan sang srikandi dan semangat ini disahut dan diserap oleh ribuan pahlawan dan pahlawanis bumi Indera Kayangan di Dataran Dato Sheikh Ahmad petang tadi bahawa gelombang biru dan merah jambu dari saluran muda akan mencipta tsunami di Negeri Perlis pada PRU ke 13 nanti. Ikrar..iltizam dan semangat sudah mula dipahat dan ditanam erat bahawa UNDI ORANG MUDA PERLIS HANYA UNTUK BN!!!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 18 Jun 2012

FIQH MENTAATI PEMIMPIN-JANGAN TAKSUB

Views


Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama pembentang kertas kerja
selepas merasmikan majlis penutup seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin
di Kuala Lumpur, semalam.

Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya. 
Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.
Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool dari Jordan.
 “Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.
 “Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti ‘ada udang di sebalik batu’.
“Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan sebagainya,” katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan. 
Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja ‘Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam’ sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.
“Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.
“Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah) memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti politik.
Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah
“Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah) minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi bersabda: “Abu Dzar seorang lelaki yang lemah”.
“Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah amanah,” kata Syeikh Alzoghool.
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Syeikh Alzoghool berkata generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti politik.
Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.

Oleh Syed Azwan Syed Ali dan Sophia Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2012/06/18



Selasa, 12 Jun 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Views


Seramai hampir 50 orang termasuk Adun Chuping Y.B Mansur Jusoh serta JKKK dan wakil dari Chuping, Santan,Beseri bersama Ketua Pergerakan Puteri Umno dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Padang Besar dan barisan ahli jawatankuasa telah hadir ke balai polis di Balai Baru, Beseri petang tadi untuk membuat laporan polis sebagai tanda sokongan supaya siasatan mengenai kes RM 3 billion milik DSAI ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan satu ketika dahulu disiasat kembali oleh SPRM dan juga LHDN.

P/S: Jika mahu dibilang tidak mampu rasanya menghitung jumlah RM 3 billion kepunyaan Anwar Ibrahim ini, jangankan kata billion, juta pun rakyat kategori marhaen sudah tidak mampu mencongak. Memang wajarlah pihak berwajib membuka semula kes siasatan, perolehan yang melebihi pendapatan si Anwar Qarun ini, jika tidak masakan si Qarun ini mampu membiayai dan membeli parti-parti lawan untuk sebumbung dengan beliau dalam satu pakatan jika tidak ada billion-billion dalam simpanan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 9 Jun 2012

RIAK MEROSAKKAN AMAL

Views


Bukan nak kata tapi kadang kala ada perbuatan mengundang kepada kata nista dan fitnah orang. Seperti gambar di atas apa tujuan solat yang dibuat di tempat terbuka malah mengundang kepada pemerhatian semua orang dengan adanya kamera berklik-klik mengambil gambar, adakah solat dibuat untuk tolak hujan..?! atau solat yang dibuat untuk tolak bala..?! atau solat yang dibuat untuk menunjukkan diri sebagai seorang ulama yang warak yang sanggup bersolat walaupun dimana sahaja waima di dalam hutan sekalipun?!! Tetapi persoalannya kenapa perlu kehadiran orang ramai yang sekadar memerhati sedangkan solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian dan solat yang bersendirian itu lebih baik dibuat secara sendiri daripada diperhatikan atau dirakamkan!!!

P/S: Dari Mahmud bin Lubaid dia berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w sambil berkata "wahai sekalian manusia, jauhilah olehmu perbuatan syirik tersembunyi" Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah syirik yang tersembunyi itu?! Beliau menjawab "Iaitu seseorang berdiri menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solat dengan bersungguh-sungguh kerana manusia melihatnya. Itulah syirik yang tersembunyi". (Sahih Targhib wa Tarhib 1/17)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 8 Jun 2012

MASA TUNAI JANJI

Views

Jika kerajaan Barisan Nasional sudah pun menunaikan janji-janji yang diberikan, kini tiba pula masa pembangkang untuk menunaikan janji yang mereka canangkan. Bukan apa sedang masih memerintah negeri inilah masa untuk pembangkang menunaikan janji yang mereka taburkan. 
Dan tindakan Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) kepada pelajar Universiti Selangor (UniSel) dan terbaru Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) adalah satu tindakan yang tepat untuk memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membuktikan janji-janji yang dibuat bukan omongan kosong.
P/S: Janji perlu ditepati jika tidak Munafik namanya!!!

Khamis, 7 Jun 2012

TRANSIT PLANET ZUHRAH

Views
Zuhrah melintasi matahari semalam. Ia bermula jam 6.09 pagi dan berakhir jam 12.49 tengahari
Semalam Planet Zuhrah melintas matahari bagaikan bayang-bayang kecil. Peristiwa yang jarang berlaku ini tidak akan berlaku sehingga 2117
FAKTA
Hanya berlaku empat kali setiap 243 tahun, tetapi jarak di antara transit tidak sekata
1874  Dis 9
1882  Dis 6
2004  Jun 8
2012  Jun 6
2117  Dis 11
2125  Dis 8
JAJARAN
Bumi dan Zuhrah berada pada kedudukan lurus setiap 16 tahun, tetapi transit Zuhrah hanya berlaku apabila kedua-duanya bertemu pada satah orbit
TRANSIT ZUHRAH
Berlaku apabila Bumi dan Zuhrah melintasi satah orbit yang sama apabila planet ini berada pada jajaran sama dengan matahari
BUMI
Berputar mengelilingi matahari sekali setiap 365.3 hari
TRANSIT TIDAK SEKATA
Transit Zuhrah yang seterusnya tidak akan berlaku sehingga 105 tahun akan datang iaitu 11 Disember 2117