Sekarang mari kita lihat prestasi
politik Anwar dalam beberapa pilihan raya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati
undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kita dapat melihat dengan jelas
sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada BN. Semasa
bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding
sebagai calon BN menentang calon Pas, Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti
yang agak besar sebanyak 16,150.
Dan majoriti Anwar semakin meningkat
dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP, Abdul Rahman Manap
dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.
Anwar tidak bertanding dalam PRU-10
(1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas
kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM
mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang
juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila Anwar layak bertanding, maka
kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam
PRU-12 dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding di bawah
lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) di bawah lambang PKR. Anwar memenangi PRK itu pada Ogos 2008
menentang calon BN iaitu Dato' Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada
15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN
dalam PRU-9.
Dalam PRU-13, Anwar sekali lagi sebagai
Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang
Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan
majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan 3,950 berbanding PRK
2008. Dan berkurangan 11,794 undi berbanding dengan PRU-9 semasa bertanding
sebagai calon BN.
Apa makna semua ini? Maknanya undi
popular Anwar sendiri di kerusi tradisionalnya makin merosot. Malah saya berani
katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar
berbanding bertanding sebagai calon PKR. Jadi kalau undi popular dia sendiri
pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun
politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak sah pembangkang menang undi
popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!
UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya kalau kita melihat prestasi
Datuk Seri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau.
Daripada hampir tewas dalam PRU-10 dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241
undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan
Najib meningkat dengan mendadak.
Mengikut carta di atas, undi popular
untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11
(2004).
Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti
Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding
PRU-12 (2008)! Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding
Anwar yang semakin merudum!
SISTEM PILIHAN RAYA YANG SAMA
Apa yang lebih menghairankan ialah
kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem
pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. Sistem pilihan
raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang
kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi
Timbalan Perdana Menteri.
Sistem pilihan raya yang sama yang
menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua
dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!
Mengapa selama 16 tahun tidak pernah
dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya
Malaysia, mahupun SPR?
Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar
menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan
sistem pilihan raya Malaysia?
ANWAR DITOLAK PAS
Populariti Anwar bukan sahaja makin
merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia,
malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan. Ini adalah jelas
apabila Majlis Syura' Pas menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi
pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari. Malah Muktamar Agung
Pas 2012 jelas kedengaran suara akar umbi Pas yang menolak Anwar sebagai
pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!
RUMUSAN
Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya
pembangkang yang memenangi PRU-13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu
menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan
dan putar-belit fakta yang jelas.
Pertama, sistem pilihan raya Malaysia
menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat
majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak
diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.
Dalam konteks ini, jelas BN dengan
perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan
layak membentuk Kerajaan Malaysia.
Kedua, Malaysia, seperti juga negara
maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira
kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita
mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak
membentuk Kerajaan Malaysia.
Ketiga, jika dikira undi popular,
sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama
yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan
menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-Pas adalah tidak munasabah
memandangkan mereka bertanding menggunakan simbol masing-masing, malah ada yang
berlawan sesama mereka di beberapa kerusi!
Keempat, undi popular Datuk Seri Najib
makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi
semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada
BN.
Kelima, sistem pilihan raya yang
samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor
dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar
menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi
kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama
makin jauh!
Keenam, parti tunggak dan komponen
terbesar pembangkang Pas sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri.
Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan
komponen pun Anwar makin dipinggirkan.
Apa yang berbahaya ialah dalam
keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat
dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma
yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak
bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan
kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan
jijik ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan
rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN. Saya hanya boleh merumuskan
satu perkara daripada semua ini: Anwar memang seorang pembohong bersiri yang
tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!
Pembohong - Anwar berjanji akan
berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam
PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke
politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!
Putar belit - Anwar memutar-belit fakta
dengan menggunakan isu 'undi popular' sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya
dia dan pembangkang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia
mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen
yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang
diperolehi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih