SHAH ALAM – Setiap kali selepas
PRU diadakan, baik di Malaysia atau di seluruh dunia, sudah pasti kumpulan
kalah akan mendakwa penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai punca
kemenangan pihak lawan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad berkata, dengan dakwaan seperti ini, pihak yang kalah akan
meminta diadakan pilihan raya baru atau kiraan semula undi.
Menurutnya, jika permintaan ini
tidak dipenuhi, kumpulan ini akan mengadakan demonstrasi jalanan secara
berterusan, malah mereka sanggup menggunakan kekerasan dan mengganggu ekonomi
negara.
“Demonstrasi jalanan boleh menumbangkan kerajaan. Kita tahu ia boleh dilakukan seperti yang berlaku pada ‘Arab Spring’. Kita juga tahu menyusun kerajaan baru juga satu tugas yang sukar,” katanya.
Kata Dr Mahathir lagi, jika demonstrasi yang dilakukan cukup besar, kumpulan ini tahu bahawa pihak polis tidak akan bertindak terhadap mereka.

“Jika polis bertindak juga, para
demonstran akan bertindak balas dan menjadi lebih ganas. Jika polis membalas
balik dengan keganasan, kuasa asing yang menyokong mereka akan menuduh ia satu
keganasan polis.
“Dalam keadaan tertentu polis
akan berundur atau diarahkan berundur. Ada pihak akan mengambil peluang dari
keadaan ini untuk melakukan jenayah kecil dan membuatkan orang ramai berasa
tidak selamat,” katanya.
Tambah Dr Mahathir lagi, jika
pilihan raya diadakan semula dan pihak yang kalah tadi menjadi pemenang, maka
pihak lawan akan menggunakan alasan sama seperti penipuan dan penyelewengan
sebagai punca kemenangan mereka.
“Mereka akan mengadakan
demonstrasi jalanan dan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan, ia
akan berulang-ulang.
“Keputusannya adalah
ketidakstabilan kepada negara, tiada pembangunan dan kemiskinan akan bertambah.
Negara mungkin akan meminjam wang dan akhirnya negara hilang kemerdekaan,”
katanya.
Dengan nada sinis Dr Mahathir berkata, lebih baik sebuah kerajaan dipilih melalui demonstrasi jalanan kerana ia mungkin kurang unsur-unsur penipuan.
Dengan nada sinis Dr Mahathir berkata, lebih baik sebuah kerajaan dipilih melalui demonstrasi jalanan kerana ia mungkin kurang unsur-unsur penipuan.
“Sudah pasti ia adalah nilai yang
kecil untuk membayar hak menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan yang
demokratik,” katanya.
Sinar Harian 23/5/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih