TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Ahad, 18 September 2011

SOKONG BN BUKAN CALON & JANGAN SYOK SENDIRI - PM

Views
Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan setiap ahli parti mesti memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bukannya calon yang bertanding dan semua anggota BN perlu menyerahkan secara mutlak kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang layak bagi memastikan kemenangan BN kelak. Ujian yang paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat yang sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi untuk menang dalam pilihanraya. Pilihanraya semakin hampir maka semua ahli BN perlu memperkuatkan yang lemah, memperketatkan yang longgar, merapatkan barisan serta memperbaiki yang bermasalah.
"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati dan merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan. Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya".
Datuk Seri Najib juga mengingatkan pemimpin Barisan Nasional tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat kepada bacaan politik di sesuatu kawasan. Apa yang perlu dipastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya umum akan datang.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 orang dalam sesuatu kawasan. Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua dah buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu. Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin.... itu menipu diri sendiri. Kalau kita kumpulkan itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita ia memang berbaloi buat perhimpunan.."
Datuk Seri Najib juga mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing. Beliau mahu agar semua pemimpin BN meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat secara berterusan dan tidak hanya menunggu ketika pilihanraya sahaja. Beliau juga tidak mahu pemimpin  hanya memikirkan kedudukan di dalam parti sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat.
"Jangan dalam kepala kita, kita masih dalam mentaliti zaman kita masih kuat" Ucap Datuk Seri Najib ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.
P/S:  Apabila PM sudah mula bersuara..?!!! Kalau teraju sahaja menyuruh berubah tetapi pemimpin kawasan masih lagi bertelegah...yang gundah gulana rakyat jelata...yang bakal punah Barisan Nasional.....bukan zaman untuk merajuk atau menunjuk 'aku betul hang salah....tak calon aku hampa kalah.."..tapi zaman untuk bekerja demi parti bukan untuk diri sendiri....tepuk dada tanya selera...!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih