TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Sabtu, 17 September 2011

PEMANSUHAN I.S.A : KENAPA PERLU SANGSI

Views
Pemansuhan ISA bermotifkan politik, Pakatan Rakyat mengambil pendekatan tunggu dan lihat pengumuman baru. Itulah antara pendapat umum daripada Pakatan Rakyat mengenai pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Pemansuhan I.S.A. Manakala rata-rata pihak menyambut baik mengenai perkara tersebut. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat ia sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.
Apa yang pasti Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf daripada Perdana Menteri kerana membuat tafsiran silap berkaitan kemampuan beliau sebagai pemerintah dan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri  itu. 
"Hari ini (semalam) saya minta maaf kepada Perdana Menteri dan saya menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) serta mengucap syabas dan bangga kerana beliau dapat mengubah undang-undang yang begitu lama digunakan secara zalim akhirnya dimansuhkan." (Zaid Ibrahim)
Namun begitu menurut penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohamad Md Yusof berkata, "undang-undang yang baru tersebut perlu lebih ketat daripada ISA bagi menjamin kedaulatan dan keharmonian negara. Ini kerana unsur subversif dan keganasan akan berterusan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat negara ini dan pemansuhan yang dilaksanakan kerajaan bukan bermakna kebebasan secara total boleh dilaksanakan sesiapa jua kerana masih ada undang-undang lain yang boleh dikenakan kepada meraka yang mengancam negara"
P/S: Apa yang pasti, pemansuhan ISA ini merupakan tanda 'kerajaan prihatin' terhadap kehendak rakyat dan mempamerkan keterbukaan kerajaan dalam melaksanakan tindakan proaktif terhadap segala isu dan tohmahan yang dilemparkan serta berpandangan jauh memenuhi aspirasi rakyat dan kesejahteraan negara. Marilah kita bersama-sama menghayati dan mendokong aspirasi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih