SHAH
ALAM - Jika tiada kepimpinan diktator seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad, negara pasti berlaku kacau-bilau kerana semua pihak meminta
hak dan mengutamakan kepentingan sendiri.
Pakar
Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata,
reaksi sesetengah pihak yang melabel dan mendakwa Dr Mahathir sebagai diktator
adalah sesuatu yang berat.
"Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh
disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator
terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang
kepada prinsip.
"Kepimpinan sebegini diperlukan negara
seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin
seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa
terencat," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Dr Mahathir meminta
pengunjung-pengunjung blognya di http://chedet.cc memberikan pandangan apa yang
telah beliau lakukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sehingga ada
pihak melabelnya sebagai diktator.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kajian
Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri
Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh
diktator.
Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan
adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan
kepimpinan diktator.
Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai
diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah
beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan
percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir,
sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa
pemerintahannya," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih