Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama pembentang kertas kerja
selepas merasmikan majlis penutup seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin
di Kuala Lumpur, semalam.
Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya
golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa
dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.
Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim
Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya
menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya
penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto
Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.
Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali
Ibrahim Alzoghool dari Jordan.
“Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.
“Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti ‘ada udang di sebalik batu’.
“Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.
“Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti ‘ada udang di sebalik batu’.
“Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu
perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan
sebagainya,” katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt,
Jordan.
Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja ‘Melahirkan Barisan
Pelapis Kepimpinan Muda Islam’ sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati
Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini, semalam.
Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih
parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.
“Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.
“Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah)
memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditanya
mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti
politik.
Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang
bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah
“Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah)
minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi
bersabda: “Abu Dzar seorang lelaki yang lemah”.
“Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan
pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah
amanah,” kata Syeikh Alzoghool.
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Syeikh Alzoghool berkata
generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti
politik.
Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik
semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih