Gambar: Sekadar Gambar Hiasan
Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang
mengunakan karikatur dalam poster mereka untuk mengambarkan pemimpin-pemimpin
politik semasa pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi
SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, amalan tersebut adalah tidak sesuai dan
hanya mencetuskan situasi tegang sepanjang tempoh pilihan raya.
Beliau menambah,
pasukan penguatkuasa SPR akan menurunkan mana-mana poster yang menggambarkan para
pemimpin.
“Kami tidak mahu
amalan seumpama ini berterusan dalam pilihan raya umum ke-13,” kata Wan Ahmad.
P/S: Baguslah jika tidak pasti akan ada bermacam-macam bentuk karikatur yang muncul menjelang PRU ke 13 yang pasti menyentuh sensitiviti bakal-bakal calon.
Sumber : Utusan Malaysia 31/5/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih