TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Selasa, 29 Mei 2012

EKONOMI GLOBAL, RISIKO PRU KE 13 LAMBAT

Views
Masih ramai yang berteka teki mengenai tarikh Pilihanraya. Selagi masih belum diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia selagi itu semua pihak membuat pelbagai telahan dan tilikan. Antara tarikh yang dilihat sesuai untuk Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dibahagi kepada tiga fasa. Iaitu Fasa Pertama sebelum Ramadhan (akhir Jun / awal Julai ) Fasa Kedua selepas sambutan Hari Raya (September / November) dan Fasa Ketiga sesudah Tahun Baru Cina 2013.
Tetapi perlu diingat, situasi ekonomi global yang dijangka tidak menentu bakal menyulitkan  pilihan sekiranya dibuat agak lewat. 
Kemelesetan di Greece, kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan sedikit sebanyak pasti akan memberi tempias kepada sosio ekonomi politik negara kita Malaysia.
Malah kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihanraya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang parti pemerintah sangat kuat.
Menentukan tarikh pilihanraya itu sendiri merupakan suatu perkara yang perlu kebijaksanaan, ketepatan dan nasib yang baik. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutama yang melibatkan kesiap sediaan  jentera parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.
Kita tidak boleh mengenepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya hari ini kita terlalu fokus kepada persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.
Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal hadapan sedangkan pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan.
Berdasarkan pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.
Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000 dan ini menyulitkan kadar pengangguran yang masih ditahap tinggi iaitu 8.2 peratus.
Manakala pertumbuhan satu lagi gergasi India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.
Eropah pula sedang mengalami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung tahun 1990an.
Dari dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dan dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menanggani krisis ekonomi yang sedang melanda.
Sememangnya, perkembangan ini bakal memberi impak kepada ekonomi Malaysia kerana semua negara di atas adalah pengeksport utama barangan Malaysia. Sebarang kegawatan ekonomi global bakal memberi kesan kepada ekonomi negara kita.
Situasi politik domestik Malaysia sudah berada dalam kedudukan yang terbaik tetapi masalah yang sedang menanti kerajaan adalah bagaimana untuk berdepan dengan ekonomi global yang buruk.
Kita memerlukan pilihanraya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan ekonomi krisis dunia dengan bijak dan tepat.
Jesteru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihanraya bukanlah langkah yang bernas kerana ia akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!!.

Sumber: Sinar harian 29/5/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua Komen Amat Dihargai. Terima Kasih