TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 30 November 2011

PAS TIDAK MUNGKIN GANTI UMNO TETAPI DAP MUNGKIN GANTI PAS

Views
Antara teks ucapan yang disampaikan oleh Y.A.b Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO Malaysia) mengenai tipu daya muslihat pemimpin parti DAP yang menjadikan Pas sebagai kuda tunganggan bagi menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.
"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam"
"DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat Al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan"
"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas"
"Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa"
"Janganlah jadi pembelot seperti si Kitol..."
"Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu..."
"Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai.."
"Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah.."
P/S : Malangnya Melayu Islam Pas leka dibuai mimpi untuk mengejar tampuk pemerintahan sanggup di perkudakan oleh pemimpin parti cauvinis yang mereka tidak pula beri gelaran KAFIR malah diangkat martabat sehebat PEMIMPIN AGUNG ISLAM..betullah kata Tun Mahathir 'Melayu Mudah Lupa'..
Tertarik dengan kata-kata hikmat Timbalan Presiden Parti dalam memperkuatkan dan mengukuhkan kekuatan parti kita perlu melaksanakan keempat ciri-ciri tersebut:-
'WAHDATUL QALB'
'WAHDATUL FIKR'
'WAHDATUL AMAL'
'WAHDATUL HADF'

Selasa, 29 November 2011

MEMAHAMI KONSEP WASATIYYAH

Views
Pembangkang mengatakan bahawa konsep wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini merupakan salah satu kempen terbaru oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membina imej beliau sebagai Pemimpin Moderat yang Liberal dalam mengukuhkan kedudukan dan mendapat kepercayaan Barat. Ada yang berandaian bahawa konsep itu adalah salah satu idea baru daripada kempen 1 Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.
Sedangkan konsep wasatiyyah ini bermaksud kesederhanaan atau seimbang. Seimbang dan sederhana dalam setiap tindakan, tuntutan dan perlakuan bertepatan dengan semangat gagasan 1 Malaysia yang ingin melahirkan masyarakat yang seimbang, sederhana berteraskan perlembagaan persekutuan. Tiada kaitan dengan sekadar pengenalan slogan baru atau pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara seperti komen Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat. Sebaliknya, wasatiyyah mendidik rakyat berfikir dan bertindak secara bijaksana, berkesan, mengajar agar tidak melampau, ekstrem, fanatik, taksub, jumud serta tidak terlalu liberal (Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia).

Seperti gagasan 1Malaysia, tuntutan wasatiyyah mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Konsep ini juga selari dengan tuntutan semua agama, tidak hanya kepada agama Islam. Lawan kepada wasatiyyah adalah ekstrim atau ultra, fanatik, jumud, taksub termasuk kumpulan ultra kiasu. Sifat fanatik dan taksub hanya akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka untuk menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak disenangi, sehingga keputusan dibuat menjadi berat sebelah. Seperti golongan pelampau yang cuba memperlihatkan sifat berprasangka buruk, memandang serong, menuduh, menghukum dan menyembunyikan kebaikan tetapi memilih memperbesarkan kesilapan orang lain.

Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, sehingga melupakan dunia. Apapun, kena berimbang.  Jadikanlah kehidupan dunia sebagai yang terbaik untuk mendapat habuan di akhirat.

 “Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ketika ini adalah natijah daripada sikap wasatiyyah majoriti rakyat yang tidak mengamalkan budaya hidup melampau. Amalan inilah yang harus kita sama-sama kekalkan,” (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)