TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 24 Oktober 2011

BELIA HADAPI KRISIS IDENTITI; SALAH SIAPA

Views
PUTRAJAYA 23 Okt. - Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku. Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan," katanya.
P/S: Dunia tanpa sempadan, kemajuan dan kecanggihan teknologi, gaya hidup berprestij, taksub pada trend terkini, penjajahan minda dan budaya, kurang jatidiri, kemajuan ekonomi atau kestabilan politik, penyebaran fahaman ideologi oleh parti-parti politik mungkin tanpa sedar menjadi punca mengapa belia di Malaysia mengidap penyakit krisis identiti.
Mungkin kesenangan, kemakmuran serta kenikmatan yang di kecapi sekian lama menjadi punca penyebab belia kita alpa dan terjerumus dalam kancah krisis identiti, pengenalan diri dan juga jati diri. Ibarat seperti pemimpin yang leka dengan kuasa akhirnya lenyap dibinasa oleh kuasanya sendiri. Semoga belia kita dapat sedar dari mimpi nan indah kerana kenikmatan yang dirasai hanya pinjaman dan mungkin akan hilang bila bila-bila masa sahaja..

Jumaat, 21 Oktober 2011

PENGAKHIRAN NASIB SEORANG PEMIMPIN

Views
Beginilah pengakhiran nasib seorang pemimpin yang bukan sahaja digeruni oleh pemimpin negara Islam malah juga pemimpin dari negara barat. Mungkin ditakdirkan kesudahannya berakhir dengan kehinaan dan keseksaan tetapi semasa hayatnya beliau telah berjaya menunduk dan membuatkan Barat takut dengan kepimpinan beliau. Apa yang pasti pengganti beliau belum tentu lebih baik dari Gaddafi kerana selama pemerintahan beliau Libya tidak pernah dijajah dan menjadi antara salah sebuah negara Islam yang digeruni oleh Barat.

Rabu, 19 Oktober 2011

ISU NEGARA KRISTIAN: JEFF OOI PANAS PUNGGUNG

Views

Isu mengenai Negara Kristian yang telah didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini telah menyinggung perasaan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sehingga menuntut kerajaan supaya menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia yang didakwa menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan rancangan penubuhan negara Kristian.
Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mendesak, Utusan perlu dikenakan tindakan kerana "membuat laporan tidak berasas yang cuma mencetuskan keadaan tegang dan ingin memperlagakan antara agama di Malaysia."Beliau turut menuntut supaya Menteri Dalam Negeri menggunakan kuasanya untuk menggantung lesen cetak Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
P/S: Hai kata inginkan kebebasan bersuara, Utusan Malaysia baru keluarkan sedikit berita yang cuba memperingatkan seluruh umat Islam di negara ini supaya berwaspada mengenai adanya cubaan mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, pemimpin DAP ini dah  melenting, permit Utusan Malaysia pun hendak di suruh gantung, sedangkan suara-suara akhbar pembangkang bertebaran menghasut dan memfitnah kerajaan dan pemimpin negara, kerajaan masih lagi boleh bertolak ansur..tidak pula difikirkannya....!!!

PERHIMPUNAN ANTI MURTAD : DIMANA PENDIRIAN PAS

Views
Wah bila perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan, PAS merupakan pihak yang pertama yang menjadi panglima dan pendekar untuk mempertahankan Datuk S. Ambiga, tetapi apabila perhimpunan yang dianjurkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan sejuta umat atau HIMPUN yang bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam PAS mengambil pendirian tidak mahu melibatkan diri.
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sedangkan sudah berpuluh ribu umat Islam di negara ini di murtadkan tanpa sedar, PAS boleh mengambil sikap tunggu dan lihat atau memang perjuangan Islam mereka hanya pada sekadar di manifesto sahaja tetapi pelaksanaannya bertentangan. Jika tidak...mustahillah pemimpin PAS gembira bertempik bersorak dan ada yang sanggup berkorban nyawa sehingga diisytiharkan sebagai 'mati syahid' demi mempertahankan 'seorang manusia' yang memurtadkan orang Islam menjadi kafir. Atau terlalu taksub dengan parti yang boleh menjanjikan syurga kepada ahlinya, menyebabkan kepimpinan mereka menarik nafas lega disebabkan sudah mendapat tempat yang diingini di syurga pilihan hati!!!!
P/S: Apa yang pasti Isu Murtad bukan isu parti tetapi lebih merupakan isu umat Islam sejagat dan tuntutan terhadap semua umat Islam untuk memeranginya.. Fikir-fikirkanlah...

Isnin, 10 Oktober 2011

KHALID BAKAL DISINGKIR?

Views

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.
anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialLaman web berita AntaraPos.com melaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.
Bagaimanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.
Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.
PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu. (Sumber : Malaysia Kini)


P/S : Pakatan Rakyat kini semakin hari semakin goyah, bagi menenggelamkan isu Ketua Pembangkang, pemimpin negeri dijadikan kambing hitam bagi menutup kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat