TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Rabu, 24 Julai 2013

RINGGIT TURUN BERBANDING DOLLAR AS

Views

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang Asia, kata peniaga.
Pada pukul 5.00 petang hari ini, unit tempatan itu disebut harga pada 3.1880/1910 berbanding dolar AS daripada 3.1770/1800 pada penutupan semalam.
Peniaga itu berkata kekurangan permintaan bagi kebanyakan mata wang negara-negara sedang berkembang di Asia termasuk ringgit adalah ekoran kebimbangan baharu tentang ekonomi China yang semakin lembap.
Kegiatan perkilangan di ekonomi kedua terbesar di dunia itu dianggarkan merosot pada Julai ke paras terendah dalam 11 bulan disebabkan oleh pesanan baharu yang pasang surut dan pasaran kerja yang suram.
Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.5162/5193 daripada 2.5131/5156 pada penutupan semalam, tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.1826/1862 daripada 3.1907/1953 sebelumnya. Ia susut berbanding pound Britain kepada 4.8977/8036 daripada 4.8786/8845 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.2190/2239 daripada 4.1889/1931 sebelumnya. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

TERIMA KASIH PM

Views

Walaupun penjawat awam menerima kenaikan gaji tahunan dua kali pada tahun ini, PM tidak lupa untuk memberi imbuhan bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kerajaan..Terima kasih PM!!!
KUALA LUMPUR 24 Julai - Perdana Menteri, hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan Hari Raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.
Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - BERNAMA

KUALA BESUT TETAP MILIK BN

Views
BN tetap pilihan dihati pengundi. Ini dibuktikan apabila PRK Kuala Besut mencatat kemenangan dengan peningkatan majoriti. Tahniah buat calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman..semoga dapat memberi khidmat yang lebih cemerlang buat pengundi Kuala Besut...!!!

RASMI: BN menang di Kuala Besut, majoriti meningkat

PETI UNDI TIBA... Pegawai-pegawai SPR membawa dua peti undi dari Pulau Perhentian ke Pusat Penjumlahan Undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Jeti Kuala Besut, Besut hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID
BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu mengalahkan Pas dengan majoriti 2,592 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.
Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 17 Julai 2013

CEROBOH AGAMA LAIN BOLEH AKIBATKAN RUSUHAN

Views

SHAH ALAM 16 Julai - Menceroboh agama lain termasuk mempersendakan bulan Ramadan adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh mencetuskan rusuhan agama.
Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu berkenaan dan jika dibenarkan undang-undang, kewarganegaraan mereka seharusnya dilucutkan.
"Jika kita lihat di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan (seperti) itu. Perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan membalasnya, lalu bermusuh.
"Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh diajar," tegas beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan solat Terawih anjuran Proton di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Proton berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook mereka. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 16 Julai 2013

SUNGGUH MELAMPAU

Views
Memang melampau, umat Islam Malaysia di persendakan lagi.
Baru beberapa hari yang lalu umat Islam di negara ini dikejutkan dengan kenyataan kontroversi daripada wakil kedutaan Vatican di Malaysia Uskup Agong Joseph Marino yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah kini timbul pula isu penghinaan terhadap seluruh umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa apabila pasangan melampau Alvin dan Vivian telah memuatnaikkan gambar hidangan Bak Kut Teh (sup tulang babi) dengan kapsyen selamat berbuka puasa. Malah pasangan ini sebelum ini telah pun mencipta kontroversi dengan memuatkan naik beberapa kali gambar aksi seks lucah mereka dan mempromosikan aktivti budaya seks bebas tanpa ada perasaan segan silu kepada pengikut laman sosial mereka.
Perkara sebegini menunjukkan bahawa perkara sebegini merupakan serangan secara halus oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan umat Islam. Agama Islam dipersendakan tanpa henti. Malah persendaan ini jika tidak ditanggani dengan tegas akan menyebabkan Islam itu lemah.
Sedangkan di Pakistan, Mahkamah Pakistan semalam dilaporkan telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap remaja Kristian atas tuduhan menghantar mesej menghina Islam. Bagaimana dengan negara kita, adakah sekadar cukup sekadar membuat laporan polis dan bantahan, tetapi tiada sebarang tindakan!!
P/S. Sudah tiba masanya untuk kita bertegas kerana jika dibiarkan mereka ini akan terus menghina Islam dan Umat Islam dalam pelbagai cara dan bentuk. Sekadar permohonan maaf tidak mencukupi kerana perkara sebegini akan berulang lagi nanti.!!!

Sumber: artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130716/dn_01/Sudah-terlalu-melampau#ixzz2ZBBimGkX 
http://mymassa.blogspot.com/2013/07/duta-vatican-cabar-islam-di-malaysia.html?showComment=1373718224778
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130716/lu_11/Hina-Islam-Kanak-kanak-Kristian-dipenjara-seumur-hidup

Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

Views

Alhamdullillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertembung dengan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban Min Kum. Semoga Ramadhan yang hadir ini memberi keinsafan dan ketenangan buat kita semua Umat Islam di seluruh Malaysia.
Namun begitu dalam kegembiraan kita untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang akan kunjung tiba besok, saudara Islam kita di Mesir ditembak mati oleh tentera Islam sendiri. Amat mendukacitakan umat Islam yang sedang bangun rukuk dari rakaat kedua ditembak mati oleh para tentera. Malah ada diantaranya kepala ditembusi peluru. Betapa kejamnya apabila manusia menjadi hamba kepada kuasa.
Begitulah apabila kebebasan, rusuhan dan demonstrasi menjadi asas kepada demokrasi, Presiden yang belum genap setahun digulingkan. Rakyat dijadikan senjata untuk menjatuhkan kerajaan. Dan tentera menjadikan diri sebagai perisai untuk menembak sesiapa sahaja yang menghalang, walaupun ketika itu para penyokong sang Presiden sedang menunaikan ibadah solat.
Semoga konflik yang berlaku di Mesir memberi peringatan buat kita semua. Jangan leka dan alpa dan hanya meikirkan urusan permasalahan duniawi sahaja kerana 'dunia ini hanya sekadar padang permainan'. Jangan menjadi penyokong kepada satu kumpulan membabi buta sehingga mengenepikan kebaikan dan jasa yang pernah ditaburkan menjadikan kita hari ini bebas merdeka. Atau pusingan jarum jam boleh berputar kembali dengan rusuhan di Mesir bertebar pula ke Malaysia jika kita tidak mengambil peringatan dari apa yang berlaku di sekeliling kita.
Di bulan yang penuh barakah ini marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, selain mendoakan kesejahteraan buat diri kita, keluarga kita, rakan taulan kita, hulurkanlah doa buat rakyat Mesir di sana supaya supaya mereka diberi perlindungan, kekuatan dan keselamatan dari ujian dan bala bencana yang menimpa. Semoga Ramadhan yang datang ini memberi kebaikan buat kita semua.

Isnin, 10 Jun 2013

AKTA DERHAKA WAJAR DILAKSANA

Views
KUALA LUMPUR 9 Jun - Cadangan penggubalan Akta Derhaka wajar dilaksanakan segera kerana undang-undang khas tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, akta itu dapat memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.
Menurutnya, Seri Paduka dan raja-raja Melayu perlu dilindungi daripada terus dihina dan dicaci, khususnya oleh mereka yang semakin lupa asal-usul.
"Segelintir rakyat yang suka menghina perlu membaca kembali sejarah asal-usul mereka bahawa tanpa persetujuan dan ehsan daripada raja-raja Melayu, tidak mungkin bangsa lain dapat hidup selesa di sini.
"Saya yakin majoriti orang Melayu dan warganegara Malaysia akan menyokong cadangan mewujudkan Akta Derhaka supaya hukuman lebih tegas dapat dikenakan kepada mereka yang secara sengaja menghina raja-raja Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Datuk Mohd. Noor Abdullah agar Akta Derhaka diwujudkan bagi membendung gejala menghina institusi diraja.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu turut mencadangkan hukuman minimum kepada pesalah jenayah menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua tahun penjara.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad turut bersetuju agar Akta Derhaka itu digubal segera.
Tegas beliau, undang-undang tersebut dilihat perlu pada masa sekarang memandangkan ada rakyat yang semakin berani menghina raja-raja Melayu secara terbuka.
"Jika ada undang-undang yang lebih tegas sudah pasti gejala itu dapat dibendung daripada terus berulang pada masa hadapan," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia 10/6/13