KUALA LUMPUR
9 Jun - Cadangan penggubalan Akta Derhaka wajar dilaksanakan segera kerana
undang-undang khas tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Presiden
Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata,
akta itu dapat memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong
dan raja-raja Melayu.
Menurutnya,
Seri Paduka dan raja-raja Melayu perlu dilindungi daripada terus dihina dan
dicaci, khususnya oleh mereka yang semakin lupa asal-usul.
"Segelintir
rakyat yang suka menghina perlu membaca kembali sejarah asal-usul mereka bahawa
tanpa persetujuan dan ehsan daripada raja-raja Melayu, tidak mungkin bangsa
lain dapat hidup selesa di sini.
"Saya
yakin majoriti orang Melayu dan warganegara Malaysia akan menyokong cadangan
mewujudkan Akta Derhaka supaya hukuman lebih tegas dapat dikenakan kepada
mereka yang secara sengaja menghina raja-raja Melayu," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas cadangan Datuk Mohd. Noor Abdullah agar Akta Derhaka diwujudkan bagi
membendung gejala menghina institusi diraja.
Bekas Hakim
Mahkamah Rayuan itu turut mencadangkan hukuman minimum kepada pesalah jenayah
menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua
tahun penjara.
Dalam pada
itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk
Mokhtar Samad turut bersetuju agar Akta Derhaka itu digubal segera.
Tegas beliau,
undang-undang tersebut dilihat perlu pada masa sekarang memandangkan ada rakyat
yang semakin berani menghina raja-raja Melayu secara terbuka.
"Jika
ada undang-undang yang lebih tegas sudah pasti gejala itu dapat dibendung
daripada terus berulang pada masa hadapan," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia 10/6/13