TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Khamis, 31 Mei 2012

KARIKATUR DI HARAMKAN UNTUK PRU KE 13

Views

Gambar: Sekadar Gambar Hiasan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang mengunakan karikatur dalam poster mereka untuk mengambarkan pemimpin-pemimpin politik semasa pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, amalan tersebut adalah tidak sesuai dan hanya mencetuskan situasi tegang sepanjang tempoh pilihan raya.
Beliau menambah, pasukan penguatkuasa SPR akan menurunkan mana-mana poster yang menggambarkan para pemimpin.
“Kami tidak mahu amalan seumpama ini berterusan dalam pilihan raya umum ke-13,” kata Wan Ahmad.
P/S: Baguslah jika tidak pasti akan ada bermacam-macam bentuk karikatur yang muncul menjelang PRU ke 13 yang pasti menyentuh sensitiviti bakal-bakal calon.

Sumber : Utusan Malaysia 31/5/2012

Rabu, 30 Mei 2012

NILAI SEORANG ISTERI?!

Views
Memang menakjubkan kepada seorang isteri yang hanya bergelar surirumah mampu memiliki wang tunai dan saham yang bernilai jutaan ringgit. Jika berasal dari keluarga tycoon memang perkara ini tidaklah terlalu menghairankan  atau bersuamikan seorang jutawan sudah pasti juga tidak menimbulkan isu atau persoalan. Memandangkan hanya bersuamikan seorang Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu (1995) dengan gaji bulanan pada kadar RM 2,442.00 sebulan mana mungkin jika difikir dengan logik akal kemampuan memiliki jutaan ringgit dalam akaun simpanan si isteri kecuali jika pasangan ini memiliki syarikat atau bisnes yang mampu memberi pulangan jutaan ringgit sebulan. 
Tetapi itulah kisah yang berlaku kepada Shamsidar Baharin isteri kepada Azmin Ali yang sekarang ini menjadi Timbalan Presiden PKR yang kembali dibongkarkan mengenai status kewangan, nilai hartanah dan aset yang dimiliki ketika beliau masih lagi menjadi setiausaha sulit kepada Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika berjawatankan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Antara kekayaan Azmin Ali yang dimiliki ketika itu adalah:-
1- Kereta mewah BMW 325i  RM 160,529
2-Proton Perdana 2.0 SE         RM   80,767
3-Banglo dua tingkat di Setapak    RM 284,118
4-Rumah Berkembar di Taman Melawati   RM 210,00
5-Pemilikan Saham dalam Hicom - 1000 unit
Manakala di pihak Shamsidar pula:-
1-Akaun Shamsidar di salah sebuah bank tempatan - deposit cek bernilai RM 7.2 juta
2-Wang Tunai bernilai RM 708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995
3-Kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akaun milik Shamsidar berjumlah RM 628,552
4-Kemasukan cek ke akaun milik Shamsidar bernilai RM 300,000
Jika dibuat perbandingan pendapatan - perbelanjaan si Azmin Ali ini:-
Gaji sebulan                                                                                                     RM 2,442.00
Perbelanjaan  
1-Ansuran Rumah Banglo di Setapak                                         RM 3,376.00
2-Ansuran Rumah Berkembar di Taman Melawati                        RM 1,110.00
3-Ansuran BMW                                                                       RM    875.00
4-Ansuran Proton Perdana                                                         RM    700.00
Perbelanjaan Sebulan                                                          RM  6061.00      RM 2,442.00                   
Tanggungan Hutang                                                                                        (RM3619.00)
P/S: Jumlah perbelanjaan yang diatas merupakan satu jumlah yang cukup besar kepada seorang individu yang berpendapatan purata RM 2,400.00 sebulan. Hanya orang buta, pekak dan tuli sahaja yang tidak mampu melihat, merasa dan mendengar tentang berlakunya penyelewengan atau rasuah atau skandal yang mungkin wujud di dalam kehidupan pasangan tersebut dengan ketua atau pemimpin atasan mereka sehingga dapat menjana pendapatan berjumlah jutaan ringgit dalam tempoh waktu yang singkat.


Selasa, 29 Mei 2012

EKONOMI GLOBAL, RISIKO PRU KE 13 LAMBAT

Views
Masih ramai yang berteka teki mengenai tarikh Pilihanraya. Selagi masih belum diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia selagi itu semua pihak membuat pelbagai telahan dan tilikan. Antara tarikh yang dilihat sesuai untuk Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dibahagi kepada tiga fasa. Iaitu Fasa Pertama sebelum Ramadhan (akhir Jun / awal Julai ) Fasa Kedua selepas sambutan Hari Raya (September / November) dan Fasa Ketiga sesudah Tahun Baru Cina 2013.
Tetapi perlu diingat, situasi ekonomi global yang dijangka tidak menentu bakal menyulitkan  pilihan sekiranya dibuat agak lewat. 
Kemelesetan di Greece, kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan sedikit sebanyak pasti akan memberi tempias kepada sosio ekonomi politik negara kita Malaysia.
Malah kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihanraya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang parti pemerintah sangat kuat.
Menentukan tarikh pilihanraya itu sendiri merupakan suatu perkara yang perlu kebijaksanaan, ketepatan dan nasib yang baik. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutama yang melibatkan kesiap sediaan  jentera parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.
Kita tidak boleh mengenepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya hari ini kita terlalu fokus kepada persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.
Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal hadapan sedangkan pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan.
Berdasarkan pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.
Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000 dan ini menyulitkan kadar pengangguran yang masih ditahap tinggi iaitu 8.2 peratus.
Manakala pertumbuhan satu lagi gergasi India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.
Eropah pula sedang mengalami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung tahun 1990an.
Dari dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dan dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menanggani krisis ekonomi yang sedang melanda.
Sememangnya, perkembangan ini bakal memberi impak kepada ekonomi Malaysia kerana semua negara di atas adalah pengeksport utama barangan Malaysia. Sebarang kegawatan ekonomi global bakal memberi kesan kepada ekonomi negara kita.
Situasi politik domestik Malaysia sudah berada dalam kedudukan yang terbaik tetapi masalah yang sedang menanti kerajaan adalah bagaimana untuk berdepan dengan ekonomi global yang buruk.
Kita memerlukan pilihanraya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan ekonomi krisis dunia dengan bijak dan tepat.
Jesteru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihanraya bukanlah langkah yang bernas kerana ia akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!!.

Sumber: Sinar harian 29/5/2012


Rabu, 23 Mei 2012

LIRIKAN MATA SHAMSIDAR YANG MENCERITA SERIBU MAKNA

Views

Mungkin kebetulan atau mungkin shoot gambar yang menepati sasaran. Tetapi sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Lihatlah betapa asyiknya lirikan mata si Shamsidar memandang Anuar Ibrahim sehingga Wan Azizah yang berada di sebelah pun tidak dipedulikan. Jadi tidak mustahillah kenapa Wan Azizah beraksi serius di hadapan kamera walaupun berada di sebelah Anwar Ibrahim. Hanya Shamsidar dan Wan Azizah sahaja yang memahaminya.
P/S: Tepuk dada tanya hati..Milik Siapakah Hati ini??? Milik Azmin atau milik Anuar Ibrahim!!!

Selasa, 22 Mei 2012

MUZAKARAH AKHIRNYA MENJADI MUKA BALAH

Views
HADI AWANG
Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno… Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu, katanya Hadi Awang dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama… Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya… Ini agenda Umno,” katanya.
"Isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan “cerita lama” dan “PAS tidak mahu mengulang kembali” perkara itu", katanya lagi.
Dan terkini Pas menjadi semakin bercelaru dalam isu muzakarah dengan UMNO, apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Hj. Hadi Awang saling memberi kenyataan yang bercanggah.
NIK AZIZ
Jika kelmarin Nik Abdul Aziz meletakkan dua syarat yang mesti dipatuhi UMNO, semalam beliau dilihat berdolak dalik apabila menegaskan topik muzakarah bukan berkaitan perpaduan Melayu tetapi kenapa 'UMNO lawan PAS'.
"Saya tidak pernah setuju (pasal perpaduan) tetapi tentang muzakarah, saya tidak melihat sebarang masalah. Saya cadangkan UMNO dan Pas diwakili Presiden masing-masing. Perbincangannya adalah kepada 'Pas lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan Pas" Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dan diantara syarat yang mesti dipatuhi adalah 
1) Perlu menerima rakan pakatan Pas dalam pembangkang
2) Menukar dasar kebangsaan kepada Islam terlebih dahulu
P/S: Inilah sikap orang 'kelate' (bukan semua) yang kerjanya asyik cari BALAH sahaja dengan orang. Inilah yang dinamakan sebagai MUKA BALAH dalam "dialek Kelate" maksudnya "orang yang suka mencari gaduh atau orang yang suka berkofrantasi." Malangnya Muka Balah ini suka berbalah-balahan sesama Islam sahaja, jika dengan bukan Islam bukan main menikus takutnya.

KEMANA TUMPAHNYA KUAH JIKA TIDAK KE NASI

Views

Tahniah diucapkan kepada Nor Ashman Najib yang telah memperolehi Gred Purata Nilai Kumulatif 3.72 dengan kepujian "Magna Cum Laude" setelah menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti Georgetown, Washington semalam.
P/S : Inilah yang dikatakan sebagai "Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak ke Nasi". Jika emak dan ayah bijak sudah pasti anak-anak yang dilahirkan sudah pasti memiliki tahap IQ yang tinggi umpama ibu dan bapanya. Inilah contoh pemimpin yang sejati kerana kepimpinan yang sebenarnya bermula dari rumah dan keluarga yang kemudian  dilebarkan kepada masyarakat.

Jumaat, 18 Mei 2012

KRONOLOGI MUZAKARAH PAS

Views
17 JUN 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam. Nik Abdul Aziz mengulas rayuan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim termasuk beliau duduk semeja

17 JULAI 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sekiranya keadaan begitu menuntut UMNO berbincang dengan PAS soal perpaduan Melayu dan umat Islam, usaha itu perlu dilakukan melalui pihak ketiga

20 JULAI 2008
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS demi penyatuan bangsa dan agama. Menurutnya, beliau tidak mahu perbezaan politik menjadi penghalang kepada perbincangan berkenaan.

21 JULAI 2008
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu. Bagaimanapun pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi itu tidak disertai Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

21 JULAI 2008
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO bagi membincangkan isu perpaduan Melayu dan Umat Islam.
"Pendirian saya macam saya sebutlah, TIDAK ADA BERUNDING-BERUNDING DENGAN UMNO. Kalau hendak berunding juga, jumpa dengan orang lainlah, saya tidak," Nik Abdul Aziz Nik Mat

14 MEI 2012
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti tersebut bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk UMNO.

17 MEI 2012
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan UMNO bersedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

P/S: Siapakah yang sering mengajukan persoalan mengenai muzakarah dan akhirnya siapakah juga yang sering menolak muzakarah tersebut!!!? Jangan hanya nampak di mata 'telunjuk lurus, kelinking berkait'!??

Sumber : Sinar Harian 18/5/2012

Rabu, 16 Mei 2012

SENAMAN TONGGENG

Views


KUALA LUMPUR 15 Mei - Sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini pagi ini.
Kumpulan tersebut yang diketuai Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom tiba di kawasan perumahan itu pada pukul 8.30 pagi sebelum memulakan senaman.
Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.
P/S: Jika sebelum ini Ambiga sesuka hati menganggu ketenteraman awam dengan cara menganjurkan Bersih 3.0, kini beliau pula merasa macam mana ketenteraman diri sendiri terganggu apabila ada segerombolan manusia yang melakukan senaman tonggeng di hadapan rumahnya!!! Tepuk dada tanya selera!!

Sumber: Utusan Malaysia 16/5/2012

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

Views

Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru buat semua warga guru di seluruh Malaysia. Cukup bertuah sekali warga guru yang berada di Malaysia kerana telah menerima pelbagai kenaikan dan imbuhan daripada kerajaan sebagai tanda menghargai pengorbanan dan penat lelah guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna sehingga ada antaranya berjaya menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani seantero dunia. Kepada warga PENDIDIK yang bergelar GURU.. 
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Sedikit fakta yang menarik mengenai tarikh sambutan hari guru di seluruh dunia!!
Albania - 7 Mac
Brazil - 15 Oktober
China - 10 September
Czech Republic - 28 Mac
India - 5 September
Korea Selatan - 15 Mei
Mexica - 27 SeptemberRussia - 5 Oktober
Thailand - 16 Januari
Vietnam - 20 November
USA - hari Selasa pertama bulan Mei

Tema Sambutan Hari Guru di Malaysia
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

BILA OBAMA SOKONG PERKAHWINAN SEJENIS

Views
Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang pertama telah membuat kenyataan secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis. Kenyataan tersebut bukan sahaja mengejutkan malah merubah secara langsung landskap politik di Amerika Syarikat. Ada yang mengandaikan pengumuman ini dibuat bertujuan untuk kelansungan politik beliau yang dilihat kian samar dan agak menurun menjelang pilihanraya Presiden AS pada November ini. 
Memenangi kerusi Presiden pada tahun 2008, populariti Barrack Obama meningkat kepada paras yang tertinggi iaitu 66 peratus dan pada Mac yang lalu populariti beliau menurun kepada 46 peratus. Kenapa menurun?? Ramai yang mengandaikan di antara faktor-faktor yang menyebabkan populariti beliau menurun adalah disebabkan kegagalan beliau untuk menunaikan janji-janji yang dibuat ketika kempen pilihanraya Presiden AS 2008, yang di antaranya termasuk kegagalan melaksanakan reformasi dalam polisi cukai, polisi tenaga dan juga pembaharuan penjagaan kesihatan yang mendapat sambutan dingin. Malah pendekatan beliau untuk mendekati semula dunia Islam bagi mengubah persepsi 'Islam adalah Pengganas' gagal berikutan caranya yang mengendalikan isu Palestin dengan menyokong Israel.
Mungkin dengan memperjuangkan hak kebebasan PERKAHWINAN SEJENIS akan mengembalikan kembali populariti beliau atau mungkin merupakan strategi memakan diri, pengundi Amerika Syarikat ada jawapannya?
P/S: Jika di Malaysia, nama yang mungkin sinonim dengan Barrack Obama mungkin Anwar Ibrahim. Kenapa beliau?? Persamaan yang ketara boleh dilihat bagaimana Anwar Ibrahim memperjuangkan isu Palestin dengan cara menyokong Israel. Dan sekarang sudah jelas lagi nyata sokongan beliau terhadap LGBT. Dan tidak mustahil sokongan beliau akan terarah kepada Perkahwinan Sejenis jika di beri peluang memerintah sekiranya pengundi tersilap membuat pilihan!!!

NAIB PENGERUSI DAP KELUAR PARTI

Views
Gambar: Kritikan yang pedas oleh Tunku Aziz terhadap Penganjur Bersih 3.0

Selepas di kecam dengan hebat kerana mengkritik Bersih 3.0, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada DAP yang berkuatkuasa serta merta pada malam tadi. Malah beliau dilihat sangat berani membuat keputusan keluar parti daripada memanjangkan perbalahan yang tidak berkesudahan. 
Sifat dan sikap beliau amat bertentangan sekali dengan sikap sebahagian besar Pemimpin Besar Pas yang sanggup mempertahankan kedudukan dan kuasa sehingga mengenepikan prinsip dan pendirian parti yang diperjuangkan selama ini. 
P/S: Jika Tunku Aziz berani mengambil pendirian untuk keluar daripada DAP, mengapa amat sukar buat pemimpin Pas yang dilanyak agama mereka keluar daripada Pakatan Rakyat!!

Isnin, 14 Mei 2012

PEMBUBARAN PARLIMEN

Views
Ramai yang berdebar-debar menantikan pembubaran Parlimen yang bakal diumumkan. Ada yang menelaah hari ini, ada pula yang menelaah kemungkinan minggu ini, dan tak kurang juga melontarkan pendapat dengan mengatakan paling lewat dalam bulan ini.
Masing-masing dalam keadaan berdebar-debar menantikan tarikh keramat yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pantang di dengar mengenai BUBAR dan  PARLIMEN pasti terlintas difikiran bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen. Apa yang pasti tarikh keramat tersebut hanya Perdana Menteri sahaja yang mengetahuinya.
Apa pun semoga tilikan Perdana Menteri pada tarikh keramat nanti akan membuahkan hasil. Semoga apa jua tarikh yang dipilih oleh Perdana Menteri nanti akan memberi kejayaan yang besar kepada PRU ke 13 nanti!!

TUN MAHATHIR IKON MEMBACA KEBANGSAAN

Views
Memang tepat sekali perlantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ikon Membaca Kebangsaan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta pengetahuan yang hebat hasil daripada minat beliau yang suka membaca. Jika tidak masakan Malaysia mencapai status negara membangun dan menghampiri negara maju dalam tempoh 20 tahun pemerintahan beliau. Tahniah Tun Dr. M!! Malaysia cukup bertuah dipimpin oleh insan yang bernama Mahathir Mohamad!!


Jumaat, 11 Mei 2012

KARPAL BIDAS HADI

Views
Jika semalam Hadi Awang berdolak dalik mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud
jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah kerajaan.
Hari ini Karpal Singh pula menyelar Hadi Awang kerana dikatakan sebagai tidak berhak untuk bercakap bagi pihak Pakatan Pembangkang dan menyifatkan Hadi Awang sebagai seorang yang berdolak dalik dengan membuat kenyataan yang bersifat retorik tanpa sebarang justifikasi.
Berikut Berita Penuh mengenai Kenyataan Karpal Singh:
Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.
Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu. - Karpal Singh, Pengerusi DAP
“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.
“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.
Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.
Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.
Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.
“Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi,” katanya.
Sumber : Berita Harian 11/5/2012

P/S: Inilah akibatnya apabila menjalin hubungan dengan si kafir harbi, siapa menjadi tuan kepada siapa??? Fikirkanlah!!!

DULU DAN KINI HUDUD

Views
DULU!!!

KINI!!!!


INI KENYATAAN HADI AWANG MENGENAI HUKUM HUDUD!!!
KUALA BERANG: PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan.
“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, kita tak boleh laksanakan hudud kerana tak cukup syaratnya.
“Masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan,” katanya selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, di sini, malam kelmarin.
Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP.
“Kita laksana dulu pada orang Islam. Orang bukan Islam diberi pilihan... itu yang termaktub dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri. Ini masih mengikut proses demokrasi,” katanya.
 
Sumber: Berita Harian 10/5/2012
P/S: Amboi jika dulu beria benarlah Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas berteriak-teriak untuk melaksanakan HUDUD sehingga habis diKAFIRkan semua pemimpin UMNO. Kesian dekat semua pemimpin UMNO yang telah melaksanakan rukun Islam kerana dikatakannya KAFIR hanya kerana tidak mahu melaksanakan HUKUM HUDUD!!! Puas ustaz-ustaz di kampung berceramah supaya HUDUD dilaksanakan, "PERJUANGAN PAS ADALAH UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM, JIKA HUDUD TIDAK DILAKSANAKAN 'KAFIR' KERANA MELANGGAR PERINTAH ALLAH."
Tetapi sekarang apa dah jadi terbalik terkuang macam angka 6 dan 9!!!!


Khamis, 10 Mei 2012

DURIAN RUNTUH BUAT WARGA FELDA

Views
A Successful Journey Begin With the First Step
LUMAYAN!!!!
Durian runtuh RM 1.689billlion untuk 112,635 peneroka FELDA
RM 15,000 UNTUK SETIAP KELUARGA
  • RM 5,000 Ketua Keluarga
  • RM 5,000 Isteri
  • RM 5,000 Anak-Anak
TAWARAN SAHAM FGVH
  • 20% Peratus Ekuiti Peneroka Dalam Tabung Amanah Khas
  • Dividen Keuntungan Tahunan Kepada Peneroka
IMBUHAN
  • 20,000 Kakitangan Felda Dapat Bonus Tambahan 2.5 Bulan
  • RM 5,000 Bantuan Pulih Rumah di kampung Tradisional Sekitar Rancangan Felda
P/S: Apalagi yang warga Felda inginkan semuanya ditunaikan oleh kerajaan. Jika dahulu Bapa Pembangunan Tun Razak memberi kehidupan kepada warga felda dengan tertubuhnya Tanah Rancangan Felda, kini anaknya Dato' Seri Najib Tun Razak memberi keselesaan dan imbuhan hasil daripada kejayaan Felda yang hidup dan maju ke hadapan.

Isnin, 7 Mei 2012

AGENDA YAHUDI MENERUSI KAHWIN CAMPUR

Views
Nampak gayanya agenda Yahudi untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar telah dipanjangkan melalui kaedah kahwin campur. Terbaru buku mengenai 'Kahwin Campur' oleh syarikat Penerbitan Middle Estearn Study Group sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD) yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ahli Pemegang Amanahnya. Penerbitan buku itu turut ditaja oleh Yayasan Konrad Adeneur iaitu badan kebajikan Parti Demokrat Kristian Jerman yang merupakan 'missionari kristian dan juga 'think-tank kepada kegiatan politik serta menyokong penuh pergerakan 'Arab Spring' di Tunisia dan Mesir.
Agenda utama buku ini adalah untuk membenarkan wanita Islam mengahwini lelaki kafir atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira kaum. Menurut konsep tersebut wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam sama ada yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain agama selain Islam sendiri. Dan kini khabarnya buku itu diedar secara percuma untuk edaran semasa.
P/S: Begitulah gigihnya pihak Yahudi ingin merosakkan kehormatan agama Islam, jika sebelum ini sasaran utama adalah golongan fakir miskin, kini sasaran ditujukan pula kepada golongan wanita. Semuanya adalah dari kalangan kaum yang lemah. Dan tidak mustahil selepas ini pihak yahudi akan mempromosikan pula 'Keindahan Perkahwinan Sejenis'. Jika tidak dibendung rosak umat Islam dibuatnya. Dan yang pasti semua ini akan disasarkan atas nama KEBEBASAN dan HAK ASASI MANUSIA.
Dan yang paling menghairankan, dibelakang semua ini pasti wujud nama Anwar Ibrahim. Jika bukan sebagai peneraju utama, sekadar ahli pemegang amanah sudah mencukupi dalam mencorakkan permainan dalam membawa fahaman pluralisme dan liberalisme ke negara ini!!! Apakah mungkin Kamal Atarthuk versi Anwar Ibrahim akan muncul di Asia Tenggara jika Rakyat Malaysia silap membuat percaturan pada PRU ke 13 nanti???
Sumber:
Utusan Malaysia : 6/5/2012

 

Sabtu, 5 Mei 2012

SI TANGGANG AZMIN ALI

Views
Amat mengharukan apabila mendengar rintihan pilu seorang ibu dengan sikap anak yang di kandung selama 9 bulan bersikap sombong, kasar malah langsung tidak menjenguk si ibu kandung sendiri hampir setahun yang lalu walaupun rumah si ibu dan tempat kerja si anak hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja. Malah ketika si ibu ini jatuh sakit dan terlantar di hospital anak yang di kandung selama 9 bulan ini langsung tidak bertanya khabar apatah lagi menjenguk si ibu.
Pertemuan yang terakhir ketika sambutan hari raya pada tahun lepas di jadikan sebagai pertemuan untuk melepas geram si anak ini kepada si adik pula. Bukan sekadar luahan lepas geram  malah semburan kata-kata kesat turut di lemparkan terutama kepada si adik yang bernama Umi Hafilda. Si cucu juga di larang menjamah makanan di rumah si nenek malah menuduh makanan di rumah si nenek adalah 'haram' dan kerusi rumah si nenek juga haram untuk diduduki kerana belum di samak. Malah lebih parah lagi apabila si anak ini hanya mengaku Anwar Ibrahim sahaja darah daging beliau bukan adik-adiknya.
Tetapi kasihnya ibu pada si anak masih lagi  berharap agar si anak dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Selagi hayat di kandung badan si ibu ini tidak putus berdoa agar si anak pulang ke pangkuan keluarga. Dan jika ditakdirkan nafas si ibu terhenti maka sudah pasti tiada lagi doa buat si anak tiada gunanya lagi si anak kembali  menziarahi jenazah si ibu. Kerana pintu kemaafan si ibu sudah pasti tertutup bersama tertutupnya mata  dan terhentinya nafas si ibu pabila tiba panggilan ilahi. Begitulah luahan hati seorang ibu yang bernama Che Tom Yahaya kepada si anak  Azmin Ali di TV3 malam tadi.
Inilah kisah si tanggang zaman moden seorang manusia yang bernama Azmin Ali, yang sanggup 'buang ibu buang sedara' 'kerana kasihkan Anwar Ibrahim, Azmin Ali turutkan'.
Dimananya Keadilan buat si ibu seperti perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menuntut berlaku adil sedangkan berlaku adil kepada insan yang melahirkan pun tidak mampu di tunai inikan pula memberi keadilan kepada insan yang tidak mempunyai sebarang pertalian.
Kepada Azmin Ali selagi masih lagi ada nyawa ibumu dikandung badan, mohon ampun dan maaflah kerana bila tiba masanya nyawa ibumu dikendung ilahi, tiada lagi pintu kemaafan buat mu kerana apa yang kamu miliki dan rasai hari ini adalah doa-doa yang tidak putus dari sang ibu buatmu semoga hidup terus di berkati!!!!

Rabu, 2 Mei 2012

JIKA ISLAM ITU 'TERRORIST' NIK AZIZ, OSAMANYA!!!

Views

=
Sepakan yang membawa ke SYURGA. Setiap sepakan akan diberi ganjaran sebanyak 10 pahala!! Sepak jangan tak sepak!!!
Jika di Barat Islam ditakuti kerana dikaitkan dengan keganasan atau orang Islam dianggap sebagai 'terrorist'. Berlainan benar di Malaysia apabila Pas penyebab Islam itu dianggap sebagai ganas. Ini diakui sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz bin Laden apabila beliau mengaku membiayai duit poket peserta-peserta DEMONCRAZY BESHIT 3.0 ke Dataran Merdeka pada hari Sabtu yang lepas. Malah beliau tidak langsung berasa bersalah diatas perlakuan-perlakuan ganas juak-juak Otak  Kuning cernaan beliau yang mengganggap beliau sebagai PEWARIS NABI. Jadi apa sahaja yang beliau  katakan pasti dituruti dan pastinya benar dan halal belaka. Dan yang paling pasti segala tindak tanduk tersebut pasti membawa pengikutnya ke syurga.

PM BERI BUNGA BESHIT 3.0 BERI TAHI

Views

vs



Jika hari pekerja semalam Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan berita gembira kepada pekerja-pekerja sektor swasta apabila gaji minimun dinaikkan kepada RM 900.00. Berlainan benar di beberapa negara dunia apabila hari pekerja yang sepatutnya di jadikan hari berehat dan bercuti bersama keluarga dijadikan sebagai hari berdemonstrasi pekerja.
Di Jakarta lebih 9,000 pekerja berhimpun meluahkan rasa tidak puas hati pada gaji yang diperolehi. Di Manila pula lebih 3,000 pekerja berhimpun dengan membawa patung besar Presiden Aquino yang disifatkan sebagai anjing suruhan kapitalis asing. Manakala di Kemoja pula lebih 6,000 orang berhimpun untuk menuntut kenaikan gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik. Dan di Malaysia pula puluhan ribu juak-juak baju kuning berkumpul bukan untuk memprotes mengenai kesusahan hidup gaji yang tidak cukup tetapi berhimpun untuk mewujudkan ketakutan dan keganasan kepada orang awam kerana sudah terlalu puas hidup dalam keamanan dan kemakmuran lebih daripada 54 tahun.
sumber:

KELUARGA 69

Views
Tunggang Tungging Terbalik Terkuang tetap sama 6 dan 9. Kalau Anwar Ibrahim dengan skandal seksnya bersama lelaki, perempuan, isteri orang cuma  pondan sahaja yang belum di dengari lagi begitulah juga Timbalan Ketua Pembangkang Azmin Ali pun apa kurang hebatnya. Tapi mungkin lebih teruk lagi kerana bukan sahaja beliau mengadakan seks bersama perempuan lain malah turut membenarkan isteri beliau Shamsidar dinikmati oleh bos beliau sendiri. Mungkin beliau boleh menafikan lelaki didalam gambar tersebut bukan beliau tetapi wajah yang sama mungkin sukar untuk ditepiskan. Cuma kelebihan Anwar Ibrahim berbanding Azmin Ali, belum lagi didengari si Wan Azizah bermukah dengan lelaki lain selain Anwar Ibrahim. Apa yang boleh dilabelkan kepada keluarga Azmin Ali dan Shamsidar kecuali sebagai keluarga 69 yang bermaksud 'hang boleh buat, aku pun boleh buat'